Narcissisme Sep19

Kongsi

Narcissisme

Narcissisme adalah istilah yang mempunyai maksud yang meluas yang merangkumi keadaan psikologi seseorang, masalah sosial atau budaya atau sifat individu. Narcissisme juga melambangkan hubungan dengan diri sendiri dan orang lain.

Kursus Kecergasan 2017

Narcissisme melambangkan keegoaan, sikap mementingkan diri dan tidak peduli pada orang lain. Di dalam gymnasium, kita akan jumpa ramai orang dengan narcissisme. Antara ciri yang mudah adalah jatuh cinta dengan diri sendiri, terlalu obses dengan perubahan pada diri sehingga menimbulkan ego dan akhirnya timbul rasa yang diri sendiri lebih baik daripada orang lain. Ada baik buruknya apabila menganggap diri sendiri lebih baik. Buruknya apabila tidak melakukan perubahan pada diri sendiri dan baiknya apabila bersaing dengan diri sendiri untuk sentiasa kelihatan lebih baik.

Narcissisme menimbulkan reaksi seperti berlagak dan ada juga yang tidak mahu berkongsi ilmu. Bila ditanya, dia tidak akan beritahu bagaimana atau mungkin mendiamkan diri. Narcissisme juga selalu melihat cermin dan obses pada otot-otot sendiri atau perubahan yang dialaminya walaupun mungkin mereka yang lain lihat seperti tiada perubahan. Narcissisme sentiasa hendak orang lain memandang mereka lebih baik dan memuji-muji mereka, dan jika orang lain tidak memandangnya begitu, akan timbul rasa tidak senang.

Narcissisme jika dilihat di laman sosial seperti facebook adalah mereka yang suka mempamerkan gambar sendiri dengan pelbagai gaya dan sentiasa bertukar-tukar gambar. Berdasarkan kajian, narcissisme biasanya mempunyai ramai kenalan di laman sosial. Mereka suka mempromosikan diri.

Narcissisme terjadi mungkin disebabkan beberapa faktor seperti keadaan hidup pada zaman kanak-kanak, traumatik mementingkan diri sendiri sehingga tidak mempedulikan orang lain-lain.

Narcissisme boleh menjadi sesuatu yang baik jika diselitkan dengan sayang terhadap orang lain. Sebagainya contoh, walaupun obses dengan diri sendiri tetapi sanggup berkongsi dengan orang lain. Narcissisme juga boleh jadi baik disebabkan keyakinan diri yang sangat tinggi. Dalam kebanyakan sukan seperti bina badan, keyakinan diri itu sangat penting.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube