Peluh Berlebihan? Jun05

Kongsi

Peluh Berlebihan?

“Bagaimana mengurangkan peluh?”

Persoalan yang mungkin mengganggu ramai orang di seluruh dunia. Rasa rimas bila peluh mengalir bagaikan air paip ketika bersenam sehingga timbul rasa geli bagi sesetengah pengunjung gim yang lain. Peluh berlebihan adalah satu keadaan yang dipanggil hiperhidrosis. Ia adalah disebabkan oleh kelenjar peluh yang terlalu aktif. Biasanya masalah ini memberi kesan kepada kawasan-kawasan tertentu seperti ketiak, tapak tangan, muka dan sebagainya. Ada juga yang berpeluh satu badan. Kebimbangan akibat berpeluh boleh meningkatkan pengeluaran peluh lebih banyak.

Kursus Kecergasan 2017Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan, masalah berpeluh mungkin bertambah buruk. Lemak berlebihan menjadikan badan lebih sukar menyingkirkan haba berlebihan. Lemak bertindak sebagai penebat. Senaman yang teratur boleh membantu kelenjar peluh anda menghasilkan peluh yang kurang.

Minum lebih banyak air akan memastikan suhu badan anda rendah dan mengurangkan peluh. Ramai yang amal sebaliknya dengan mengurangkan minum. Suhu badan akan meningkat apabila kemasukan air rendah. Dalam masa sama pakai pakaian longgar yang dibuat daripada poliester dan bukannya kapas. Kapas membuat badan kering dan tidak membenarkan udara melaluinya.

Elakkan pakaian gelap. Pakaian cerah menyerap kurang haba berbanding pakaian gelap. Kurang haba bermaksud kurang peluh dihasilkan. Cuba elak daripada tempat-tempat yang mempunyai aliran udara yang sedikit atau tiada langsung. Mandi akan membantu menyejukkan badan anda. Mandi juga membantu menjaga kulit dengan membersihkan, mengurangkan bau yang dikaitkan dengan peluh. Gunakan sabun antibakteria untuk mencuci badan untuk mengurangkan kuman pada kulit. Bakteria adalah penyebab bau badan yang dikaitkan dengan berpeluh.

Produk antiperspirant atau deodoran mempunyai badan yang mengurangkan keupayaan badan untuk berpeluh. Sesetengah produk adalah kombinasi kedua-duanya dan bekerja dengan baik mengawal jumlah peluh dan membantu menutup aroma peluh.

Elakkan minuman berkafein seperti coca-cola, fat burner yang kebanyakan tinggi kafein, kopi dan sebagainya. Elakkan juga minuman alkohol. Elakkan makanan yang meningkatkan keperluan badan untuk berpeluh seperti kari, makanan pedas, bawang, bawang putih, daging merah dan mana-mana makanan yang mempunyai bau yang kuat. Tingkatkan pengambilan sayuran hijau. Kebanyakan sayuran hijau membantu mengurangkan keinginan badan untuk berpeluh.

Terdapat beberapa petua yang mungkin membantu sesetengah orang, sepeti mengunakan baking soda dan air. Sapukan baking soda dan air ke tempat berpeluh seperti ketiak dan biarkannya kering. Buat beberapa kali dalam sehari untuk beberapa hari. Ia membantu kebanyakan orang mengurangkan peluh.

Ada kes yang memerlukan rawatan yang dipanggil iontoforesis. Rawatan ini melibatkan penggunaan arus elektrik ke kawasan yang terjejas. Ia mungkin berkesan dan mungkin juga tidak berkesan. Dalam kes yang lebih teruk, pembedahan mungkin boleh dilakukan. Pembedahan boleh dianggap langkah terakhir. Pembedahan mungkin mengeluarkan seluruh kelenjar peluh atau menyekat saraf yang menghantar isyarat dari sistem saraf kepada kelenjar peluh.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube