Mr Badang, Orang Kuat Malaysia

Saya mendapat khabar kemungkinan Badang Malaysia akan diadakan pada akhir tahun ini, bulan 12. Belum dapat pengesahan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan lagi. Badang Malaysia adalah pertandingan Orang Kuat (Strongest Man) dengan beberapa rutin. Tahun lepas 4 rutin diwajibkan iaitu berlari dengan dumbbell 100kg sejauh 60 meter, tarik pajero sejauh 30 meter, angkat tayar jentolak sejauh 30 meter dan angkat perodua viva.

Kursus Kecergasan 2024

Saya mendapat tempat ke 4 tahun lepas tanpa persediaan yang cukup. Main masuk je. Jika diizinkan saya akan masuk lagi tahun ini dan dijemput ramai-ramai sertai untuk memeriahkan acara. Berikut adalah latihan yang saya lakukan bulan ini;

Hari Pertama

Deadlift 8 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM
Dumbbell Row 6 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM

Hari Kedua

Bench Press 8 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM
Shoulder Press 6 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM

Hari Ketiga

Squat 8 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM
Leg Press 8 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM

Hari Keempat

Biceps Curl 5 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM
Triceps Extension 5 set 1-8 ulangan bebanan 85-100% daripada 1RM

3 Hari Rehat

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

14 thoughts on “Mr Badang, Orang Kuat Malaysia

  1. Joe Terry says:

    gudluck dato’!!
    taun ni johan r tu…

  2. pergh…mantap ar dato!…. erm, bg la tips2 nak jadi badang..susu apa nk kna minum… ada x gym kat area putrajaya?

    1. tip2 byk dlm blog ni, 🙂
      gym kat putrajaya ada beberapa, kat menara kbs yg paling besar kut

  3. askum tuan,

    latihan ini klu nak amalkan blh ke..mcm latihan kekuatan untuk semua otot utama je…huhu

  4. syaukiafandi says:

    selamat berjaya dato! semoga tahun ni jadi mr champ!
    kalau firegym buka branch di Kota D’sara pun bagus, prospek bagus & saingan kurang, hampir tiada langsung gym2 kecik 😉 malas nak terikat dgn kontrak kalau masuk gym2 besar, dan kalau tak bayar chase kita macam along pulak!

    1. insyAllah.
      kalau nak buka sendiri mungkin x kut. tp kalau berminat utk buka 1 gym, sy boleh tolong managekan. 🙂

      1. syaukiafandi says:

        orait, saya ada rasa nak buka juga… agak2 all in all brp yer modal keseluruhan? secara umumnya..

        1. terpulang pada budject. yg cantik dlm linkungan 150k. lg lebih lg cantik. kurang lg pun boleh, tp terpaksa kurangkan alat2 kardio

  5. Yasir Almakky says:

    Hi Mr Zaki,

    how are you? we are from Singapore. We saw your advert on Badang Malaysia 2011! and we are interested to take part in the event….it will be interesting to learn and compete with you guys in putrajaya! please advise me on how can we register on this event… looking forward to hear from you. Yasir Akmakky,

    1. For badang malaysia, only open for malaysian. we might be organizing open even maybe next year. are you the one who suppose to take part in world strongest man last month?

      1. Yasir almakky says:

        Thanx you for your reply ZH, no worries… It will be great if you guys organize an open category next year!! Anyways, we will just drop by to see how the event run and hope we can learn something from it… No! I’m not the one , it’s my team mate that suppose to go for the WSM… But, we did took part in sabah, kulai and Sin strongest man!! We still in learning process.. It’s an honor to chat with you, good luck on the competition and looking forward to see you soon! Yas,

  6. Salam… dumbbell tu 100kg in total ke (50kg x 2) atau sebijik dumbbell 100kg…

Leave a Reply to syaukiafandi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: