Mitos Covid-19 Mar18

Kongsi

Mitos Covid-19

Berikutan pandemik covid-19 yang mula merebak berganda di Malaysia, saya ingin kongsikan beberapa persoalan dan mitos tentang covid-19.

1. Coronavirus turun atau kurang berjangka dalam cuaca panas.

Pandemik ini tidak mengikut cuaca. Virus bersifat global dan cuaca tak sama di setiap pelusuk dunia.

2. Covid-19 boleh berjangkit melalui nyamuk.

Tidak. Jangkitan disebarkan menerusi pernafasan dan sekitar. Bukan melalui darah. Jadi darah yang dibawa nyamuk tidak berjangkit.

3. Jika anda boleh tahan nafas lebih 10 saat tanpa masalah ketidak selesaaan, anda bebas covid-19.

Kebanyakan pesakit covid-19 yang muda mampu tahan nafas lebih 10 saat tanpa apa-apa masalah. Manakala terdapat ramai orang tua tanpa virus covid-19 mampu tahan nafas lebih daripada 10 saat.

4. Virus corona tinggal di dalam tekak. Minum air yang banyak untuk menolaknya ke perut di mana asid akan membunuhnya.

Virus mungkin masuk melalui mulut atau tekak tapi ia menembusi sel badan. Anda tidak boleh membasuhnya. Air berlebihan menyebabkan anda berlari ke tandas.

5. Jarak sosial ini berlebihan dan tidak berkesan.

Ia untuk mengelakkan jangkitan tersebar lebih jauh dan dalam masa sama virus akan mati mengikut masa. Jadi langkah kawalan pergerakan yang dilakukan adalah bersesuaian dengan syarat rakyat mengikutnya. Jika tidak, mungkin langkah lebih drastik pada diambil seperti pengistiharan darurat.

6. Lebih ramai mati dalam kemalangan jalan raya berbanding covid-19.

Kemalangan jalan raya tidak berjangkit. Ia tidak berganda dalam masa 3 hari. Ia juga tidak menyebabkan masyarakat panik atau pasaran dunia merosot.

7. Hand sanitizer lebih baik daripada sabun dan air.

Sabun dan air sebenarnya lebih baik dalam membersihkan kulit daripada kekotoran jelas.

Kursus Kecergasan 2020

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube