Pakai Apa?

Apa patut dipakai atau tak perlu dipakai ketika bersenam? Antara soalan yang selalu ditanya, perlu pakai seluar dalam atau biarkan bebas? Kain jenis bagaimana yang sesuai? ada pakaian khas ke untuk bersenam? Persoalan yang menarik untuk dikupaskan. Terdapat beberapa faktor dalam pemilihan pakaian. Antaranya temasuk;

Selesa – Cari pakaian yang selesa dengan anda. Baju T, baju ketat dan sebagainya yang membuatkan anda selesa. Jika anda seorang yang hardcore, mungkin boleh pakai singlet koyak. Timbul perasaan hardcore untuk angkat lebih bebanan. Pastikan juga sesuai dengan lokasi senaman. Nampak tak sesuai jika pakai pakaian hardcore di gim komersil melainkan anda tidak kisah dengan imej dan nama anda.

Kursus Kecergasan 2024Chapter 435.4

Jenis – Pilih pakaian yang sesuai dengan aktiviti. Sebagai contoh, pakaian berlari, berbasikal, yoga dan gim tidak sama. Ia menggunakan material berlainan.

Material – Apakah material kain yang sesuai? Jika anda melakukan senaman yang mengeluarkan peluh yang banyak seperti senaman kardio berintensiti tinggi, seeloknya pakai pakaian yang serap peluh. Pakaian daripada poliester, nilon, spandex atau mana-mana kain sintetik biasanya lebih anjal. Tidak seperti kapas. Kain kapas boleh menyerap lebih banyak peluh tetapi untuk satu jangka masa yang sangat lama, ianya mungkin jadi tidak selesa. Pakaian jenis fleksibel atau bergetah sesuai untuk jenis-jenis pergerakan seperti berbasikal. Terdapat beberapa jenis pakaian ketat termasuk jenis compression. Jenis compression membantu badan untuk pulih lebih cepat daripada keletihan otot. Antara jenis yang dipopularkan termasuk yang menggunakan buluh. Ia dikatakan tiada masalah alergi, antimicrobial, tahan bau, pengudaraan yang baik dan cepat kering. Harga untuk jenis ini biasanya cecah ratusan ringgit di Malaysia. Kain jenis jersi murah dimana tidak serap peluh tidak sesuai dipakai semasa senaman. Ia mungkin akan menyebabkan masalah-masalah kulit, alergi dan sebagainya bagi mereka dengan kulit sensitif.

Warna – Ia juga memainkan peranan. Warna gelap menyerap haba. Warna cerah lebih sejuk. Ia membantu memantulkan haba daripada matahari jika bersenam di tempat terbuka. Pastikan juga pemilihan warna sesuai dengan masa dan aktiviti ketika itu. Sebagai contoh, joging di awal pagi. Pakai baju warna terang supaya dapat dilihat pemandu kenderaan supaya anda tidak jadi mangsa langgar dan lari.

Chapter 435.2

Seluar Dalam – Perlu ke pakai underware? Bagi lelaki, adalah penting pakai seluar dalam bertutup. Bertutup bermaksud bukan seperti boxer. Ia mengurangkan risiko angin pasang atau hernia pada testis atau dalam bahasa pasar, telur landut. Tekanan latihan bebanan menambahkan risiko tersebut. Pastikan seluar dalam tidak terlalu ketat yang menyebabkan kawasan sulit menjadi panas. Terlalu panas mengundang risiko mandul. Testis berada di luar badan. Pengawalan suhunya berbeza dengan sistem badan. Bagaimana dengan perempuan? Disebabkan masalah kebersihan di kawasan vagina, adalah digalakkan pakai seluar dalam serap peluh. Boleh pakai jenis compression atau jenis biasa. Bagaimana dengan G-String? Ada kes dimana ianya boleh menyebabkan kelecetan akan tetapi G-String antara pilihan yang baik jika saiz dan materialnya kena dengan badan. Perempuan tiada masalah untuk tidak memakai seluar dalam.

Seluar – Elakkan pakai seluar yang tidak fleksibel seperti seluar jin. Seluar jin menambah risiko mandul pada lelaki. Suhu testis meningkat apabila pakai seluar jin yang ketat.

Stokin – Pilih stokin yang sesuai untuk elak kelecetan pada kaki. Jika anda berdepan masalah lecet disebabkan larian jarak jauh, seeloknya anda pilih stokin mengikut bentuk jari atau toe sock. Jika pakai kasut, pastikan anda pakai stokin untuk elak gim daripada berbau. Elakkan pakai stokin sama berminggu-minggu. Lari kawan-kawan nanti.

Kasut – Setiap kasut direka berbeza daripada tapaknya, pengudaraan dan sebagainya. Jika bersenam di gim, gunakan kasut kategori workout. Jika berlari, gunakan kasut kategori running. Pemilihan kasut penting untuk mengurangkan risiko kecederaan. Anda mungkin dapat strain atau sprain di tapak kaki jika menggunakan kasut kulit office untuk berlari marathon. Anda juga bakal dapat kecederaan jika pakai kasut tumit tinggi untuk buat squat. Bagaimana dengan senaman berkaki ayam? Daripada sudut keselamatan, ianya agak merbahaya. Bayangkan plate 20kg jatuh terhempas dan kena pada kaki. Akan tetapi berkaki ayam lebih stabil dalam latihan bebanan seperti squat, deadlift dan sebagainya. Ada sesetengah kes ianya menjadi tak stabil disebabkan bentuk tapak kaki yang berbeza.

Tidak ada peraturan-peraturan jelas pemilihan pakaian. Paling penting pastikan anda selesa dengan pemilihan tersebut dan sesuai.

Chapter 435.5

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

4 thoughts on “Pakai Apa?

  1. gstringboy says:

    saya memang pemakai gstring tegar hehe

  2. gstringboy says:

    saya memang pemakai gstring n thong selalu

Leave a Reply to gstringboy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: