Paleo Diet

Apa itu Paleo Diet? Juga dikenali dengan nama paleolithic diet, caveman diet, atau stone-age diet. Ia berdasarkan makanan yang dikatakan di makan oleh manusia pada zaman batu. Ia termasuk sayur, buah, kacang, daging dan organ dalaman. Tidak termasuk produk tenusu, bijirin, gula, minyak proses, garam, alkohol, kopi dan sebagainya. Diet poleo boleh kata secara amnya mengelak makanan proses dan makan makanan yang boleh dijumpai atau diburu. Bermaksud di sini, makanan seperti pasta, cereal, bergoreng dan sebagainya perlu dielakkan.

Paleo Diet

Saya yakin, tak ramai suka kira kalori dalam pemakanannya. Anda boleh makan apa saja yang terkandung dalam diet paleo sehingga kenyang. Ia boleh bantu turunkan berat badan, bina otot dan mendapat bentuk yang terbaik dalam hidup. Menarikkan?

Teoritikalnya, manusia zaman dahulu, secara purata berbadan tinggi, berbentuk badan atletik, dan berotot. Manakala zaman kini, secara purata berlebihan berat badan, hidup dalam tekanan, tak gembira dan penuh dengan segala penyakit. Diet paleo mencadangkan perubahan ini disebabkan pertanian. Manusia mula berubah daripada memburu ke pertanian.

Kebaikan Diet Paleo

Bijirin proses di sini termasuk nasi. Bijirin tidak dibenarkan dalam diet poleo di mana kebanyakan bijirin mengandungi gluten dan lectin. Bagi mereka yang ada masalah toleransi dengan gluten cenderung untuk kena masalah dermatitis, sakit sendi, acid reflux dan bahkan reproduktif. Lectin pula bermasalah dengan seseorang dengan masalah di usus. Ia mencegah laluan usus daripada diperbaik. Usus adalah laluan yang digunakan setiap hari. Jadi ia akan sentiasa rosak dan diperbaik.

Diet paleo tidak membenarkan sepenuhnya gula melainkan daripada sumber buah. Jadi tiada peningkatan gula, tiada peningkatan insulin, ia tidak disimpan sebagai lemak. Kajian menunjukkan pengurangan pelbagai penyakit dengan pengamalan diet paleo. Masih ada sumber karbohidrat, bukan kata tiada. Ia boleh jadi daripada sumber sayur, kentang, buah dan sebagainya yang tidak diproses.Kursus Kecergasan 2024

Apa yang boleh dimakan?

Daging – Pastikan daging itu bukan yang memakan bijirin ketika hidup, cuma makan rumput atau tumbuhan.
Ayam – Apa sahaja haiwan sekawan dengan ayam termasuk itik.
Ikan – Ikan liar, dan bukan dibela.
Telur – Digalakkan cari yang tinggi omega 3.
Sayur – Makan sebanyak mungkin, akan tetapi bukan yang bergoreng.
Minyak – Minyak zaitun, minyak avocado.
Buah – Jika berniat turunkan berat badan, kurangkan buah tinggi kalori.
Kacang – Bagus untuk snek, akan tetapi jangan berbungkus-bungkus.
Kentang – Kentang dan keledek.

Apa boleh makan Paleo Diet

ZK: Jika nak nampak hasil, cuba sekurang-kurang 30 hari. Jangan cuba sehari dan mengharapkan hasil. Terus terang saya kata, saya tak mampu nak ikut. Terlalu banyak makanan sedap untuk ditinggalkan. 😀

Mungkin anda boleh cuba baca buku The Paleo Solution: The Original Human Diet, penulisan Robb Wolf.

Rujukan
https://en.wikipedia.org/wiki/Paleolithic_diet
http://thepaleodiet.com/what-to-eat-on-the-paleo-diet/
http://robbwolf.com/what-is-the-paleo-diet/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

1 thought on “Paleo Diet

  1. Bersemangat saya baca..tapi lepas nampak nota penulis dibawah terus terasa ya jugak… bye2 paleo diet..malaysian diet the best..ane roti canai kuah banjir satuuu~

Leave a Reply to anep Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: