Meningkatkan Reseptor Androgen Jul10

Kongsi

Meningkatkan Reseptor Androgen

Bagaimana meningkatkan kepadatan reseptor androgen, memaksimakan penggunaan dan penghasilan testosteron. Sebelum testoterone atau DHT boleh buat perubahan pada badan, mereka perlu masuk ke DNA, dengan bantuan reseptor androgen.

Ada banyak kaedah termasuk penggunaan makanan tambahan. Saya senaraikan beberapa kaedah untuk rujukan.

1. Intermittent Fasting

Pernah dengar tentang paten pemakanan yang dipanggil IF? Ia adalah paten diet dimana anda berpuasa majoriti hari dan makan dalam tingkap yang kecil. Ada yang puasa 16 jam, ada 20 jam, dan sebagainya. Banyak kebaikan IF seperti memperbaik sensitiviti insulin, turunkan berat, memperbaik fungsi kognitif dan sebagainya.

IF juga meningkatkan respon reseptor androgen terhadap testosteron. Ada kajian menunjukkan puada 12 hingga 56 jam meningkatkan respon sehingga mencecah 180 peratus. Terdapat beberapa lagi kajian kebaikan puasa yang boleh dikaitkan. Kalau dalam islam, digalakkan puasa Isnin dan Khamis.

2. Latihan Bebanan

Latihan bebanan terbukti meningkatkan paras testosterone. Ia juga meningkatkan kepadatan reseptor androgen dalam tisu otot. Banyak kajian menunjukkan lelaki terlatih lebih tinggi reseptor androgen berbanding tak terlatih.

Ada beberapa syarat untuk memaksimakan reseptor androgen. Senaman dengan pergerakan yang betul dan eksplosif. Jangan terlalu lama untuk elak peningkatan kortisol yang mana merendahkan reseptor tersebut. Pastikkan ada progres, bukan angkatan yang sama setiap minggu.Kursus Kecergasan 2018

3. Carnitine

Carnitine atau karnitin terdapat secara semulajadi dalam daging dan ikan. Kajian menunjukkan subjek diberi makanan tambahan 2g setiap hari L-Carnitine L-Tartrate, menunjukkan peningkatan jumlah reseptor androgen.

Banyak lagi sebenarnya kaedah meningkatkan paras testosteron dan reseptor androgen ini sebenarnya termasuk penggunaan kafein. Apabila testosteron meningkat, bermaksud anda senang membina otot.

Rujukan
https://academic.oup.com/jcem/article-abstract/53/2/258/2677511?redirectedFrom=fulltext
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16826026
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/2686332
http://link.springer.com/article/10.2165/00007256-200535040-00004

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube