Mitos Asid Laktik Nov08

Kongsi

Mitos Asid Laktik

Saya kira, banyak mitos yang disebarkan berkenaan pemulihan dan penyebabnya. Sebagai atlet, kebiasaannya kita diberitahu, asid laktik jadi penyebab keletihan, sama ada dalam aktiviti jangka masa pendek atau panjang. Teori asid laktik berlegar sekitar 90 tahun yang lepas sejak 1920-an.

Mitos 1 – Kesan pembakaran disebabkan asid laktik

Bila kita lakukan senaman berintensiti tinggi seperti latihan bebanan, kita rasa terbakar di penghujung set. Ia dikatakan disebabkan penghasilan asid laktik. Apa sebenarnya berlaku adalah, apa bila kita bersenam, badan kita pecahkan ATP untuk hasilkan tenaga. Apabila oksigen kurang, hydrogen menjadi terlalu banyak dan akhirnya menyebabkan pesekitaran berasid. Itu sebenarnya yang menyebabkan rasa seperti terbakar.

Jika kita terus bersenam, badan kita bergantung pada glukosa sebagai sumber tenaga. Hasil akhirnya membentuk asid pyruvate dan akhirnya membentuk lactate. Lactate bertindak untuk stabilkan hydrogen yang bersifat asidik tadi. Jika tidak distabilkan, akan berlaku kegagalan mekanikal pada otot kita.

Mitos 2 – Asid laktik adalah bahan buangan dan menyebabkan kegagalan otot

Asid laktik sebelum ini dianggap sebagai bahan buangan semasa aktiviti. Kajian menunjukkan sebenarnya, badan kita menggunakan lactate sebagai sumber tenaga. Sekitar 75 peratus lactate dihasilan ditukarkan kembali ke bentuk glukosa dan digunakan sebagai sumber tenaga. Lactate sebenarnya membantu melambatkan keletihan dan bukan penyebab.Kursus Kecergasan 2018

Mitos 3 – Asid laktik menyebabkan otot letih

Lactate sebenarnya bersih daripada sistem kita selepas 30 minit hingga 1 jam bersenam, dan kebanyakan digunakan kembali sebagai tenaga. Delayed onset muscle soreness atau DOMS sebenarnya adalah hasil daripada trauma kecil di otot dan tisu yang menyebabkan keradangan. Jadi kita tidak boleh salahkan lactate disebabkan ianya cepat hilang daripada badan.

Kajian berkenaan asid laktik patut dilanjutkan. Teori lebih 90 tahun boleh diperbaharui.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube