Otot dan Pergerakan 2

Bersambung dari topik Otot dan Pergerakan

Kontraksi atau pergerakan otot berlaku dalam beberapa cara;

Kursus Kecergasan 2024

1. Konsentrik (concentric)

Konsentrik adalah pergerakan yang berlaku apabila otot memendek atau mengecut. Sebagai contoh apabila melakukan biceps curl, pergerakan mengangkat bebanan ke atas itu dipanggil konsentrik.

2. Eksentrik (eccentric)

Eksentrik adalah pergerakan yang berlaku apabila otot memanjang atau mengembang. Sebagai contoh apabila melakukan biceps curl, pergerakan menurunkan bebanan ke bawah itu dipanggil eksentrik.

3. Isometrik (isometric)

Isometrik berlaku ketika otot mengecut dan mengembang pada satu masa iaitu apabila tidak berlaku pergerakan. Sebagai contoh apabila memegang dumbbell pada satu posisi di tengah-tengah pergerakan biceps curl dan tidak bergerak.

Adakah pergerakan selain konsentrik memberi kesan kepada otot?

Secara amnya, badan manusia mampu menghasilkan sekitar 30-50% lebih tinggi kekuatan dengan pergerakan eksentrik. Dengan melakukan pergerakan konsentrik sebenarnya anda hanya merekruit sekitar 50% daripada serat otot. Cuba bayangkan ketika melakukan bench press, mungkin tanpa bantuan anda hanya boleh mengangkat 100 kg ketika pergerakan konsentrik iaitu menolak ke atas tetapi dengan bantuan ketika naik, mungkin boleh pergi sampai 150kg ketika eksentrik iaitu turun. Selagi mana pergerakan itu boleh dikawal (pergerakan perlahan) bermakna otot masih mampu menghasilkan daya. Otot gagal menghasilkan daya apabila anda tidak mampu lagi mengawal pergerakan tersebut dan otot akan gagal dalam pergerakan konsentrik dahulu.

Adakah pergerakan eksentrik membentuk otot?

Ya. Pergerakan eksentrik akan melakukan kerosakan yang lebih teruk pada serat otot berbanding pergerakan konsentrik. Bagi yang baru mulakan latihan, tidak digalakkan. Saya menasihatkan jika anda ingin melakukannya, sekurang-kurang dah 2 tahun berlatih. Ada sesetengah kes kecederaan dimana pergerakan konsentrik tidak boleh dilakukan, terpaksa melakukan pergerakan eksentrik sahaja untuk membentuk otot. Pergerakan eksentrik tambahan ini memerlukan bantuan luar atau teman latihan untuk mengangkat bebanan dahulu.

Bagaimana dengan pergerakan isometrik?

Pergerakan isometrik juga boleh membentuk otot. Cuba lakukan apa-apa aktiviti memegang bebanan untuk satu jangka masa. Ada rasa lenguh atau sakit di otot? Plank adalah pergerakan isometrik.

(terdapat juga pergerakan lain seperti regangan pasif, akan dibincangkan dalam entri lain nanti)

Glosari

Flexion – Melambangkan kedudukan apabila sudut sendi dikurangkan (konsentrik).
Extension – Melambangkan kedudukan apabila sudut sendi ditambah (eksentrik)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

17 thoughts on “Otot dan Pergerakan 2

    1. haha. tgk 1st ni teringat blog aididmuaddib. setiap kali dia post je. ada je org berlumba nak komen 1st. 😀

  1. salam, tuan mggu dpn dah nak raya..post la pemakanan di hari raya…
    kan bdn naik plak..dgn leman,rendang dan mcm2 lg..huhu

    1. pd saya.. klau xde nak bertanding atau kejar target… enjoy je makanan raya. kira 3-4 ari dlm bln syawal tu “dirty bulking + cheat” la. sekali sekala ok kot. raya setahun sekali..
      tak dinafikan musim perayaan mmg senang bdn naik. makin parah bila bnyk ajakan @ lawaan rakan ke rumah terbuka dgn makanan yg disediakan. phm2 je la.. kurang sihat.. hi kolestrol.. hi kalori.. hi sodium. kecuali mereka yg menyediakannye secara sihat spt menggantikan santan dgn susu cair. tp…. sedap ke? mungkin ada juga 2-3 menu sihat yg disediakan.
      enjoy the delicious food tp berpada2….blh ke 🙂 ?
      bg mereka yg tgh strict diet…nak kejar target…ada mission. sabo je la

      tp kebiassanyer masa makan x ingt.. bila bdn da naik sibuk cari cara plg cepat nak buang suma lemak2 tu.
      rase2 nyer lps raya permintaan terhadap fat burner mesti meningkat. slimming centre ramai org.

      1. btul tu. bukan slalu raya. cuma jgn la beraya sebulan. 😀
        ari pertama raya mkn je. pastu sambung ngan 6 hari puasa.

    2. tp apa2 pun, insyAllah sy akan cuba masukkan guideline utk raya. 🙂

  2. kalau gabung konsentrik dgn eksentrik skali ok tak?

    1. pada peringkat awal mmg konsentrik ngan eksentrik skali. tp akan cecah 1 tahap di mana konsentrik dah fail. time tu biasanya org panggil support. 🙂

  3. BROCK LESNER says:

    ASSALAMUALAIKUM DATO……HAHAHA,,BROCK LESNER TAK HABES HABES TANYER SOALAN NI,,MAAP DATO KALO ASYIK BERTANYA LEBIH….

    1 – DATO,,SAYA DAH MAIN LAMA DI RUMAH,,DAN SEJAK SEKETIKA DATO PERNAH BERITAHU SAYA UNTUK BERKUNJUNG KE GY,,BARU SAYA TELAH BELAJAR PELBAGAI CARA DENGAN BETUL….ANTARA SOALAN YANG SAYA NAK TANYA DATO BETUL BETUL,,,

    A) DATO,BAGAIMANA SAYA NAK MENDAPATKAN TANGAN BERURAT ?..ADAKAH IA MENGIKUT GENETIK SESEORANG,,ATAUPUN BAGI YANG LAHIR TIADA KELIHATAN URAT YANG TIMBUL,,,SAMPAI BILA BILA PUN IA TAK AKAN TIMBUL ATAUPUN AKAN TIMBUL BILA KITA BERLATIH BERTAHUN TAHUN DATO ?…

    B) DATO,,OTOT SAYA SANGAT SEBU,,,OTOT SAYA WALAU MAKIN MEMBESAR TAPI TIADA POTONGAN,,KENAPA IA BERLAKU DATO ?..BAGAIMANA MENGELKKAN SEBU?..ATAUPUN LATIHAN BERTAHUN YANG AKAN KELIHATAN IA TIDAK SEBU DATO ?….TENTANG PEMAKANAN YANG DATO CERITAKAN MENGENAI OTOT SOLID DAN SEBU TU SAYA XBERAPA PAHAM LA DATOO…

    C ) TERIMA KASIH DATO,,SELAMAT HARI RAYA,,,HEHEHE

    1. waalaikumsalam

      a) urat ni biasa sy masukkan dlm part terakhir diet. penjagaan garam. jgn compare diri ngan org lain yg mmg memiliki kulit nipis sehingga nampak urat walaupun baru train. kulit perlu nipis=percent lemak rendah utk nampak urat. utk urat besar, lain plak. menarik gak jika sy crita pasal urat ni dlm 1 entri nanti.

      b) sbb besar skali ngan lemak. byk sbb, mungkin pemakanan x clean. mungkin sbb x cukup makan, mungkin sbb training dll. kalau training nak aim muscle je, buat muscle training 8-12 kali. jgn terlalu berat sehingga x mampu nak buat 8 kali ulangan sehingga pakai support.
      kenapa org berlatih bertahun2 senang nampak shape? antara penyebab adalah kematangan otot. tp x semestinya berlatih bertahun2 baru boleh nampak. training cara betul n makan cara betul utk dptkan.

      c) slamat hari raya

      1. BROCK LESNER says:

        terima kaseh dato…..!!!…makan anggur selalu boleh urat besar ke dato…kih36

  4. salam aidilfitri dato,
    waahaha! sgt suka entry ini!
    hari ni baru dpt baca dan faham betul2. last time sibuk nak beraya.
    dato, kalau saya uplod skim latihan saya kat youtube, dato bole komen nanti? skim training saya aneh sikit. hehehe..
    azam masa raya ni nak off season gila2. bantai ayam, daging, protein. puasa hari tu loss 8kg 🙁

  5. salam dato maksud kematangan otot? bila ia boleh dikatakan otot dikira matang? Tq

    1. kematangan?
      otot matang ni jenis yg sukar drop. mcm mana pun akan stay utk 1 jangka masa yg lama.

  6. Assalamualaikum…
    Saya ada mengalami pergerakkan otot yg bergerak secara berkala..dan berlaku berpanjangan deh sehingga beberapa hari. Dia amat mengganggu dan tidak selesa. Apakah yg saya patut lakukan utk menghentikan pergerakkan ni.

Leave a Reply to Aziey Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: