Narcissisme
Narcissisme adalah istilah yang mempunyai maksud yang meluas yang merangkumi keadaan psikologi seseorang, masalah sosial atau budaya atau sifat individu. Narcissisme juga melambangkan hubungan dengan diri sendiri dan orang lain.
Narcissisme melambangkan keegoaan, sikap mementingkan diri dan tidak peduli pada orang lain. Di dalam gymnasium, kita akan jumpa ramai orang dengan narcissisme. Antara ciri yang mudah adalah jatuh cinta dengan diri sendiri, terlalu obses dengan perubahan pada diri sehingga menimbulkan ego dan akhirnya timbul rasa yang diri sendiri lebih baik daripada orang lain. Ada baik buruknya apabila menganggap diri sendiri lebih baik. Buruknya apabila tidak melakukan perubahan pada diri sendiri dan baiknya apabila bersaing dengan diri sendiri untuk sentiasa kelihatan lebih baik.
Narcissisme menimbulkan reaksi seperti berlagak dan ada juga yang tidak mahu berkongsi ilmu. Bila ditanya, dia tidak akan beritahu bagaimana atau mungkin mendiamkan diri. Narcissisme juga selalu melihat cermin dan obses pada otot-otot sendiri atau perubahan yang dialaminya walaupun mungkin mereka yang lain lihat seperti tiada perubahan. Narcissisme sentiasa hendak orang lain memandang mereka lebih baik dan memuji-muji mereka, dan jika orang lain tidak memandangnya begitu, akan timbul rasa tidak senang.
Narcissisme jika dilihat di laman sosial seperti facebook adalah mereka yang suka mempamerkan gambar sendiri dengan pelbagai gaya dan sentiasa bertukar-tukar gambar. Berdasarkan kajian, narcissisme biasanya mempunyai ramai kenalan di laman sosial. Mereka suka mempromosikan diri.
Narcissisme terjadi mungkin disebabkan beberapa faktor seperti keadaan hidup pada zaman kanak-kanak, traumatik mementingkan diri sendiri sehingga tidak mempedulikan orang lain-lain.
Narcissisme boleh menjadi sesuatu yang baik jika diselitkan dengan sayang terhadap orang lain. Sebagainya contoh, walaupun obses dengan diri sendiri tetapi sanggup berkongsi dengan orang lain. Narcissisme juga boleh jadi baik disebabkan keyakinan diri yang sangat tinggi. Dalam kebanyakan sukan seperti bina badan, keyakinan diri itu sangat penting.
alamak, sy pun pakai gambar upper body kat FB. tp sy x add org/ ramai kenalan. lepas ni kena la tangkap gambar nampak gigi je. huhu
:D. yg biasa2 ni ok. ada org setiap jam tukar gambar. ari2 ada gambar baru. :). narcissisme x semestinya x baik. kalau digunakan ke arah kebaikkan, baik la dia.
rase nye x slah kn klu kt show off ckit body kt kat FB ke Twitter ke…coz kt da berabis mase,duit dan tenaga untuk dptkn bentuk badan yg mungkin xrmai mmpu buat. or capai or mungkin menjadi inspirasi utk kt mahu pn menjdi model utk menaikn semangat rakan untuk ke gym…cume xleh la beria2 sngt..mcm dato kate stiap jam nk tuka profile pic n upload pic maen gym or bdn die kat laman social 2..hehe..
:D. mcm dlm entri, x semestinya narcissisme melambangkan sesuatu yg x baik. ada kalanya baik. :). dari positif side, memberi inspirasi pada org lain dll