Menangis

Adalah menjadi kepercayaan bahawa menangis adalah satu terapi dan juga sebaliknya. Randoplh Cornelius (1986) dalam kajiannya menunjukkan bahawa menangis dianggap sebagai cara yang penting untuk melepaskan ketegangan fisiologi sehinggakan jika tidak dibebaskan berkemungkinan menjadi penyebab penyakit.

Kursus Kecergasan 2024

Dari perspektif biologi terdapat tiga jenis air mata iaitu ‘basal air mata’ yang berterusan dan melumasi mata, ‘air mata refleks’ terjadi ketika kita memotong bawang atau menerima pukulan ke mata, dan ‘air mata emosional’ disebabkan psikologi. Frey, Desota-Johnson, Hoffman dan McCall (1981) mengkaji tentang perbezaan antara komposisi biokimia air mata emosional dibandingakan dengan air mata iritasi. Kepekatan protein air mata emosional adalah 24% lebih besar dari air mata iritasi. Protein kompleks air mata secara emosional adalah mereka yang terlibat dalam respon tekanan. Frey mencadangkan bahawa air mata melakukkan semacam katarsis fizikal, mengeluarkan racun dari badan.

Katarsis fisiologi dicadangkan oleh Efran dan Spangler (1979). Setelah tempoh hiperakivitas sistem saraf simpatik, menangis adalah sebahagian daripada kesan pembalikan parasimpatis di mana air mata berfungsi untuk meluahkan keghairahan. Bukti-bukti menunjukkan sendikit manfaat fisiologi dari segi emosional atau mungkin sebaliknya.

Menangis mengurangkan tekanan. Manusia menangis dengan pelbagai alasan. Sebahagian besar kita menangis ketika kita sedih. Namun air mata juga mengalir bila mana kita bahagia.

Mengapa Menangis Itu Bagus?

– Ia mengurangkan ketegangan
– Membentuk komunikasi berkesan
– Menyampai rasa cinta
– Meluahkan perasaan
– Merasa lebih baik selepas menangis, emotional yang stabil
– Membersihkan mata dari kotoran
– Mengurangkan tekanan darah bilamana bebas dari tekanan, tahap tekanan darah menurun

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

18 thoughts on “Menangis

  1. topik ini sahaja dimasukkan untuk seseorang yg sentiasa dlm tekanan. kekadang elok diluahkan. antara cara mudah menangis. tetapi jika menangis juga tidak byk membantu.minta la bantuan Dia. atau mungkin kaunselor, atau sesiapa yg kita boleh bercakap, luahkan masalah. jgn pendam sorang2. lama2 jd bom jangka

  2. Shamsul Anuar Aliash says:

    pengalaman sy byk mengajar yg menangis mengurangkan tekanan…ekspresi atau cliche mengatakan lelaki tidak mengangis menyebabkan masalah kemurungan byk berlaku dlm golongan kaum lelaki….

    menangis ada kaitan dgn pembebasan sejenis hormon (Mungkin sy silap disini…sy akan buat pengesahan lagi) iaitu adrenocorticotropic hormone yg dikaitkan dgn stress…menangis mengeluarkan hormon ini yg hadir dlm kuantiti yg tinggi dlm badan…

    tetapi cara paling baik utk menangis bg mengurangkan tekanan adalah ketika membaca Quran atau bersolat sunat (spt tahajjud, hajat dan tasbih)…ini kerana sy sendiri pernah melakukan (bkn sbg eksperimen tetapi sbg bukti bahawa Quran dan solat membawa kebaikan dr segi sains kesihatan), selain itu bantuan dari kaunselor psikologi atau pakar psikiatri serta rakan2 rapat bole juga mengurangkan masalah tekanan….

    1. sy duk cari gak nama hormon tu td. tp x kluar2. 😀 .nanti comfirmkan.

      x dinafikan, lelaki lebih byk kemurungan disebabkan ego tidak mahu menangis.

      setuju kaitannya dgn kerohanian.

  3. aie rudyz says:

    satu info yg berguna….dan saya setuju lelaki cenderung mendapat kemurungan..kerna ego utk menangis…(kerna sy pon sokrang lelaki hehe)

  4. Badan besar,pegi gym,angkat berat2,pastu nangis…….harap2 x de la .

  5. Salam dato’…apa penyebabnya kalau gelak atau ketawa tp keluar air mata? Biasanya saya gelak mesti keluar air mata. Orang sangkakan saya menangis

  6. cik konpius says:

    kenapa setiapkali lps nangis , kepala akan rs sgt sakit .. dulu,airmata sy pernah tak berhenti mengalir ..tak kira ms ..smpi family dan kwn2 smua pelik ..tmasuk sy sendiri .. smpi sy kena selalu berkepit dengan tisu .. bila dh tak de masalah tu, skrg sy akan sakit kepala tiapkali lps menangis ..

    1. Ada beberapa sebab

      1. bila menangis, berlaku tarikan di muka dan otot di kepala. Ia menambah tekanan pada tengkorak dan urat di bawah kulit.

      2. Mucus timbul apabila menangis menyebabkan nasal diblock yg mana create pressure to sinus. Ia menyebabkan sakit kepala disebabkan sinus sensitif pada kesakitan

      3. Bila menangis terlalu lama, pernafasan terganggu. Ini menyebabkan ruang dada contract differently. Ia menyebabkan badan sangat penat dan seterusnya menyebabkan kurang oksigen di kepala.

      4. pelepasan adrenaline menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat dan meningkat tekanan darah. Apabila darah bergerak laju melalui saluran darah kecil di kepala, ia menyebabkan tekanan dan sakit.

      1. cik konpius says:

        maknanya , semua org rs yg sama dan itu normal? Alhamdulillah..

Leave a Reply to Apteki Internetowe Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: