Mr World Sangat Teruk

Tahniah Syukri yang mendapat tempat kedua kategori middle, yang jadi spoil, gambar mamee di belakang

Kejohanan Bina Badan Dunia anjuran Persekutuan Bina Badan Malaysia sangat mengecewakan.

Suasana di pusingan akhir di pasar malam dengan logo mamee sebesar-besarnya di belakang stage

Kursus Kecergasan 2024Apabila menjejak kaki di Bandaraya Melaka untuk menyaksikan Kejohanan Bina Badan Dunia, 3rd WBPF Men’s World Bodybuilding Championship 2011, perkara pertama saya cari, di manakah banting-banting atau iklan-iklan yang menunjukkan, adanya kejohanan peringkat dunia ini. Bayangkan sebesar-besar Bandaraya Melaka, hanya ada banting di luar Century Mahkota Hotel, Melaka dan berdekatan Gym Dato Gan Boon Leong yang mana berdekatan dengan Jonker Walk. Sebelum ini saya pernah nyatakan kelemahan pada promosi tetapi di Melaka pun begitu. Haish. Patutlah ramai tak tahu tentang Kejohanan Bina Badan Dunia ini.

Apabila tiba di Jonker Street, dengan tempat terbuka, dimana sepanjang jalan rasanya tiada makanan yang boleh dimakan untuk muslim, suasana agak sepi walaupun ramai. Kenapa saya kata sepi? Kerana majoriti bukan datang untuk tengok pertandingan. Mereka berada di situ dan mahu tak mahu, sama-sama menonton pertunjukan percuma di depan mata. Daripada situ, dapat dilihat dengan sorakan pun kurang. Suasana agak sunyi.Di mana mutu Kejohanan Peringkat Dunia apa bila buat di Jonker Street. Seolah-olah mereka yang bertanding telah menjadi Joker di Jonker Street.

Seterusnya saya nampak, gambar ‘Mamee’ yang besar di belakang. Logo mamee memenuhi ruang belakang backdrop. Aduh, seolah-olah mengatakan bahawa, makan mamee untuk kelihatan seperti mereka yang bertanding. Rosak imej bina badan. Adakah Mamee merupakan penaja kejohanan? Apa yang Persekutuan Bina Badan Malaysia sedang buat?

Tahniah Syukri yang mendapat tempat kedua kategori middle, yang jadi spoil, gambar mamee di belakang

Bandingkan kejohanan jemputan beberapa negara Asean yang diadakan di Indonesia dan Kejohanan Peringkat Dunia di Malaysia. Kualitinya jauh berbeza. Macam langit dengan bumi. Pertandingan Bina Badan di Indonesia, bertahap dunia, sedangkan Pertandingan Bina Badan Peringkat Dunia di Malaysia, macam haram. Walaupun di Indonesia masuk kena bayar tiket, tetapi puas hati dengan penganjurannya. Terbaik!!!

Apabila ke Pra-Pengadilan di Century Mahkota Hotel. Saya terbaca di satu laman sebelum ini yang meminta datang awal kerana dikuatiri penuh, tetapi rasanya dewan pun tak penuh. Dewan pula bukan dewan besar, dewan kecil je kut. Sebahagian besar dipenuhi dengan peserta, ahli keluarga peserta, daripada Malaysia dan negara lain. Di mana penonton daripada Malaysia? Ramai ke?

Malaysia pernah menganjurkan Kejohanan Mr Universe  pada tahun 2000, tetapi mutunya jauh berbeza. Ketika itu ramai nama-nama besar turun, seperti Lee Priest dan sebagainya. Pertandingan dibuat di dewan dan adalah satu pertandingan yang ada standard-nya.

Kenapa?

Mungkin ramai yang tidak tahu,  terdapat pelbagai channel dalam bina badan. Antara yang terkenal seperti IFBB. IFBB melibatkan atlet-atlet yang kita kenal seperti Phil Heath dan sebagainya yang mana termasuk dalam kategori Pro, dan dalam masa sama terdapat kategori Amatur.

Laluan IFBB

Kejohanan peringkat negara ke Mr Asia, ke Mr Universe. Juga terdapat beberapa pertandingan peringkat amatur yang boleh melayakkan peserta mendapatkan Pro Card. Bila ada Pro Card, mereka boleh bertanding dalam Kejohanan seperti Mr Arnold Classic, dan sebagainya, dan apabila memenuhi syarat seperti mendapat tempat pertama hingga ketiga (kebiasaan), layak bertanding untuk kejohanan Mr Olympia, yang mana diiktiraf sebagai pertandingan terbesar dunia di bawah IFBB (International Federation of Bodybuilding).

Dalam masa sama, ada pelbagai lagi channel seperti INBA, Pro Division dan sebagainya. Dahulu Malaysia di bawah IFBB. Di mana kita boleh saksikan Sazali pernah pegang nama di bawah kategori Bantam Mr Universe. Kemudian berlaku satu kes melibatkan Paul Chua (AFBB). Akhirnya Paul Chua menubuhkan WBPF (World Bodybuilding and Physique Federation) dan menarik beberapa negara gabungannya dahulu dalam Asia ke dalam WBPF yang baru ini termasuk Malaysia.

Laluan WBPF

Kejohanan peringkat negara ke Mr Asia WBPF ke Mr World.

Mr World itu boleh dikatakan kejohanan terbesar untuk WBPF. Sebab itu boleh dilihat daripada nama kejohanan, 3rd WBPF Men’s World Bodybuilding Championship, di mana menunjukkan kali ke 3 atau tahun ke 3 kejohanan tersebut diadakan. Ada beberapa negara menggunakan dua channel iaitu WBPF dan IFBB termasuk Singapura yang ada dua persatuan bina badan yang berbeza, tetapi di Malaysia hanya WBPF dan tiada lagi IFBB.

Kejohanan Mr Universe yang dimenangi oleh Sazali Samad dengan Kejohanan Mr World yang dimenangi tidak sama, tetapi dilabelkan sama dengan nama Kejohanan Peringkat Dunia.  Ada yang bertanya, kenapa Wong Hong boleh bertanding sedangkan dia memiliki Pro Card. Pro Card dia di bawah IFBB dan bukannya di bawah WBPF. WBPF tiada kategori Pro lagi di masa ini dan hanya ada kategori Amatur.

Jika pertandingan Mr Universe IFBB, boleh dilihat perbezaan dari segi atlet yang sangat ramai termasuk daripada Amerika, China dan sebagainya, tetapi Mr World WBPF, boleh kira dengan jari untuk kategori. Rasanya ramai, lebih-lebih lagi yang baru, tidak tahu perbezaan ini sehingga menganggap ianya sama.

Apa-apa pun, tahniah pada atlet Malaysia yang bertanding yang mana kebanyakan mendapat keputusan yang baik seperti Wong Hong yang memenangi kategori Heavy bawah 100kg, Md Noor Syukri tempat kedua kategori Middle bawah 85kg, Zetri Munir tempat kedua kategori Welter bawah 75kg, Buddha Achah tempat ke 3 kategori Bantam bawah 65kg, Sazali Samad memenagi kategori Light bawah 70kg, dan yang hari ini, saya tak dapat keputusannya lagi. Saya akan cuba dapatkan keputusan penuh nanti.

Bersambung di entri Mr World Sangat Teruk 2.

Wong Hong ketika memenangi kategori Heavy bawah 100kg. Tahniah!!!

Nota: Saya berasa pelik, apabila seorang pengadil tiba-tiba bercakap baik dengan ‘kami berdua’, kononya dia yang menaikkan Syukri kali ini, sedangkan dalam masa sama dia yang menjatuhkan Syukri tahun lepas.

Nota: Saya akan cuba masukkan gambar-gambar yang lebih baik nanti.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

43 thoughts on “Mr World Sangat Teruk

  1. Askum dato..
    Pape Hal tahniah pada yg berjaya…
    Tapi sy terkilan sbb tak dpt nak p sbb dgr nm nobler walk je dh terbygkan jln jem..parking…n sesak kat tmpt tu….trus cancel nak pi sbb Cian kat famili sbb sesak
    Melaka kan Ada MITC.. tmpt yg luas n selesa sbb dkt ngn tol…mesti rmi yg pi…
    1 LG ..takde iklan kat media n tentatif program yg agak mengelirukan..
    Harap dptlh dibaiki pada masa akan dtg…

    1. wkum
      betul, nama pun Mr World. ‘Dunia’. tak boleh ke usahakan untuk sesuatu yang berkualiti sikit. apa agaknya pandangan negara luar yg bertanding pada kejohanan di Malaysia ini?
      rasanya, jika promosi cantik, ramai tahu, dgn tempat cantik, sesuai, rasanya ramai sanggup keluar duit sikit utk tiket. x perlu terlalu mahal mencecah tahap olympia. mcm di Indonesia tahun lepas tu dah agak ok. harga berpatutan sesuai dgn semua org. sekurang2 walaupun kutipan mungkin x byk seperti kutipan perlawanan bola, tp at least dpt menampung belanja2 technical dan sebagainya.

  2. dpt info mengatakan, bas sekolah digunakan untuk membawa atlet daripada hotel ke jonker walk

    1. Alahai malunye…bas skolah je….melaka kan byk bas2 pelancongan….diorg nie malu nak mtk sponsor ke?

  3. mr world patut tukar nama ke mr pasar malam

  4. 1st time baca blog dato mcm marah smcm jea…..apa boleh buat…mb sukan bina badan ni x sehebat sukan lain kot d mana banyak peminat dan lebih berprestij…byk tanggapan org luar bahawa sukan bina badan ni merupakan sukan yg xbalik modal…anywhere nasib ada org mcm dato yg byk berkongsi ilmu dan pengetahuan ttg sukan bina badan…atleast serba sedikit baru paham mcm mana perjalanan utk sampai ke tahap tertinggi….mat kasih…dato..

    1. walaupun peminat x seramai peminat bola sepak, tetapi masih ada peminatnya, yg mana sebenar agak ramai

  5. hantu wbpf says:

    Tahniah kpd mbbm kerana berjaya menganjurkan wbpf… Walaupun dgn budget yg sikit namun masih mampu menjayakan dgn jayanya..

    Kpd yg asa wbpf kali ni kurang berjaya… Silalah anjurkan kejohanan spt ni ln lpas2 ni… Klau pihak tuan mampu wat yg lbh bek silakan.. Kami x hlg… Dan klau pihak tuan rasa wbpf kali ini kurang penaja dan sgt berminat sukan ni, apakah kiranya pihak tuan tidak memberi sebarang penajaan bg menganjurkan wbpf ni.. Kan satu malaysia.. Jgn hanya menuding jari tanpa merasai dan mengerti pengorbanan n penat lelah mereka yg telah menganjurkan kali ni..

    Apa kata pihak tuan, anjurkan event sebegini lepas ni.. Mgkn pihak tuan akan lebih mengerti.

    Apa-apa pun tahniah kpd mbbm.. Walaupun ada perkara perlu diperbaiki namun masih berjaya anjurkan kejohanan peringkat dunia seperti ini.. Tahniah…

    Salam ikhlas
    Dr hantu wbpf

    1. wah, ada pihak daripada mbbf yg reply ke? baru je ckp ngan seseorang, yg pihak mbbf akan baca. tp jika pihak lain suka2 boleh anjurkan contest peringkat dunia tanpa melalui 1 bdn yg sepatutnya, dah lama dah kut ada 1 lg kejohanan dunia di Malaysia. :). u should knew better. 🙂

  6. Gen X bina badan says:

    Tahniah kepada pihak penganjur kejohanan ini…yaitu Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Melaka. Dengar2 mbbf hanya tumpang syiok aje… Diharapkan pada masa akan datang, kejohanan seumpamanya akan dapat dianjurkan pada tahap yg sebenarnya. Ada masa dan tempatnya untuk buat yang terbaik…dan kebiasaannya…jika untuk peringkat dunia, penganjurannya sepatutnya di buat ialah mbbf dan bukannya gabungan negeri.

    adalah diharapkan pihak pengurusan mbbf pada masa akan datang menganjurkan kejohanan ini sendiri…baru ada maknanya…bukankah yang berpegang jawatan di mbbf kini terdiri drpd otai2 yg berpengalaman serta mereka yang berpangkat besar…spt Datuk2.

    mbbf PATUT dan seMESTInya yang menganjurkannya…dan bukannya pihak gabungan negeri…dan bukan sebaliknya…

    Jangan pula ada hubungan songsang di peringkat persatuan pula….

  7. mr world kt jonker walk mmg lawak…dh mcm sarkis plakk…nmpk sgt mengarut…ada ke mr-mr world tuh naik bas sekolah..ingat GENG BAS SKOLAH apoo??..agk2 la wat kejohanan dunia cm tuhhh…malu ooo..mr-mr world dh mcm dilayan simple-simple jee…paneh ati sbonar eaa…inilah namanya MELAKA MAJU 2011…

    1. majoriti yg pergi rasa menyesal pergi, tgk standard begini,
      patut tukar nama ke mr jonker street

  8. dorang tgh buat lawak ke apa. skali tgk dah mcm opera cina woo

    1. yg lagi best, ada pengunjung tempatan bertanya, ni opera apa, kenapa sampai bogel kat atas

  9. Apa yang dikatakan oleh Saudara Zaki ada betulnya, lagi lagi bahagian Mamee yang terpampang besar di pentas, ada juga terfikir, macam mana makanan ringan boleh ada kena mengena dengan kejohanan bina badan (tahap antarabangsa). Kedudukan pertandingan di Jonker Walk mungkin mahu memupuk atau menjadikan acara ini sebagai tarikkan pelancong tapi tempatnya agak kecil dan menganggu, jalan kecil, ruang kecil untuk penonton, sehinggakan penjual penjual kaki lima banyak yang tidak berpuas hati kerana acara ini lebih kurang menganggu kawasan, ada penonton yang terlanggar gerai gerai mereka, maklumlah banyak penonton penonton/peminat peminat badan masing masing besar. Tidak dilupakan juga tiada papan tanda mahupun iklan di Jonker Walk.

    1. terlalu byk komplain, kalau nak kumpul komplain, mau penuh kat sini.
      bahagian mamee tu antara part x boleh bla.
      org yg xtau pasal bina badan, rasanya mcm lebih separuh penonton pengunjung terpaksa disebabkan mereka berada di situ pada masa itu, mungkin ada yg terfikir kut, makan mamee boleh jd bdn camtu. 😀

  10. muscular-girl says:

    memalukan malaysia apabila contest dunia begitu. bgamana mereka yg luar pandang malaysia. tp bila i tgk cam x ramai je peserta. ari tu baca cam berpuluh negara

    1. mana ada begitu ramai. negara anggota pun mcm sikit. mbbf crita cam gempak. ada ke negara yg nak anggotai wbpf? paul chua guna pengaruh dia pun x dpt tarik negara2 besar seperti china, amerika dll

  11. Monster mamee says:

    hantu wbpf…betul ke anda x ada halang orang lain menganjurkan kejohanan seumpama ini di Malaysia? anda bercakap untuk pihak siapa bila mengatakan sedemikian? Jangan hanya tau cakap…keluar surat rasmi dan hantar pada zakikhan membenarkannya berbuat sedemikian.

    cakap tu murah….kadang2 air liur aje yg banyak…

    1. surat sahaja x bleh. kalau nak sapu sampah, kena sapu hampir semua dlm mbbf.

  12. setuju, mmg sangat teruk penganjurannya. ini ke taraf orang Malaysia menganjurkan pertandingan peringkat dunia. tak malu ke dgn pandangan org luar?

  13. zaki ko memang suka bwk ajaran sesat dr dulu la… nape ye? ko dgn Vincent Ho sama kepala busuk punya olang la.. baik di depan Jahat di belakang.. busuk punya olang la… puihhhh!!!

    1. adakah anda wakil daripada mbbf?
      x ramai org akan kaitkan saya dgn Vincent Ho
      ada beberapa saja seperti AHB*, balacinya, atau beberapa lagi dlm mbbf.
      apa yg berlaku di atas disaksikan semua,
      cuba tunjukkan di mana salahnya? terima kasih. 🙂

      1. org kajang says:

        mcm kenal jer AHB 2……hehe…….

        1. jgn diseru nama tu. 😀
          dah check, yg ni xde kena mengena ngan dia, tp still mbbf. 😀

  14. bina badan ori says:

    Assalamulaikum dan salam sejahtera pada semua warga bina badan Malaysia dan pada admin strengthsifoo.com. Setelah selepas membaca ulasan zakikhan mengenai Mr. World Sangat Teruk 1 dan 2 ni…adalah wajar baik sesiapa aja yang ada pengaruh dalam penganjurannya di peringkat negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa harus mengambil ikhtibar memperbaiki diri dalam membawa sukan ini ke tahap yang lebih cemerlang lagi untuk Malaysia.

    Adakalanya, disebabkan irihati dan kedengkian antara manusia…bahasa-bahasa kesat yang tidak menunjukkan diri kita sebagai manusia yang bertaqwa akan membinasakan sukan ini dari dalam.

    Saya sungguh kagum pada zakikhan yang sanggup meluangkan masa beliau untuk membuat tinjauan dan berani memberi ulasan yang kadang-kala akan menguris hati setengah-tengah orang…terima teguran atau ulasan tersebut dengan hati terbuka…ia adalah untuk kebaikkan kita sendiri.

    Jika benar-benar adalah untuk sukan bina badan, berikan sokongan padu pada mereka yang sentiasa bertungkus lumus mencuba menaikkan nama sukan ini dikalangan ramai. Jangan pula terikut perasaan marah anda sehingga sanggup meludah mereka ini.

    Yang pelik di sini, apa kaitan dengan si Vincent Ho dengan ZakiKhan ni…sehingga anda, anti zaki the annoying ni sanggup meludah pada mereka berdua?

    bahasa kesat bukannya bahasa sopan kita…buat baik untuk manusia, buat terbaik untuk Allah s.w.t.

    Insya’Allah kita yang benar-benar menyatakan diri kita penyokong sukan ini akan berterusan membawa kecemerlang sukan ini ke tahap yang lebih cemerlang di Malaysia dan ke peringkat antarabangsa.

    Assalamulaikum.

    1. waalaikumsalam
      smoga ada perubahan di masa hadapan.
      perubahan yang sepatutnya bermula dari dalam

  15. mcm sial, xde feel langsung tgk

  16. Vincent Ho says:

    Salam 1Malaysia.

    Pada mereka yang telah memberi pujian serta penghargaan pada saya, terima kasih banyak-banyak. Pujian sebegini akan menguatkan lagi tekad saya dalam usaha membangunkan sukan bina badan di Malaysia dan khususnya di WPKL.

    Majulah sukan bina badan untuk Negara.

      1. hahaha, 1st time jgk…

      2. Vincent Ho says:

        Zaki,

        Kita buat terbaik untuk sukan…itu yang terpenting. Buat bukan kita sendiri tetapi untuk bakal atlet yang mengharumkan nama Malaysia ini, penyokong-penyokong yang akan mengibarkan bendera ‘Jalur Gemilang’ ke / di perusuk dunia bersama atlet kita serta penaja-penaja yang akan membantu kami menaikkan sukan ini ke tahap yang sebenar…yang disebabkan ada orang irihati atau dengki pada kita, kita terus hilangkan diri.

        Jangan!! Kerana ini bukannya adat Pendekar sukan Malaysia…biar kita mati diludahi ataupun ditikam bertubi-tubi dari sesiapa…kita HARUS terus bertekad menaikkan nama sukan ini dalam apajua cara yang kita tahu serta boleh.

        Semoga Tuhan melindungi kita berdua.

        Salam.

        Setiausaha,
        Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur.

  17. malaysian says:

    assalammualaikum..
    sebaik nyaa…bersama2 lah kita majukan sukan bina badan malysia.. tak payah lah nak menunding jari pada sesiapa.. kerana tak semua manusia sempurna.. majulah sukan untuk negara.. jangan lah asyik nak berdengki sesama manusia.. taniah kepada bodybuilder negara kerana telah mengharumkan nama malaysia..

    1. waalaikumsalam
      kami semua mengharapkan sukan ini akan terus maju,

  18. NishXtreme says:

    Salam 1 Msia..
    Pertama kali saya menonton kejohanan tebesar yang diadakan.Saya membawa kawan2 dari beberapa institud pengajian tinggi dari beberapa buah negara.Penganjuran yang agak mengecewakan apabila pembukaan perasmian dan penutup seolah tiada perancangan yang teratur..apa yang kita tunjukkan sebagai menyambut tetamu dari luar negara..tiada langsung penarik atau sedikit hiburan yg kita tunjukkan..umpama sedikit petunjukan kebudayaan melambangkan msia yg yang disebut2 dan peniga2 disitu menghalau penonton yg menghalang kedai mereka ditempat yang sesak spt itu.bukan hanya nak tengok kelemahan tetapi ni peringkat dunia sepatutnya perlu perbincangan dan perancangan yang profesional..

    1. itu yg kita bincangkan disini, jika pertandingan mr jonker street, mungkin boleh terima lg la. tp pertandingan peringkat dunia begini. daripada awal dah menunjukkan keadaan yg tidak teratur, dgn promosi yg sgt lemah, pemilihan tempat yg tidak menggambarkan perkataan ‘dunia’ tu sendiri, kualiti perjalanan pertandingan yg sgt teruk dan sebagainya,

  19. kecewa + xdpt tgk = powerman manjung best tarikh yg sama. event berlainan.

    dpt bezakan unit penganjuran bertaraf Internasionalle dgn keadaan Mr World dsana.

    harap2 pihak yg berkenaan ambil berat dgn segala kekurangan yg tlah berlaku.

    event Powerman/Malakoff pihak penganjur yg terbaik… minta pihak berkenaan study dgn geng2 ni…=)

    1. powerman manjung? saya x dpt makluman powerman, jika tidak, akan disebarkan. 🙂

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: