Otot Boleh Dibentuk?

‘Adakah terdapat senaman untuk meninggikan bisep?’
‘Adakah senaman dapat melebarkan dada?’

Kursus Kecergasan 2024Senaman mungkin membantu memberi rupa, atau membentuk postur badan, dengan melebihkan atau mengurangkan latihan pada otot-otot tertentu, tetapi kebenarannya, anda tidak boleh membentuk otot sesuka hati anda. Anda tidak boleh melebarkan dada jika postur dada anda tidak lebar. Anda tidak boleh sesuka hati membentuk otot sama seperti sesiapa yang anda minati, mungkin Ronnie Coleman, Arnold Schwarzenegger dan lain-lain. Terdapat perbezaan genetik antara individu.

Otot hanya boleh membesar dan mengecil. Sukar untuk mengharapkan hiperplasia. Otot bekerja seperti rubber band, memanjang dan mengecut. Jadi jangan bandingkan diri anda dengan seorang yang kelihatan seperti dinosour. Apa yang boleh dibuat adalah dengan memberi tumpuan pada senaman isolasi untuk otot tertentu yang jadi kelemahan, tetapi bukan menukar bentuknya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

47 thoughts on “Otot Boleh Dibentuk?

  1. Hanya hypertrophy, hyperplasia tidak dpt berlaku pada skeletal muscles…hanya pada otot jantung

    1. ada case, biasanya rare, hiperplasia berlaku pada skeletal otot. tp tiada bukti jelas.

  2. dato…
    dengan pengambilan protein dapat membentuk otot betulkan…
    kalau saya makan sate ok tak? ke lemak banyak?

    1. sate..?? wah2 sedap ouhh..ok utuk perut…..kasi kenyang…..wakaka….

    2. preparation dia x brapa ok. pakai minyak. kalau nak gak, suruh bakar kosong.

      1. selalu jugak makan satey lepas workout… mmg sodappp..

  3. askum dato,

    sy jurulatih sebuah pusat kecergasan cakap dgn sy.untuk bantu turunkan lemak dan naik kan otot, mlm dia cadangkan ambil protein saja..blh ke mcm tu dato..selain itu ada cara lain lagi x..

    1. sy jurulatih(ada jurulatih)slp taip..

    2. boleh. tp kalau boleh, campurkan dgn oat. protein bekerja dgn baik dgn kehadiran carb skali.

      1. maksud dato..kt kena mkn protein skali dgn carb la..selain oat,bagaimana dengan roti whole meal..

        1. mgkin masud dato cmpurkan skali dlm protin shake kott…

          1. atau…mksd dato campur dgn mcchiken….nyam2~

  4. Salam.

    En. Zaki, sorry menganggu.. sy nk mintak sedikit pendapat n tips berkenaan Sizing and Cutting, sy skrg berat 58kg, tinggi 168cm.. masih baru nk ceburi bidang gym nie.. sy ada bace entri Size?Cut? Org baru 2.. tp sy xbrapa nk faham.. bleh bg tips, mcm mane sy nk sizing?? adakah time sizing sy xperlu pg workout lngsung?? and mcm mana sy nk taw sizing ape yg seswai untuk sy capai sblom sy cutting..

      1. yer dato’.. sy mmang hardgainer.. okay2.. sy akan kire kperluan kalori sy balik, tapi saya rasa 2600 yg dato bg 2 dah betol kot.. agak2 klu sy makan nasi 3kali 1hari, minum massgainer 2kali 1 hari, da ckup tak 2600 kalori?? sy mmang da cuba 5×5, tp sy tmbah lg workout lain, sbb rasa mcm xpuas, tkpe, lepas nie sy buat 5×5 jee, sbb sy bru blaja psal sizing nie.. apa2 pn terima kasih bnyak2 dato’, sngat mbantu.. ^_^

        1. purata meal lengkap yg biasa, 1 meal nasi, lauk, sayur sekitar 500. x 3= 1500. gainer tu brapa kalori?
          mmg rasa cam x puas, tp mmg game tu didesign camtu.

          1. ooo.. okay.. gainer 2 1200kalori /serving.. okay dato’ , 1 lagi sy mau tnye.. dengan ketinggian sy yg 168cm n berat skang 59kg nie.. mngikut pndangan n cadangan dato’, sy kne sizing smpai berat bpe?? then bile sy kne start cutting??.. n berat cutting bpe yg paling seswai untuk sy?? hope dato’ dpat bg cdangan.. mekasih banyak2.. heee..

          2. cuba aim 80kg. bila cut nanti, mungkin dpt sekitar 65-70kg

  5. Salam dato’ saya nempunyai berat 80kg tinggi 172…terlebih berat…jd skrg ni saya nak bentuk otot dada dan belakang…jd adakah saya perlu kurangkan lemak dulu atau mulakan dgn latihan bebanan? lagi satu dato’ untuk chest press saya mula lakukan 2-3 bulan lepas skrg saya mulakan set pertama dgn 100kg berapa set yg terbaik untuk develop otot chest? berapa ulangan? makanan yg patut dan sya xamik protein…

  6. Salam dato’ saya mempunyai berat 80kg tinggi 172…terlebih berat…jd skrg ni saya nak bentuk otot dada dan belakang…jd adakah saya perlu kurangkan lemak dulu atau mulakan dgn latihan bebanan? lagi satu dato’ untuk chest press saya mula lakukan 2-3 bulan lepas skrg saya mulakan set pertama dgn 100kg berapa set yg terbaik untuk develop otot chest? berapa ulangan? makanan yg patut dan sya xamik protein…

    1. boleh terus ke tambah otot. otot bertambah=metabolisme meningkat=lebih senang bakar lemak.

  7. salam Dato’..

    Saya tertarik dengan sukan bina badan ni sejak dulu lagi. boleh Dato’ suggestkan gym yang sesuai untuk saya merealisasikan minat ini.

  8. Salam Dato’

    Saya tinggal di jalan duta, kuala lumpur. Dato’, apakah produk pemakanan untuk membina otot2 dalam sukan ini. adakah produk ini mengfokuskan kepada bahagian badan yang tertentu sahaja. tq.

    1. antara yg dekat dgn situ, rasanya true fitness hartamas.
      produk x fokus 1 tempat sahaja. ia makanan tambahan.

  9. slm dato’…

    apa beza bodybulding dan body tone? kalu untuk besarkan otot lengan dan bahagian dada,masuk kategori apa? apa produk makanan yang sesuai untuk xtvt ini…sbb saya tgk byk sgt produk pemakanan spt Hyper Gain, Hard Mass, Anabolic Peak dan Protien Whey. kena makan sume ker?

    1. sama je. cuma kecik dan besar.
      kalau ada budject boleh try amik whey protein. apa2 brand.

      1. kalau budject tu lebih lg, amik gainer, atau campuran gainer dan whey

    1. kalau ada modal amik gainer. kalau tidak, amik whey, tp lebihkan pada makanan natural, mcm kentang, nasi dan sebagainya utk sumber carb

  10. salam dato’..
    adakah dengan pengambilan mass gainer boleh membantu membesarkan otot yg diingini tanpa membuncitkan perut?trainer sy mencadangkan utk ambil supplement tersebut disbbkn otot shoulder,tricep dn bicep sy terlalu kecil.

    1. tak dijamin. jaga sekali pemakanan. kalori intake memainkan peranan.

  11. AbsoluteBeginner says:

    dato… boleh tak kalau nak bina badan yg muscular tanpa beban mcm dumbbell??

    1. Boleh, tapi jangan espect badan sebesar bodybuilder. Setakat shape tu possible lg. Antara latihan, ala2 crossfit.

      1. AbsoluteBeginner says:

        kalau untuk case underweight, perlu terus buat latihan bebanan ke perlu naikkan berat badan dulu?

          1. AbsoluteBeginner says:

            thanks dato..

  12. as salam dato,kalau saya consume weight gainer sebelum workout dan utk post workout saya guna horley’s protein food ok tak? berat 58 kg tggi 170 cm..senaman 3 kali sehari pagi.tengahari n petang..n utk malam tidak workout, sekadar makan malam yg biasa n minum protein food….ok tak cara saya…mintak sangat2 pendapat..terimakasih..kalau ada yg lg bagus..cadangkan la ap yg trbaik utk saya…thanks

    1. kenapa sampai 3 kali sehari? cukup x intake kalori utk support?

  13. *3 kali sehari means 3 kali pengambilan weight gainer berserta horley proteinfood(whey protein powder)

  14. salam dato. saya nak tanye. saya dlm menambahkan berat badan. sblom ni saya ad pegi gym pastu amik mass gainer. naik 5kg dri 70kg ke 75kg. pastu stop gi gym dkt sbulan lepas abis supplement tu. pastu berat trun blik 70kg. ni saya start blik la pegi gym dan amik mass gainer blik tapi x naik2 da berat tu. tpi otot2 bdn ada la nmpak naik skit. knp berat saya x naik ye dato? mintak pencerahan dri dato. tq.

    1. wslm. penambahan otot menyebabkan badan memerlukan kalori yg lebih. jadi supply sekarang mungkin tidak cukup untuk gain.

  15. Salam dato. Sy nk kn badan yg lebih bidang. Berat sy sekarang 78kg tinggi 17lebih cmtu. Kalau sy amik mass gainer perut boleh naik ke? Sebab sy sebelum ni pernah gemok takut perut naik balik. Atau sy patut amik whey saja dan lebih kan carb?

Leave a Reply to one Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: