Otot dan Pergerakan

Secara am-nya, otot mempunyai sambungan yang dipanggil origin (asal) dan insertion (sambungan). Origin bermula pada bahagian tengah badan. Sebagai contoh, otot bisep (biceps brachii), originnya ada dua, iaitu di yang pertama short head (kepala pendek) bersambung di bahagian coracoid di scapula (tulang belikat), dan kedua long head (kepala panjang) bersambung di bahagian supraglenoid tubercle di scapula juga. Manakala insertion di tulang radius (tulang bahagian lengan). Dalam bahasa latin ‘bi’ bermaksud dua. Bisep memiliki dua kepala. ‘Tri’ bermaksud tiga, trisep memiliki tiga kepala.

Kursus Kecergasan 2024

Bagaimana pergerakan otot? Otot rangka ada dua jenis pergerakan iaitu menguatkan (strengthening) dan meregangkan (streching). Pergerakan menguatkan adalah mendekatkan origin dan insertion manakala meregangkan adalah menjauhkan origin dan insertion. Sebagai contoh, biceps curl, bila mengangkat beban, kita mengangkat ke atas dan mendekatkan origin di scapula dan insertion di radius. Manakala apabila meregangkan kita cuba menarik sejauh mungkin origin dan insertion di bisep.

Side bend

Pernahkan anda buat side bend menggunakan dumbbell? Kononnya untuk mengecilkan pinggang? Cuba tengok anatomi otot di bahagian perut, external oblique menyenget ke tepi, begitu juga internal oblique. Manakala transverse abdominis mendatar. Jadi sebenarnya pergerakan side bend itu untuk otot mana? Ianya tidak mengikut arah pergerakan otot. Tahukah anda, dengan melakukan side bend boleh menyebabkan pinggang lebih besar dan sukar dibuang selepas itu? Mungkin yang melakukannya rasa seronok disebabkan tarikan yang berlaku di bahagian kulit, seolah-olah mengerjakan bahagian perut. 🙂

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

31 thoughts on “Otot dan Pergerakan

  1. yeke,selama nie duk buat je..org ckp nak bg perut tepi kempis…rupa2nya tidak betul..ramai je duk buat kat gym nie..nak kena citer nie..hehehe..yang terbaik nak buat ape
    tuan?

    1. sbagai substitute, antara yg menyasarkan oblique cam twist, tp twist ada keburukan apabila dilakukan berlebihan, geseran dan pergerakan pada vertebra. yg lain side crunches, side plank

  2. yeke,selama nie duk buat je..org ckp nak bg perut tepi kempis…rupa2nya tidak betul..ramai je duk buat kat gym nie..nak kena citer nie..hehehe. ada kesan buruk ape senaman ini dan yang terbaik nak buat ape tuan?

    1. kesan buruknya mungkin x ketara, bg yg menyasarkan ingin mengurangkan waist line, elakkan

  3. artikel menarik..tp pendek sangat dato..tak puas baca.. 🙂

    1. dulu tulis panjang, ada kata terlalu panjang. jd dipendekkan sikit. 😀

      1. tulis panjang takpe dato
        baru puas hadap sikit 😀

  4. kalau macam tu video side bend dari bodybuilding.com tu tak betul la ye dato?

    1. dlm web tu, behind the neck pun masih diamalkan, walaupun kajian dah buktikan bahaya. side bend masih digunakan oleh sesetengah bodybuilder utk menimbulkan bahagian side waist apabila bdn dah ripped supaya nampak ada 6 ketul di tgh, 2 ketul di tepi.

  5. salam..dato.saya ada send e-mail tntg jadual workout saya ke e-mail jaytiraa@yahoo.com…minta tolong dari dato untuk perbetulkan jadual saya mana silap.terima kasih

  6. bagaimana pula dgn senaman yg dipanggil “woodchop?” kiranya gaya ala-ala motong kayu atau tebang pokok dgn kapak.
    satu lg senaman gunakan abs roller. apa komen dato’?
    sye dah ada 6pack abs tp masih ada “love handle” yg ketara. kena lbh bnykkn side plank ker? biase buat 3 front 3 left side 3 right side setiap kali abs day sye.

    1. woodchop mechanism lebih kurang cam side crunches, cuma ada penambahan otot yg terlibat cam shoulder. dan graviti pulling juga berbeza. crunches graviti melanggar bdn, woodchop graviti ke bawah.

      abs roller antara pilihan yg baik utk perut.
      x semestinya tambah plank, tambah cardio pun boleh. varykan workout.

      1. sesuatu yg menarik utk diolah? olah la bila masa sesuai dan ada kelapangan. sye ntikn…
        pasal abs roller tu, perlu ke buat exercise yg belok ke kiri dan ke kanan? kebiasaan sye buat tegak je. xde “corner” baring ke kiri atau kanan.

  7. tuan, saya baru emailkan pertanyaan kepada pihak ZK.. harap tuan dpt membantu.. tq..

  8. klu dak umo 13 thn bine otot,tp ta g gym,tebantot ker?hanya senam di rmh jer..mcm push-up,sit-up…..tlong xplain sket yer

    1. saya dah pernah buka isu ni sebelum ni. pasal terbantut tu mitos. arnold start gym umur 11, start bodybuilding umur 13, xde plak kes terbantut.
      cuma kalau budak bawah 12 tahun tu cara trainingnya berbeza, x boleh buat maximal press=power training ngan rep rendah.

  9. tp member sye kate ,2 org putih..lgpon rmi dak skola sye yg da pom 5 pendek sbb berotot..pemain ragbi larh,,,cana 2??????????

    1. kalau buka isu genetik antara negara tu dah masuk crita lain. tp cuba compare dgn rakan senegara dgnnya, adakah arnold pendek?
      geneticly org malaysia byk yg rendah walaupun x train weight.
      adakah familynya jenis yg tinggi2? cuba lihat mak ayah dia, adik beradik dia

  10. Salam, sy telah bergiat dlm gym ni hampir 3 bulan, tetapi br 3 minggu mula utk menganbil whey protein.. otot di bahagian dada sy mula membesar, tetapi sebelum ini sy mempunyai lemak di bahagian dada ataupun apa yg digelar sebagai man boobs, jd sekarang otot membesar tetapi lemak masih kelihatan, apakah cara terbaik utk membuang lemak tersebut?? Utk senaman dada sy melakukan, incline, decline dan flat bench press, adakah betul senaman sy ini?? Tolong bg pandangan..

    1. jika masih baru, 3 bulan still kategori baru lg. stick pada program bina otot. x kira apa jenis game, 8-12 reps dgn beban yg sesuai. pastu tambah cardio utk fat burn. jaga pemakanan.

      1. Boleh x sy lakukan senaman cardio selepas sesi gym atau lebih baik lakukan pada hari yg berlainan?? Sy pernah dgr drpd beberapa orang ahli gym, mereka ckp x boleh buang lemak dan bina otot pd waktu yg sama, adakah benar??

        1. boleh masuk selepas gym. buat high intensiti interval training pun boleh. cuma cari dlm list entri.

          boleh tp x bleh nak aspek terlalu besar.

  11. applejahat says:

    jd klu buat side bend, tmbh lemak atau tmbh otot kt pinggang? pinggang sy dulu kcil & kurus, slalu buat side bend skrg ni dh tmbh da saiz pinggang.

  12. asalam…..saya nak tnya,sy baru mula bermain gym….dan sy mengalami kecederaan di bahu dan tngan…shingga x dapat meluruskan tngan…apa punca terjadi begini dan apa cara untuk hilangkn kesakitan ini?

    1. overtraining sehingga kena bahagian tendon. rehat utk pulihkan dan jgn overtraining biceps lg.

  13. Saya umur 15 tahun saya selalu main gym…adakah
    Itu dapat membuatkan budak bawah umur menjadi bantut?

    1. tidak. teruskan. tapi kalau genetik penting mmg x boleh buat apa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: