Metabolisme

Jika anda dalam proses menurunkan berat badan, meningkatkan kadar metabolisme boleh membantu menurunkan berat badan tanpa memotong kalori terlalu banyak. Kehidupan kita kini dipenuhi oleh produk-produk merapu yang mendakwa boleh meningkatkan metabolisme. Tapi perlu ke kita produk-produk begitu? Terdapat banyak cara meningkatkan kadar metabolisme secara semulajadi.

1. Faham apa itu metabolisme. Kadar metabolisme adalah kadar dimana badan kita membakar kalori. Kebanyakan mereka yang gemuk memiliki kadar metabolisme yang rendah. Walaupun sekumpulan orang buat aktiviti dan makan makanan yang sama, tak semestinya kadar pembakaran sama.

2. Cuba kenali apa yang mempengaruhi kadar metabolisme. Ada beberapa faktor yang kita boleh ubah, dan ada yang tidak boleh. Antara faktor yang mempengaruhi kadar metabolisme ialah umur. Kadar metabolisme akan menurun 5% setiap 10 tahun selepas kita mencecah umur 40 tahun. Kedua, jantina, lelaki kebanyakannya membakar kalori lebih cepat berbanding perempuan disebabkan memiliki tisu otot yang lebih. Ketiga, keturunan. Mungkin ada antara kita yang mewarisi genetik rendah metabolisme daripada generasi sebelumnya. Keempat masalah tiroid, mungkin disebabkan Hypothyroidism (kelenjar tiroid kurang aktif), Hyperthyroidism (kelenjar tiroid terlalu aktif)Kursus Kecergasan 2024

3. Kira kadar metabolisme rehat.
RMR = 9.99w + 6.25s – 4.92a + 166g – 161
w = berat dalam kilogram
s = tinggi dalam centimeter
a = umur
g = jantina, 1 untuk lelaki, 0 untuk perempuan

4. Mengubah diet. Untuk menurunkan berat badan, kalori tidak boleh melebihi RMR x 1.15

5. Makan sikit tapi kerap. Memanjangkan masa antara menu akan menyebabkan badan tukar ke mood kelaparan dan akan menurunkan kadar metabolisme disebabkan badan nak menjaga kita supaya tak kelaparan. Mengelakkan atau tak makan tidak membantu dalam penurunan lemak.

6. Minum air sejuk. Bila kita minum air sejuk, badan kita akan bakar kalori untuk memanaskan kembali badan.

7. Tingkatkan metabolisme sementara dengan aktiviti aerobik/kardio.

8. Latihan bebanan. Otot membakar lebih kalori berbanding lemak. Lebih tinggi kandungan otot lebih tinggi kadar metabolisme rehat.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

21 thoughts on “Metabolisme

  1. askum tuan,

    no.6 tu,air sejuk mcm mn..ais ke atau air kosong yang disejukan..dari segi kesihatan bukankah xelok mnm..kekerapan mcm mn,kena slalu mnm ke..ataupun pada masa traning je

    1. air yg disejukkan. ada beza antara air sejuk dan air ais. air ais yg bawa beberapa complikasi disebabkan penyejukan segera, tp air sejuk ok. lebih2 lg semasa senaman, air sejuk 2-4C yg paling cepat turun ke usus dari perut. air diserap di usus, bukan perut. jd kehilangan air dpt digantikan dgn segera.

  2. Nak tanya. Klau kita consume less than 1200 kalories (after dah kira) lepastu kita tak joging, still berkesan ke ya? Thanks 😉

  3. selepas kira… jumlah kalori itu untuk tempoh berapa lama? harian?

    timaksih

  4. salam..
    tak berapa faham la..
    selepas dikira, kalori intake saya 1678 kalori. metabolisme pula 1607. so apa kaitan kalori inkate dengan metabolisme?

    1. metabolisme=kadar keperluan sehari, biasanya tanpa aktiviti. utk aktiviti kena masukkan detail lain.

      1. oo..so saya kena makan ikut kalori intake ke ikut metabolisme rate?

  5. cane klu sye yg ectermoph ni??ade ke cre nk turunkn metabolisme??

  6. assalamualaikum coach..hari ni saya ditegur oleh seorang kaki gym. sekiranya individu berbadan besar ingin membakar lemak senaman paling ideal adalah dengan membuat bench press atau push up.saya tidak bersetuju, saya berpendapat gabungan senaman compound dengan strenght training mampu untuk membakar lemak lebih baik.Dan lagi satu adakah metabolisma untuk jantina lelaki dan perempuan berada di kedudukan tertentu? dia mengatakan metabolisma lelaki berada di dada dan disebabkan itu latihan yang perlu dibanyakkan adalah bench press.

    1. wslm. takde istilah metabolisme di dada dan sebagainya. merepek dia tu.

  7. cindy phang says:

    helo ZK. msalah sy is bdn sy jenis yg sush sgt nak naik kg.even ive tried some weight gain supplement but still remain the same.my weight now is 40kg only.why is it so hard to gain? my age is 26 and confirmly my BMI is not accurated. is it my metabolisme high and how to solve it? need ur advise.tq.

    1. recalculate your daily calorie requirement, increase up to 30% from dcr. if still low, seek some medical advice what to take.

  8. Kadar metabolisme rehat tu apa

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: