Masalah Terkehel (Dislocation)

*Entri ditulis oleh Harr

Aiman Radzi - Masalah Terkehel (Dislocation)

Terkehel adalah kecederaan kepada sendi yang berlaku apabila tulang beralih masuk dan keluar dari kedudukan asal pada sendi. Kehelan biasanya berlaku pada jari dan bahu. Sendi lain seperti lutut, pinggang, siku, dan pergelangan kaki juga boleh terkehel.

Kebanyakan kes terkehel berlaku apabila berlaku perlanggaran pada sendi. Contohnya, ketika bermain bola keranjang, jatuh basikal atau impak yang terlalu kuat pada sendi.

Tanda-tanda terkehel:

  • Ketulan aneh berhampiran  soket sendi.
  • Sendi bengkak atau/dan lebam.
  • Sendi berasa sangat sakit dan tidak boleh bergerak.
  • Kebas di sekitar atau di bawah sendi bersama.
  • Peralihan kedudukan sendi yang jelas.

Terkehel dikira sebagai kecemasan yang memerlukan rawatan untuk memulihkan kedudukan tulang dalam tempat yang sepatutnya. Oleh itu, segera ke hospital jika ada mempunyai tanda-tanda tersebut.

Kursus Kecergasan 2024

Komplikasi Kehelan

Jika dibiarkan tanpa rawatan perubatan, kehelan akan menjadi lebih teruk dan boleh menyebabkan beberapa komplikasi seperti:

  • Kerosakan kepada saraf atau saluran darah di dalam atau di sekitar sendi.
  • Koyak pada otot, ligamen, dan tendon sendi yang tercedera.
  • Kondisi dikenali sebagai arthritis (sendi “haus”).
  • Peningkatan risiko untuk cedera kembali.

Rawatan

  • Manipulasi/ubah semula kedudukan: Memasukkan semula tulang ke tempat asal. Dilakukan oleh ahli perubatan yang terlatih.
  • Immobilisasi: Mengurangkan pergerakan sendi selepas kedudukan tulang kembali. Contohnya, dengan menggunakan anduh untuk beberapa minggu.
  • Berehat: Elakkan pergerakan yang mencetuskan rasa sakit atau menyebabkan kecederaan.
  • Memampatkan sendi cedera dengan ais dan air suam: Aplikasi ais pada hari pertama hingga keempat boleh mengurangkan keradangan dan kesakitan. Aplikasi air suam selepas kawasan sendi tiada tanda kemerahan/panas akan membantu meredakan otot tegang.
  • Menggunakan ubat penahan sakit seperti Ibuprofen.
  • Proses pemulihan/rehabilitasi: Membantu melatih sendi supaya pergerakan dan kekuatan sendi yang cedera boleh dipulihkan.
Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: