Pelan Latihan 300 Jun10

Kongsi

Pelan Latihan 300

Pasti ramai pernah tengok cerita 300 yang meletup suatu ketika dahulu dengan 300 pelakon yang memiliki badan yang menarik. Zack Snyder, pengarah filem 300 meminta bantuan Mark Twifght untuk mendapatkan pelakon-pelakon yang dikehendakinya. Bagi mendapatkan pelakon-pelakon yang diperlukan, Mark Twight telah merancang Pelan Latihan 300 yang mana jika diikuti akan memberikan hasil dalam 8 minggu.Kursus Kecergasan 2017

Pull Up
Pull up atau chin up melibatkan 1 bar di atas anda untuk bergayut. Angkat badan ada dengan tangan sedikit lebar daripada bahu. Jangan hayunkan badan untuk mendapat momentum. Lihat cara-cara melakukan chin up di laman Chin-Up

Deadlift (135 lbs)
Paling penting untuk pastikan postur melakukan deadlift ini betul. Angkat hanya 135 lbs termasuk berat barbell. Berat barbell olympic 45 lbs. Lihat cara-cara melakukan deadlift di laman Deadlift.

Push Up
Salah satu latihan tradisional untuk otot dada. Berbaring menghadap bawah dengan tangan sedikit lebar daripada bahu. Turunkan badan sehingga dada 1 inci daripada lantai dan naik kembali.

Box Jump (24 inci)
Dapatkan tempat setinggi 24 inci yang dapat menahan berat badan anda apabila anda melompat ke atasnya. Lompat ke atas tempat atau kotak itu dan kembali semula ke bawah.

Floor Wiper
Baring di atas lantai dengan kaki diluruskan ke hadapan. Angkat barbell dengan berat 135 lbs seperti melakukan bench press. Angkat kaki perlahan-lahan dan sentuhkan kaki ke weight plate di sebelah kanan dan kembali semula ke tempat asal. Kemudian buat untuk belah kiri. Kanan kiri untuk 1 ulangan.

Clean Press (36 lbs)
Merupakan kombinasi deadlift dan shoulder press. Dengan menggunakan dumbbell atau pemberat lain di mana jumlah berat 36 lbs. 18 lbs sebelah. Lakukan seperti anda melakukan deadlift dan tanpa henti terus mengubah posisi tangan untuk melakukan shoulder press.

(Latihan ini dilakukan tanpa rehat)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube