Makanan Tambahan Patut Diambil?

“Saya baru main gym 2 hari, apa supplement patut dipakai?”

“3 bulan lagi saya baru nak mula main gym, apa supplement saya patut sediakan?”

“Super Mass Gainer dengan Serious Mass yang mana lagi elok?”

“Saya patut ambil whey atau gainer?”

“Boleh ke saya campurkan fat burner dan gainer?”

“Berat saya 20kg, apa patut dipakai untuk jadikannya 200kg?”

Kursus Kecergasan 2024Saya menerima terlalu banyak soalan begini sehingga bosan nak menjawabnya. Makanan tambahan mana patut digunakan untuk mencapai sasaran yang disasarkan? Apa perbezaan antara whey, weight gainer, dan mass gainer? Saya dah beri sedikit ringkasan dalam entri Ringkasan Makanan Tambahan sebelum ini tetapi masih ramai yang tanya soalan sama.

Kalau kita kaji balik, zaman sebelum ini, zaman Arnold Schwarzenegger. Ketika itu, kalau ada supplement pun cuma daripada Weider. Itu pun tak ramai yang mampu. Akan tetapi badan masih menjadi. Kini ada terlalu banyak supplement dengan pelbagai nama pelik tetapi belum tentu badan menjadi. Jangan terpengaruh dengan iklan-iklan makanan tambahan yang menjanjikan pelbagai keuntungan. Tiada pil atau susu ajaib untuk dapatkan badan yang diingini.

Berbalik kepada persoalan tadi, perkara pertama perlu tahu tidak kira apa sasaran latihan adalah jumlah kalori yang diperlukan dan porsi-porsinya. Berapa gram protein, berapa gram karbohidrat dan berapa gram lemak. Boleh rujuk entri Pelan Pemakanan untuk info lanjut.

Seterusnya perlu belajar bagaimana membaca label pada bungkusan makanan tambahan tersebut. Lihat contoh dibawah;

1. ON Serious Mass
Kalori : 1250
Karbohidrat : 254g
Protein : 50g
Hidangan : 16

Chapter 431.1Chapter 431.2

2. Dymatize Super Mass Gainer
Kalori : 1280
Karbohidrat : 252g
Protein : 52g
Hidangan : 16

Chapter 431.3Chapter 431.4

3. Inner Armour Hard Mass
Kalori : 1277
Karbohidrat : 258g
Protein : 50g
Hidangan : 20

Chapter 431.5Chapter 431.6

4. Anabolic Peak
Kalori : 1280
Karbohidrat : 267g
Protein : 50g
Hidangan : 20

Chapter 431.8Chapter 431.7

5. Masstech
Kalori : 860
Karbohidrat : 155
Protein : 53g
Hidangan : 10

Chapter 431.9Chapter 431.10

6. BSN True Mass
Kalori : 630
Karbohidrat : 70g
Protein : 50g
Hidangan : 18

Chapter 431.11Chapter 431.12

7. ON 100% Whey Gold Standard
Kalori : 120
Karbohidrat : 3g
Protein : 24g
Hidangan : 77

Chapter 431.13

8. Nitrotech
Kalori : 110
Karbohidrat : 3g
Protein : 20g
Hidangan : 53

Chapter 431.14Chapter 431.15

Jadi yang mana terbaik untuk besarkan badan? Berbalik kepada keperluan badan anda, jika anda seorang yang susah nak besarkan badan atau boleh dikategorikan sebagai ectomoth, dicadangkan ambil yang tinggi karbohidrat dan kalori. Sebagai contoh, jika anda perlukan 4000 kalori sehari dan anda berjaya dapatkan daripada sumber solid sebanyak 2800, anda hanya perlu ambil 1 hidangan Serious Mass atau Super Mass Gainer atau Hard Mass atau Anabolic Peak. Kalau ikut 1 hidangan, skopnya mungkin agak besar, bahagikan kepada 2 atau 3 dalam sehari. Jika anda gagal dapatkan solid food sebanyak 2800 mengikut contoh tadi, anda perlu tambah dos hidangan makanan tambahan anda. Seeloknya lebihkan daripada sumber solid daripada makanan tambahan. Susah nak kata yang mana terbaik, anda kena cuba tengok keserasian.

Pengambilan makanan tambahan tinggi karbohidrat mungkin akan menyebabkan perut naik sekali jika tidak diseimbangkan dengan pemakanan. Periksa balik porsi pemakanan anda. Jika dibandingkan antara Serious Mass, Super Mass Gainer, Hard Mass dan Anabolic Peak, Hard Mass dan Anabolic Peak lebih jimat dimana jumlah hidangannya lebih tinggi. Daripada keempat-empat ini, terdapat sedikit aduan dengan Super Mass Gainer. Bukan ianya tidak bagus, cuma ianya tinggi lactose. Mereka dengan masalah lactose cenderung untuk cirit birit. Lihat entri Intoleransi Laktosa.

Manakala Masstech, dan True Mass rendah karbohidrat dan sekali gus rendah kalori. Kenaikannya agak lean berbanding empat yang tadi. Masstech hanya 10 hidangan 1 tong. Jika anda guna 2 hidangan sehari, ianya mampu bertahan untuk 5 hari. Bagaimana dengan whey protein seperti ON 100% Whey dan Nitrotech? Adakah ianya boleh digunakan untuk membesarkan badan? Boleh, dengan syarat karbohidrat anda cukup. Sebelum tanya soalan, apa lagi supplement patut dipakai, lengkapkan dahulu keperluan asas protein, karbohidrat dan lemak badan dahulu.

Lihat sekali entri
Makanan Tambahan Bina Badan
Ringkasan Makanan Tambahan Bina Badan

Bagaimana dengan brand lain? Saya dah ajar cara membaca label, anda boleh cuba baca.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

42 thoughts on “Makanan Tambahan Patut Diambil?

  1. Black Panther says:

    Salam bro nak tanya sikit. saya buat weight training. takdela berat sangat. saya baru start serious dalam 6 – 7 bulan. ada beberapa benda nak tanya. harap bro dapat jawab.

    1. training saya cuma deadlift, squat, bench press, press, row. mula2 saya guna starting strength – mark rippitoe. lepas tu saya tukar program sebab clean tu macam teknikal sangat. saya tak mampu nak ada personal trainer. deadlift saya 120, squat 110, bench 70, row 60, press 55. berapa banyak kalori saya perlukan sehari ea? sebab blur2 & tak pandai nak agak.

    2. saya masak sendiri, so takdela pakai minyak sebab saya masak guna pan. lepas tu kalau lauk saya masak dengan cara steam tak pun sup tanpa minyak. saya gantikan dengan flaxseed & kacang untuk minyak tu. ok ke meal saya ni?

    3. supplemen lak saya ambil kalau mampu je. sekarang minum myofusion whey. boleh je kan bro?

    4. lepas tu hari tu saya tak training tapi teman kawan saya 2 orang ni training. dorang perempuan so segan la nak pergi tanpa laki. lepas tu tangan saya ni pun gatal la nak buat clean. berat sangat kot. time nak naik kan tu macam snap je tangan. saya pergi klinik. doktor tu cakap otot je. tapi saya tak rasa jawapan tu membantu. die bagi ubat pun panadol dengan methyl salicylate yang saya boleh dapatkan kat farmasi. ni da seminggu tapi takde perubahan. still sakit. saya guna RICE pun takde perubahan. apa patut saya buat? saya tak dapat training ni sebab sakit. sedih rasa 🙁

    5. lepas tu latihan tu sesuai tak? cita2 saya nak jadi powerlifter walaupun rasanye kat malaysia ni takde pun competition.

    harap bro boleh jawab persoalan saya ni. sorry la banyak soalan nye 🙂

    1. 1. anggaran tambahan 1500 tambahan daripada bmr.
      2. ok.
      3. walaupun ikut kemampuan, tp pastikan kalori intake cukup. dptkan drpd sumber solid.
      4. mcm pernah jawab soalan ni. sy susah nak beri penjelasan mcm ni saja. kalau doctor kata xde apa, ada kemungkinan muscle atau tendon sahaja. mungkin perlukan rehat sahaja.
      5. sesuai. boleh cuba di singapore. bulan 7 ni ada.

  2. Salam bro, nak tanye sikit, saya baru start main gym sebulan lebih dan saya ni kerja buruh binaan, boleh bagi sedikit cadangan dan nasihat tak dari segi latihan pemakanan dan rehat

  3. salam dato’…saya baru masok gym 2bulan…berat 75kg tggi 178cm…goal sy nak bada berotot dan fit…sya amik whey nitrotech …syaa kurangkan karbohidrat (sbb dlu sblom masok gym berat 85kg)..masalah nya semakin lama sya weight yg sya angkat tak bolh tambah2…mcm xde tenaga…perllukah sya ambil creatine..tQ

  4. antara nasihat plg jujur dan berguna yg sy jumpa. kebanyakan brader kt gym x citer mnde2 ni. diorang kata trus amik mass ini la tu la. sy bangga dgn bro. doakan saya untuk competition taun depan 🙂

  5. hi. apa pandangan dato tentang supplement testosterone booster, contoh mcm anotest, evo test, hemotest, t-up. adakah ia sgt membantu utk tumbesaran otot?

    terima kasih.

    1. ia mungkin membantu. tp bukan jaminan. Ada kes kata berkesan, atau kes kata xde memberi kesan.

  6. assalam tuan zaki..saya ade mengambil suppliment protein produk nutrilite protein powder..adakah ia membantu untuk membesarkan otot saya..ade org suggest saya makan daging lembu atau kentang..adakah benar kate org itu…1 lg saya ingin bertanya..saya buat jadual..isnin : chest + bisep + abs..selasa: back + tricep + abs..rabu : rest..khamis: chest+bisep+abs..jumaat: shoulder+foreams+abssabtu: chest+bisepahad : rest..ok ke jadual saya tu…?? ade org kata kita xboleh banyak sgt buat workout yg sama dlm 1 mggu..nanti otot mengecil..betol ke??

  7. assalamualaikum Dato.. sebelum sy masuk gym berat saya 85kg dengan ketinggian 175cm dan lepas 4 bulan berat saya sekarang turun 80kg. saya ambik fat burner Lipo6, dan whey protein myfusion dan jugak BCAA…betul tak dato supplement yg saya ambil nieh? bagaimana dengan mass gainer..perlu diambil jugak ke or hanya perlu untuk orng yang dah kurus

    1. wslm. bagi saya, tak perlu spend terlalu byk untuk supplement. fat burner dan whey dah memadai untuk burn fat.

  8. Assalamualaikum….sy nak tnya on cutting supplmnt ape yg perlu ambl selain whey protien? skrng sya hnya ambl whey protien dgn amino….boleh dato bg pendapat…

    1. wslm. whey sahaja pun dah ok. paling penting main dgn kuantitinya.

  9. Asalamualiakum, Betulkan kandungan gula dalam GNC ni tinggi kalau nak di bandingkan dengan herbalife? Ada kesan sampingan tak gula-gula ni semua?

    1. wslm. ya, tinggi sedikit, 1g-3g. tetapi sgt rendah juga. jadi tak perlu risau.

  10. salam bro,saya girl,masalah saya ada hipertiroid tu badan underweight..skrg saya nak gain weight n body mass…tlg sy

  11. Elm zaki khan nak Tandy sy searing yg sgt kurus protein mane yg paling sesuai nak Beli

    1. kalau ada modal, amik weight gainer. contoh serius mass, super mass gainer.

  12. Assalam dato, minuman tenaga yang ada sekarang ni boleh percaya ke kandungan kalori diorg? Ada yg sampai 3ribu kalori per serving.. Kalori dalam minuman2 tu same ke dengan kalori dlm makanan tambahan ?

    1. minuman tenaga?
      kalorinya mungkin daripada gula sepenuhnya. beza dgn gainer.

  13. Assalamualaikum Dato

    sy nak tanya dulu berat sy 83kg untuk 173cm then lepas wat training di gym berat sy turun 73 kg. kemudian sy start ambik whey protein 100% whey gold standard..minium 2 kali sehari..then berat badan sy jadi 95kg. sy still train gym hampir 5 kali seminggu dngn 2 hari rehat. ni dah cukup setahun sy masuk gym..sampai habis dah membership

    peningkatan jadi 95kg ni fat or muscle dato? sy takut sy dah over ambik whey protein.

      1. YoYo Squad says:

        1.Klau umur 16tahun dan 17tahun.. Boleh tk ambil mass gainer? Cthnya.. Superior mass?
        2.superior mass ni oke x? Or ada kesan smpingn?

        1. boleh je. tapi biasa yg muda2 kita tak recommend disebabkan takut terlalu depending dgn supplement. kurang solid food. badan masih sedap utk kembang. hormon masih cantik.

  14. Salam bro , untuk umur 18 and dah main gym dalam 2 tahun sesuai tak ambik whey protein ? Ada kesan sampingan tak ?

  15. As salam tuan saya nak mintak pendapat tuan saya baru nak ke gym tok turunkan berat badan.. sekarang berat badan saya 110kg tinggi 178.. apa supliment dan juga workout yang saya perlu buat? Harap tuan dapat membantu.. tq..

  16. salam bro nk tanye, dulu sy amik whey protein, skrg nk nak amik mass plak nk tambah berat.. boleh ke sy trus mkn mass je atau pun prlu rehat dlu bru ambik mass?

  17. Assalamualaikum, sy dlu ad kanser, skrg sy nk naikkan berat badan, umur sy 25, tggi 156 berat 42. Adakah protein2 ni selamat utk pesakit kanser? Protein manakah yg boleh naikkan berat badan dgn cpt?

    1. wslm. dptkan advice pakar, mungkin yg terlibat dlm rawatan sebelum ini.

  18. salam tuan…

    sy br nk guna mass gainer..
    skrg sy ada beli Optimum Nutrition Serious Mass 12 lbs
    boleh ajar x mcm mana nak consume?

    1. wslm. kena kira kalori diperlukan. drpd situ tahu berapa skop sehari.

  19. saya umur 31thn.. berat 54++ dan tinggi 165cm.. sy nk besarkan dan nk fit kan badan.. sy da start gym.. full body workout.. sy amik supplement kilo up.. utk besarkan badan.. apa saranan utk sy besarkan badan seterusnya utk jd body fit..?

  20. Hafizsham05 says:

    Assalamualaikum tuan…saya berumur 16 tahun…berat saya asyik naik turun naik turun jer daripada 44 – 46 dah naik pastu turun balik dan tinggi sa
    ya 171 memang bmi terok laa…jadi bolehkah saya nak try consume supplement dan yang mana tuan rekomen? Mohon tunjuk ajar

    1. wslm. tak digalakkan bawah 18. tapi kalau perlu boleh je. lebih baik fokus makanan solid dulu. lebihkan intake kalori.

Leave a Reply to zam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: