Nilai Biologi

Nilai biologi atau biological value (BV) adalah satu unit pengukuran untuk menentukan peratusan sumber nutrien yang diambil digunakan oleh badan. Biasanya digunakan untuk protein. Semakin tinggi nilai BV, bermaksud semakin baik, atau semakin cepat badan akan menggunakan protein yang dimakan.

Kursus Kecergasan 2024BV dalam protein ditentukan melalui kiraan mengikut asid amino dan tidak boleh ditambah begitu sahaja. Terdapat satu lagi cara untuk menilai protein iaitu melalui protein-digestibility amino acid score (PCDAAS). PCDAAS adalah berdasarkan keperluan asas manusia terhadap asid amino.

Dibawah adalah contoh BV protein daripada kebanyakan makanan harian kita, dan angka mungkin terdapat perbezaan sedikit daripada pelbagai rujukan berikutan anggaran asid amino yang berbeza mengikut jenis. Mungkin ada yang akan bertanya, bagaimana gunanya BV ini? Sebagai contoh, selepas latihan, badan memerlukan protein dengan segera, jadi ambillah protein daripada BV yang tinggi. Jika tidak menggunakan makanan tambahan, antara pilihan yang baik seperti susu dan putih telur.

Nota: Rujuk juga entri Protein.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

26 thoughts on “Nilai Biologi

    1. minta maaf, ada masalah dgn bandwidth. traffik terlalu tinggi. terima kasih atas sokongan semua.

  1. DATO,adakah protein bv yang rendah tidak baik untk diserap ke badan atau lambat diserap atau %yang sikit diserap?

  2. hello dato nak tanya ni…adakah dalam fasa memotong kita harus train scara ringan tetapi repeatation nya pula tinggi….maksudnya bebanan berat dah xpenting dah….agak keliru bila masuk fasa memotong sbb badan menjadi smakin kecil….

    1. kalau boleh berat + rep tinggi lg baik. biasanya semakin kecil disebabkan faktor makanan.

  3. firefighter says:

    Salam dato….
    Jika tidak mjadi keberatan buat Dato, boleh kah di buat setiap minggu sekali( waktu yg di tetap kan) utk kami mghubungi dato, maksud nya talian d buka utk semua utk brtanya soalan secara terus by phone dgn dato…mungkin seorang di benar kan tidak melebehi Minit/soalan. Best nya kalo ada seisi begini, penyampaian maklumat lebih tepat, trutama soalan2 yg berkait2 bole di lerai kan waktu itu terus…..
    Berharap Dato dapat pertimbang kan. Terima kasih.

    1. ada idea lebih baik. di atas permintaan ramai. akan ada beberapa sesi yg akan diadakan di balakong. tgh tetapkan tarikh, kemungkinan setiap bulan.

      1. firefighter says:

        wow best….kena join ni !!

        1. berkali gagal says:

          balakong kat mana dato?…gym kat impian ehsan tu ka?…bgtau tarikh awal ski dato…kalau kesempatan bleh peri…saya di utara

          1. tarikh dan alamat akan diberitahu kemudian kalau jd, nak comfirmkan tempat dulu

  4. salam dato,sesetengah orang menpunyai banyak fast twitch muscle fiber bernding slow twitch,fast twitch muscle fiber terdiri 2 jenis(IIa dan IIb).adakah seseorang yang memiliki fast twitch muscle fiber juga memiliki 2 jns musce fiber disebut di atas

    1. wslm. rasanya di malaysia ni, boleh kata balanced antara muscle fibre due to kepelbagaian bangsa. indian maybe more to slow twitch, malay and chinese mostly fast twitch, setiap org memiliki different percentage of muscle fiber. cuma yg mana dominant?

  5. salam dato…
    nak tanye..mcm artikel di atas “Sebagai contoh, selepas latihan, badan memerlukan protein dengan segera, jadi ambillah protein daripada BV yang tinggi” jika kita ambil putih telur dan dgn cmpur susu bud shaja boleh ke??sbb saye bru lgi dan tak tahu ape supplement atau makanan lain yg perlu diambil selepas senaman..

  6. salam.. berapa gram dada ayam kita blh ambil setiap kali makan? takut ambik terlebih terbuang mcm tu saja lebihan proteinnya..

      1. 30 gram ja? sikit la tu.. sebelah dada pun xsampai kot.. 20% dari 30g dada ayam baru 6g protein..

  7. Salam dato.. BV untuk telur(putih+kuning) 2 sama jee ke nilai die bila da goreng, spruh masak.. or mentah?? ataupn telur mentah lain, telur goreng lain??

  8. nilai BV utk telur tu yg mentah, sparuh masak atau da rebus dato’? tq

  9. nilai BV tu utk yg telur tu mentah @ da rebus?

    1. secara general untuk telur. perbezaan sedikit antara masak dan tidak masak boleh diabaikan.

  10. Dato.. nak tanya.. saya agak mengambil protein 200 g +- setiap hari.. berat saya 76 kg. Tetapi saya nak tahu adakah kandungan protein tersebut betul2 menyerap dalam muscle saya.. ada apa2 supplement untuk membantu proses penyerapan protein ke badan. Thank u.

    1. susah nak check adakah ia betul2 diserap. kena check urine. biasa kalau protein wastage, kencing kaler kuning. kena buat urine test for comfirmation.

Leave a Reply to sasuke Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: