Panduan Memilih Gym

Memilih gym kekadang jadi agak sukar kepada sesetengah orang. Pernahkah anda jumpa seorang yang sangat cerewet? Ada saja yang tak kena dengan gym yang dimasukinya. Sama ada, dari segi peralatan, persekitaran, kebersihan dan sebagainya.

Bagaimana memilih gym yang sesuai?Kursus Kecergasan 2024

1. Lokasi

Carilah gym yang berdekatan dengan anda. Sama ada berdekatan dengan rumah atau berdekatan dengan pejabat. Walaupun terdapat gym lain yang begitu menawan hati pada jarak 1 jam perjalanan, percayalah, anda hanya bersemangat pada bulan-bulan pertama sahaja.

2. Kawasan Letak Kenderaan

Perkara pertama saya suka tekankan, lebih-lebih lagi yang memandu kereta, pastikan gym tersebut ada tempat letak kenderaan yang mudah. Saya pernah ke satu gym, pusing 10 kali kawasan tersebut pun belum jumpa tempat letak kenderaan. Akhirnya masuk gym dengan mood panas, bukan mood latihan.

3. Bayaran

Periksa bayarannya, adakah terlalu mahal atau terlalu murah, sesuai dengan kemampuan kita. Janganlah menghabiskan 30 peratus daripada gaji untuk bayar yuran gym dan akhirnya makan mee segera sahaja setiap hari.

4. Masa Operasi

Pastikan masa operasi gym kena dengan masa anda.

5. Peralatan

Pastikan peralatan sesuai dengan sasaran anda. Jika ingin menjadi ahli bina badan janganlah pilih gym dengan dumbbell terberat hanya 15 lbs.

6. Kebersihan

Sanggupkah anda berlatih di gym dengan tandas yang teruk, berbau? Sanggupkah anda berlatih di gym dengan bau ikan? Saya pernah berlatih di gym dengan lebih 10 akuarium. Rasanya dulu, tuan kedai itu nak buka kedai ikan tetapi tersilap beli mesin.

7. Persekitaran

Pastikan persekitaran sesuai dengan anda. Bayangkan anda seorang berusia 20 tahun manakala yang lain 60 tahun. Kalau boleh bergaul tidak mengapa, tetapi jika anda jenis yang tidak tahu bergaul, masak dibuatnya. Kemesraan antara ahli gym serta staf juga memainkan peranan.

8. Jurulatih

Paling penting, pastikan ada jurulatih bertauliah. Bukan masuk gym sahaja dah suruh ambil steroid.

Nota: Saya suka pilih gym yang terdapat ramai awek cun. 🙂

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

43 thoughts on “Panduan Memilih Gym

    1. Assalamualaikum. Mana nak cari gym yang ada trwining strongman? Terima kasih

      1. wslm. buat masa ni di malaysia tak byk choice. di bangi avenue ada, di klang ada, di sunway ada, di damansara ada. sekarang di area mana?

  1. Abg Kidd Rock says:

    Salam tuan, nak masuk gym pun kene ade penyeri ker..?hehehehheeh

  2. ada gym utk wanita tak sekitar kajang ni

    1. mcm pernah dgr di area sek 7 ada gym utk wanita….tp xsure kat mana

    2. fattah FP says:

      dekat ngan mcd bandar baru bangi…

    3. salam..harap info ni belum terlewat..area kajang ada KAKI GYM..bru call nk reg ..tpi kna tnya hubby dlu..dia x suka i kurus..msalahnya baju dh sendat-mendat..hehe

      1. dia x suka sbb tercabar tu. tp elok lg jaga bdn. bila x jaga nanti, dia akan start complain

  3. terbaru bagi tahun ni d gym tempat saya main ada wifi, bersebelahan dgn KFC… time squad ja bau aroma yg menyelerakan… hahahaha

    1. yeah~. hardcore. tp hardcore sgt pun bosan gak. kena ada awek~. 😀

    2. fattah FP says:

      sgt setuju ngan dato’..
      peransang hormon…huhu 🙂

  4. 1) Ada orang masuk gym bayar sekali je….pastu tak bayar2 dah…
    dah la tak bayar…main sampai gym nak tutup pulak tu

    2) Pergi gym tengok orang lain main pastu tegur salah main…
    katanya kat gym lain cara mainnya macam tu..macam ni..
    baru cepat besar kata dia…tapi sendiri jarang datang gym

    3) Tengah fokus angkat besi tetiba datang nak test join main sekali..
    lepas 1 set terus lari main lain..

    4) Mahu main partner biar kasi lebih besi…hari pertama dan hari kedua
    ok..hari ketiga main kaki tak mau join lak

    5) Dari mula2 datang sampai habis kat rack squat…tapi guna
    dumbbell main upper body

  5. sye stuju dgn pilihn gym dato’ tu kene ada awek bru smngt sikit… hahaha yg berat pn blh terangkat kalu tgk awek buat squad….. hahhaha 🙂

    1. fattah FP says:

      lain yg terangkat tu…hehehe

  6. muscular-girl says:

    dato gatai beno

  7. SETUJU sgt ngan dato!…awek penyeri mcm steroid asli la..hohoho

  8. sya stuju yg awek plu ada awek cun n kiut…sya pernah perg gym yh hardcore smua laki..alamak boring benor…fokus pn kurang….bila bertukar gym pergi yg ada cewek2 manis…fuuuuhhhh…..xtrasa angkat yg berat…buat 10 sets pn mcm kurang lg….mmg betul gym plu ada penyeri baru cepat panas badan…huhuhua…anywhere terbaik la dato…

    1. mie besibaru says:

      klu cm ne xlaku la supplement kt luar tu..supplement free lg ok bleh jimat duit, hehe..

  9. sy suka gym yg ada trainer2 handsome..kehehkehk…
    tp trainer2 di gym yg saya join sekg ni semua baik2..kasi training free..tak macam sesetengah gym..’ko nk aku train ko, bayar’…

    1. bab bayar tu, dorang mencari rezeki, x salah dorang minta bayar. 🙂

  10. gym kat johor bahru ade awek cun… berbagai bangsa pun ade.. pelancong pun ramai join… xbosan lah mate si jejaka semasa angkat berat… bayaran pun berpatutan… senang cakap berpuas hati lah… 😀

  11. Dato ,selalunya Gym ada jurulatih ker? ,kalau gym yg guna
    Walk in jurulatih ada tak?

    1. ‘sepatutnya’ ada. ada yg mengajar, ada yg dibayar, bergantung pada management gym tersebut.

  12. Hahaha.. Saya suka..saya suka yang no. 6 dgn note tuan itu… Hahaha…

  13. hazeldamia says:

    kt mana gym yg ada mamat2 enchem ek..hehehhe

  14. di sini saya senaraikan gym gym di sekitar alor setar.

    1. MAKSAK Gym stadium darul aman – walk in RM9, gym ni terkenal dikalangan atlit kedah kerana atlit SUKMA dan player bolasepak liga super kedah seperti badrol bakhtiar dan khyril muhaymeen berlatih di sini. fasiliti gym lengkap walaupun peralatan lama.Bagus berjumpa dengan otai untuk mendapatkan advise dan experience

    2. Ultimate Studio Fitness, Jalan Pegawai Alor Setar – walk in RM10, yuran walk in paling mahal penah saya masuk. Fasiliti cardio seperti treadmill dan bebenan mesin adalah terbaik, namun free weight seperti dumbell dan barbell limited. ada shower room.majoriti yang datang adalah dari kaum cina

    3. Rush Gym Simpang Kuala Alor Setar – walk in RM8 gym ni baru dibuka dengan fasaliti terkini dan brand terbaik. namun fasiliti free weight juga agak limited.

    4. Firaduss Fitness Gym Simpang Kuala Alor Setar – walk in RM6 Gym yang dimiliki oleh saudara Mohd Firdaus razak altit angkat berat Malaysia yang pingat sukan SEA nya ditarik balik akibat skandal dadah. Fasiliti Cardio agak limited dengan ada 4 mesin treadmill tetapi memiliki fasaliti free weight training yang paling terbaik, dumbell, barbell powerlifting barbell semua ada disini.disini ada menjual supplement dan makanan tambahan.

    5.Evolution Gym Simpang Kuala Alor setar – walk in RM5. yuran walk in paling termurah sekali dan berpatutan dengan fasiliti cardio dan weight training yang seimbang dan ruang yang kecil. tetapi apa yang istimewa di sini ada sudut jualan supplement secara pecahan yang mampu dimiliki oleh semua orang. contohnya secawan blended protein whey+pisang+madu rm5. tube plastik whey Rm3.50 1kg whey RM 120 1/2kg whey Rm70.

  15. Kalau bayar walk in ni untuk apa ya?

  16. Muhd Shukri Baharum says:

    Fuhh gym ada awek mmg torbaikk tokk

  17. Kt malaysia ade ke gym macam Metroflex? Tempat ronnie coleman training

Leave a Reply to jemz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: