Membaca Label Makanan

Ramai rasanya yang keliru apabila membaca label pada makanan di Malaysia. Ada syarikat pengeluar yang tidak mengikut piawai yang ditetapkan dalam meletakkan label. Ada pelbagai format. Tapi apa anda perlu tahu?

Kursus Kecergasan 20241. Kalori yang dinyatakan adalah dalam unit kcal tetapi untuk nutrisi akan dipanggil calories sahaja. Kalau ikut kiraan asal, memang 1000 cal bersamaan dengan 1 kcal, tetapi untuk nutrisi 1 cal nutrisi bersamaan dengan 1 kcal. Pengecualian pada kalori nutrisi sahaja.

2. Hati-hati dengan saiz hidangan. Kebanyakan makanan akan memaparkan kandungan kalori untuk 1 hidangan atau mungkin 100ml, 100mg dan sebagainya. Kenal pasti berapa banyak satu hidangan jika dibandingkan dengan 1 paket atau kotak atau apa sahaja bentuk. Sebagai contoh, air kotak besar gula ada 110 kalori untuk 1 hidangan tetapi 1 hidangan cuma untuk 250 ml, 1 kotak ada 1000 ml. Jadi jumlah kalori 440 kalori.

3. Kandungan lemak? Ada syarikat telah mengasingkan antara lemak tak tepu, lemak tepu dan lemak trans. Terlalu banyak iklan mengatakan 0 lemak trans sekarang disebabkan mereka tahu ramai yang dah takut dengan perkataan lemak trans, tetapi adakah lemak trans 0, lemak tepu pun 0? Pastikan.

4. Jangan tertipu dengan label tanpa kolesterol. Minyak daripada tumbuhan secara asalnya memang tiada kolesterol. Minyak daripada haiwan seperti minyak sapi baru ada kolesterol. Iklan sebegini hanya menipu orang ramai. Kurangkan penggunaan minyak jika tidak perlu.

5. Bagaimana karbohidrat dan gula? Gula termasuk di bawah kategori karbohidrat. Kebiasaanya memang diletakkan gula lebih rendah daripada karbohidrat berikutan mungkin ada karbohidrat dalam bentuk lain seperti yang rendah glycemix index yang mana mungkin dilabelkan sebagai serat atau fibre atau ditinggalkan kosong.

6. Protein? Jangan terpengaruh dengan makanan ringan yang meletakkan label, tinggi protein. Protein ada banyak jenis. Ada protein perlu, ada protein tak perlu dan sebagainya. Jadi perkataan protein itu terlalu umum. Jangan kata protein dalam makanan segera boleh membina otot.

7. Bagaimana sukatan sodium? Mengikut orang normal yang sihat, sehari boleh ambil mencecah 2300 mg atau 1 sudu teh. Itu mengikut ‘norm‘ US. Malaysia mungkin kurang. Kurangkan makanan yang diproses kerana hampir semua menggunakan sodium yang agak tinggi.

8. % Daily Value (% DV)? Peratusan ini dikira berdasarkan diet 2000 kalori purata seorang warganegara Amerika. Kita tiada ‘norm‘ sendiri. Sepatutnya kita ada ‘norm‘ sendiri. Harap ada pihak yang menguruskan kajian mencari ‘norm‘ kita sendiri. Peratusan ini menunjukkan berapa peratus keperluan sesuatu bahan itu mengikut diet 2000 kalori seseorang. 100 % bermakna dah cukup, jika berlebihan tidak berguna.

9. FDA telah menetapkan garis panduan dalam menulis label yang mana saya kira kebanyakan syarikat di Malaysia tidak mengikuti tarafnya. Antaranya seperti:

– Makanan kesihatan mesti rendah lemak dengan limitasi kolesterol dan sodium
– Apa-apa yang dilabelkan ‘free’ mesti tiada atau hanya sedikit kandungan apa yang dinyatakan. Jika ‘tiada trans fat’ bermakna mungkin ada 0.5 mg trans fat, jika ‘tiada kolesterol’ bermakna mungkin ada 2 g kolesterol. Jadi perkataan ‘free’ tidak menjamin benar-benar bersih.
– Makanan rendah sodium boleh ada maksima 140 mg sodium
– Makanan rendah kolesterol boleh ada maksima 20 mg kolesterol dan 2 g sodium
– Makanan rendah lemak boleh ada 3 g lemak
– Makanan rendah kalori sepatutnya maksima 40 kalori untuk 1 hidangan

10. Jangan lupa periksa tarikh luputnya. Kebanyakan makanan akan dianjakkan masa luputnya ke hadapan atas faktor keselamatan.

11. Mengikut undang-undang di Malaysia, syarikat pengeluar hanya boleh mengisytiharkan kandungan vitamin dan mineral jika tahap kandungannya adalah signifikan. Begitu juga natrium dan kolesterol yang mana tidak wajib disenaraikan dalam label.

12. Fahami label dan aplikasikan maklumat yang terdapat dalam label dalam pemilihan makanan yang berkualiti. Tengok label dahulu sebelum membayangkan kesedapan makanan tersebut.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

15 thoughts on “Membaca Label Makanan

  1. thanks for the info , lepas n akan mnjadi lebih sihat . (ye ke tak ?) . hahaha

  2. hadicbears says:

    thanks for the info boss

  3. dato. nak tanya.. kalau mcm roti hi-fi or gardenia yang bulat tu.. ade perisa ikan bilis ngan sardin tu.betol ke die nye protein cecah 9g.. pastu lg satu dato.. pau ade protein ke? sbb pau kan stim.. sedap gak la nak makan.. saya kaki stim ni.. hahhaa

    1. protein dia mungkin cecah. tp protein apa? mcm sy ckp, protein ada mcm2 protein. tp kalau ikan bilis ngan sardin better daripada protein makanan segera cam megi. pau depend ngan kandungan

  4. jd boleh d kate kn lebel nutrisi d mknan tu adalah tidka tepat dgn kandunagn mkanan tersebut atau julat sesuatu yg d hidng kn?

    1. di Malaysia seolah2 tiada 1 standard ditetapkan. sbb tu boleh nampak mcm2 jenis label. sepatutnya diselaragamkan. kalau nak ikutkan. ada law tu tp entahla… jika ada makanan yg dicurigai, boleh dilaporkan.

  5. aku selalu minum air HL lactosa(kotak besar)selepas latihan..ok ke dato?

    1. jenama MARIGOLD HL MILK 1 Ltr

    2. boleh tu boleh, tp protein x brapa tinggi sebenarnya. dptkan solid food skali selepas itu

  6. pasal baca label makanan ni saya dah terkene dgn budak pekeje pasaraya, tengah2 dok baca nutrition label tiba2 ada suara ” bang, yg ni semua halal bang, yg non halal semua kitorang letak asing”.

  7. Betul ke ada sesetengah pendapat mnyatakan supplement seperti protien blh di ambil walauoun sudah tamat tempoh..harap ZK dpt detailkan

    1. kebiasaanya product makanan tambahan dilebihkan sehingga 6 bulan utk tujuan keselamatan. selebih daripada tu tak digalakkan.

Leave a Reply to syafik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: