Mr World 2011 di Melaka Nov04

Kongsi

Mr World 2011 di Melaka

Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Bina Badan Dunia, Men World Bodybuilding Championship untuk kali ke 3 pada 9 hingga 14 November 2011 di Century Mahkota Hotel, Melaka.

Kursus Kecergasan 2017Saya berasa agak pelik apabila kejohanan peringkat dunia seolah-olah tiada promosi sedangkan kejohanan ini akan berlangsung pada minggu depan. Bila bercerita pasal Mr World, ramai terkejut kerana tidak mengetahui tentang kejohanan yang akan berlangsung minggu depan. Apa sudah jadi? Di manakah Persekutuan Bina Badan Malaysia? atau dimanakah mereka yang sepatutnya mempromosikan kejohanan tersebut? Semua tengah tidur ke?

Secara ringkas aturcara kojahanan;

11 November 2011

10.00 am – Pra-Pengadilan untuk 5 kategori, 55kg, 65kg, 75kg, 85kg, 100kg di Mahkota Ballroom, Tingkat Satu, Hotel Mahkota Melaka.
7.00 pm – Pembukaan, Pusingan Akhir untuk 5 kategori di atas di Jonker Walk Open Air Theatre, Melaka.

12 November 2011

10.00 am – Pra-Pengadilan untuk 5 kategori, 60kg, 70kg, 80kg, 90kg, 100kg ke atas di Mahkota Ballroom, Tingkat Satu, Hotel Mahkota Melaka.
7.00 pm – Pusingan Akhir untuk 5 kategori di atas di Jonker Walk Open Air Theatre, Melaka.

Disebabkan tiada senarai nama peserta Malaysia dikeluarkan, saya masukkan dalam senarai beberapa yang saya kenal melalui gambar sahaja;

1. Wong Hong
2. Sazali Samad
3. Ubaidillah Nasri
4. Edmund Chong
5. Md Noor Syukri Nasir
6. Buddha Anchah
7. Zetri Munir
8. Mohd Syarul Azman Mahen aka Mike
9. George
10. Terry Gallyot
11. Suzaili Ab Rahim aka Along

Mungkin ada beberapa nama yang terlepas.

Masuk PERCUMA. Semoga berjaya untuk atlet Malaysia yang bertanding.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube