Memilih Pasangan

Kekadang berlatih seorang agak membosankan, kecuali gym ramai perempuan (pada saya la). Pasangan yang baik boleh memotivasikan anda untuk terus berlatih. Bagaimana memilih pasangan atau partner yang sesuai?

Kursus Kecergasan 2024

1. Jadual
Pasangan yang baik mesti memiliki jadual latihan yang serupa atau hampir sama dengan masa anda. Bayangkan dah bersemangat nak bersenam pada jam 3 tetapi pasangan sampai jam 4. Mau mengamuk kat gym itu, dengan segala macam supplemen dah telan.

2. Sasaran
Bayangkan seorang nak besarkan badan dan seorang nak kuruskan badan berlatih sama atau seorang berlatih untuk marathon dan seorang berlatih untuk orang kuat, kan tak sama tu. Jika masing-masing menyasarkan bakar lemak, kena jaga masa rehat di antara set. Jangan rehat terlalu lama jika boleh. Jangan terlalu banyak pasangan berlatih. Jika perlu, buat latihan litar, super set dan sebagainya yang boleh mengurangkan masa rehat.

3. Tahap
Memiliki tahap kekuatan dan fizikal yang hampir sama. Janganlah seorang kategori heavy dan seorang kategori fly. Jauh beza itu. Walaupun saiz badan mungkin sama, tetapi seseorang boleh bench press 200kg, seorang lagi 20kg, pun tak kena.

4. Personaliti
Bagi saya personaliti seseorang itu juga penting. Bayangkan seorang yang biasa berlatih secara senyap tiba-tiba berlatih dengan seseorang yang macam kena historia dalam gym, nak menjerit je kerja. Bayangkan juga seseorang yang taknak henti bercakap dan topik pula tak kena dengan jiwa anda, terseksa batin.

5. Saling Bersaing
Carilah pasangan yang saling bersaing untuk lihat siapa yang lebih baik bukan kaki mengelat. Bukan setakat bersaing tetapi saling memberi semangat. Fuh, terbaik!

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

13 thoughts on “Memilih Pasangan

  1. nasib baik partner aku mimiliki ciri-ciri aku juga,kena bersaing utk mendapatkan otot idaman ni.

  2. bile le sy nk dpt partner yg best..kwn2 sy semua jenis hangat2 tahi ayam..memula je..lepas 3 minggu letih le..sakit kaki le..husband tak bg balik lambat le….last2 sy g sorang2…

    1. tu la, kekadang susah nak jumpa yg betul2 boleh follow. kekadang tu ada yg boleh thn kejap je. pastu 1001 alasan. kena cari kawan2 di gym. kalau kawan dari luar biasa camtu la. tp kalau di gym, dorang dah mula dulu. 🙂

  3. hamba@allah@buntu says:

    ahaha.. sm mcm kes sy la.. ada 2 org.. hangat2 taik buaya.. dulu beria ajak sy men gym, bila dah men sbulan mcm2 alasan dah kuar, tup2 sy sorg2.. tp lps tgk hasil 2bulan sy yg xsberapa ni, dia sangap nk gym blk, malah kwn2 yg memiliki ciri2 sama pon dah turut berminat… alhamdulillah dh ade partner 🙂

  4. pyah nk cri partner ni yg btl2 brsunguh….dah stahun main sorang2 je huhuhu

  5. Betul tu….ada kwn2, jadi semangat sikit…tp kkdg, susah jugak nak ajak geng bujang yg lain.Liat sungguh…motivasi kena tinggi dan perlulah dijadikan rutin. Hendak x hendak, paksa diri sdn…
    If it doesn’t challenge you, it doesn’t change you.

  6. partner sy adalah abg sy @ trainer sy jugak.. dulu mmg perbezaan weight sgt ketara.. skarang sy da boleh cucuk weight yang dia angkat.. terima kasih abg kerana membawa sy ke arena gym.. tp sekarang dah kene main secara solo.. sbbnya sy dah kahwin.

  7. Huh.. Susah nak cari partner mcm tu… Start taun lepas masuk gym sMpai sekarang bergerak solo… Huhu..

  8. Sy je pg xde partner…lotih!!!

  9. BETUL..mmg susah nk cari partner..bgi sy org yg baru nk main gym kalo dah lps 3 bln bleh la kira dah permenant..ramai gak yg membe2 yg hangat2 taik kambing shari dua je lps tu hampeh cm bro zaki ckp 1001 alasan ..btul kalo nk cari partner gym mmg kena cari dlm gym gak sb deorg dah lama main..alhamdulillah semenjak sy mceburi bidang gym ni di samping mgikuti pemakanan yg sihat sy dapat apa yang saya idamkan..

  10. mencari-teman says:

    Salam, dato alang-alang boleh tak iklankan diri kat sini? saya dah serious gym hampir 8 bulan, selalu cari gym partner tapi tak dpt. dan utk tahap sekarang saya mmg perlukan partner. tumpang ye.

    Lokasi: Bandar Sri Permaisuri (Azmass (or previously Rockafella))
    Stats: 24 tahun, 72 kg, 170cm (7 bulan work out)
    Waktu: before peak (4pm-6pm) atau lepas peak (10pm-12am)

    Kalau ade, bleh email saya di pukkapad2011@yahoo.com atau reply di thread ini. terima kasih ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: