Minyak Terbaik Untuk Masak?

Minyak mana yang terbaik digunakan semasa memasak? Sememangnya lebih baik tanpa minyak, tapi ada ada kalanya mungkin nak rasa kelainan dalam masakan, mungkin pada menu tipu, atau ketika membesarkan badan.

Kursus Kecergasan 2024
Bila bercerita pasal minyak, terlalu banyak debat yang masing-masing mengatakan minyak mereka baik. Amerika akan kata minyak soya terbaik kerana mereka mengeluarkan minyak soya, Malaysia akan kata minyak sawit terbaik kerana Malaysia pengeluaran minyak sawit dan begitu juga seterusnya. Jadi jika mencari di google, terdapat pelbagai versi cerita pasal minyak.

Minyak sayuran akan berubah strukturnya apabila dimasak apabila melalui proses hydrogeneted atau separa hydrogeneted, menjadi dalam bentuk lemak trans. Ada beberapa kajian mungkin kontra tetapi majoriti kajian menyokong. Tahukah anda pada asalnya, minyak tumbuhan tiada kolesterol? Jadi jangan terpengaruh dengan iklan pada botol minyak masak yang tulis, ‘tanpa kolesterol’.

Minyak zaitun mempunyai komposisi lemak yang paling rendah jika dibandingkan tetapi mempunyai tahap didih yang paling rendah juga iaitu pada 190C/375F. Manakala minyak canola juga memiliki komposisi lemak yang baik, lebih sedikit daripada minyak zaitun dan tahap didih yang lebih tinggi. Komposisi lemak tepu di dalam kedua-dua minyak ini sekitar 4%. Disebabkan tahap didih minyak zaitun yang rendah, ia juga cepat hydrogeneted dan sama sekali tidak sesuai untuk masakan goreng (deep fry) seperti masak ayam goreng, tetapi masih boleh digunakan untuk masakan ringkas. Manakala minyak canola masih boleh digunakan untuk masakan goreng (deep fry) dan apa jenis masakan. Lebih ‘virgin‘ minyak zaitun, lebih tidak sesuai digunakan dalam masakan.

Seeloknya contohi kebanyakan masakan perancis yang mana meletakkan minyak zaitun sebagai dressing selepas masakan siap dimasak. Perlu diingatkan, lemak tetap lemak. Walaupun mengambil lemak yang baik, jangan berlebihan. 1 gram lemak bersamaan 9 kalori. Jika berlebihan dalam badan, akan disimpan sebagai lemak juga.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

24 thoughts on “Minyak Terbaik Untuk Masak?

  1. infor yg bgs dato’ kadang2 nk msak asyk memikir nk pakai minyk ape untuk menyedap kn makanan tp sihat, ye la tk kn nk panggan sentiasa selera pn puas jgk bile asyik same je… kdng2 nk kelainan jgk, bru ada nikmat…. kadng2 minyk ni pnting jgk dlm masakan bg tk mahu makan yg d goreng tu melekat d kuali 🙂 tp ape yg ada d entri dato ni amt2 berguna sebagai panduan… thanks dato….

  2. baru tnya semalam tntang alternative minyak masakan dah keluar artikal tntang minyak hari ni…terbaik Dato’…tQ..

  3. salam tuan….

    pening nie..katakanlah setiap pagi kt mnm sesudu mnyk zaitun dan time2 mkn plak ada termkn mkanan berminyak adakah ia bermksd seperti apa yg tuan ckp diatas lemak tetap lemak..adakah mnyk zaitun td akan menambahkan lemak dlm badan atau ia akan jd agen pencuci…

    1. wasalam

      lemak tetap lemak walaupun ada benefit utk menyingkir kalori berlebihan, kalau berlebihan tetap akan disimpan. jd ada ‘guide line’ berdasarkan berat bdn. kalau berat bawah 90 kg, 3 sudu dah byk. jgn la sampai 15 sudu sehari. 🙂

      1. mksd tuan,3 sudu tu mnyk zaitun ke atau termasuk mnyk yg kt termakan tu…bkn apa,sy takut mnyk zaitun tu menambahkan lg lemak dlm badan…kebetulan berat bdan sy 88kg maknanya sy blh mnm 3 sudu teh sehari ke..pening2…

  4. setiap pagi minum 5 ml minyak zaitun.cukup tak?

  5. assallam..
    bro,kalu bole masukkan la entri pasal menu2 masakan utk penambahan muscle ke pe ke,sesuai dgn situasi,baget n selera masyarakat malaysia neh.. 🙂
    tq..

  6. salam.nak tau lah cara nak amalkan minyak zaitun tu.makan cam gitu je ke?atau ada cara lain.boleh bg pendapat?

    1. minum camtu je. atau boleh guna sebagai dressing salad atau makanan.

  7. Habis tu minya apa yang baik untuk memasak

  8. Antara pure ,extra virgin Dan virgin mana yang paling baik dato untuk diminum. .

  9. minyak canola lbh baik drpd minyak zaitun utk masakan?

  10. kalau nk bakar ayam guna frying pan,kita sapukan minyak zaitun pada pan/ayam sebelum masak,xelok jugak ke?

  11. Mcm mne lak dgn minyak soy

    1. minyak tetap minyak. negara pengeluar soy akan kata soy baik. contoh us pengeluar soy. malaysia pengeluar kepala sawit.

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: