Mount Kinabalu Strongest Man 2019

Sebelum masuk bulan Ramadhan, saya telah bertanding di Ranau dalam Mount Kinabalu Strongest Man 2019 pada 2 dan 3 Mei 2019. Seramai 13 orang telah mengambil bahagian dalam pertandingan kategori di bawah 95kg ini.

Saya berjaya mendapat tempat kedua di belakang Arif Khalil. Kalah 3 mata. Saya 88, Arif 91. Bagi saya ia pertandingan yang baik dan saya akur pada kekalahan ini.

Mount Kinabalu Strongest Man 2019

1. Mohd Arif Mohd Khalil (Johor)
2. Datuk Ahmad Zaki Jinlapudin (Selangor)
3. Coleman Octovo. M (Tambunan)
4. George Jailis (Tambunan)
5. Rahman Roslan (Tambunan)
6. Hilary Bruno (Tambunan)
7. Edward Jr (Penampang)
8. Anthony Fan (Tambunan)Kursus Kecergasan 2024

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: