Peluh Berlebihan?

“Bagaimana mengurangkan peluh?”

Persoalan yang mungkin mengganggu ramai orang di seluruh dunia. Rasa rimas bila peluh mengalir bagaikan air paip ketika bersenam sehingga timbul rasa geli bagi sesetengah pengunjung gim yang lain. Peluh berlebihan adalah satu keadaan yang dipanggil hiperhidrosis. Ia adalah disebabkan oleh kelenjar peluh yang terlalu aktif. Biasanya masalah ini memberi kesan kepada kawasan-kawasan tertentu seperti ketiak, tapak tangan, muka dan sebagainya. Ada juga yang berpeluh satu badan. Kebimbangan akibat berpeluh boleh meningkatkan pengeluaran peluh lebih banyak.

Kursus Kecergasan 2024Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan, masalah berpeluh mungkin bertambah buruk. Lemak berlebihan menjadikan badan lebih sukar menyingkirkan haba berlebihan. Lemak bertindak sebagai penebat. Senaman yang teratur boleh membantu kelenjar peluh anda menghasilkan peluh yang kurang.

Minum lebih banyak air akan memastikan suhu badan anda rendah dan mengurangkan peluh. Ramai yang amal sebaliknya dengan mengurangkan minum. Suhu badan akan meningkat apabila kemasukan air rendah. Dalam masa sama pakai pakaian longgar yang dibuat daripada poliester dan bukannya kapas. Kapas membuat badan kering dan tidak membenarkan udara melaluinya.

Elakkan pakaian gelap. Pakaian cerah menyerap kurang haba berbanding pakaian gelap. Kurang haba bermaksud kurang peluh dihasilkan. Cuba elak daripada tempat-tempat yang mempunyai aliran udara yang sedikit atau tiada langsung. Mandi akan membantu menyejukkan badan anda. Mandi juga membantu menjaga kulit dengan membersihkan, mengurangkan bau yang dikaitkan dengan peluh. Gunakan sabun antibakteria untuk mencuci badan untuk mengurangkan kuman pada kulit. Bakteria adalah penyebab bau badan yang dikaitkan dengan berpeluh.

Produk antiperspirant atau deodoran mempunyai badan yang mengurangkan keupayaan badan untuk berpeluh. Sesetengah produk adalah kombinasi kedua-duanya dan bekerja dengan baik mengawal jumlah peluh dan membantu menutup aroma peluh.

Elakkan minuman berkafein seperti coca-cola, fat burner yang kebanyakan tinggi kafein, kopi dan sebagainya. Elakkan juga minuman alkohol. Elakkan makanan yang meningkatkan keperluan badan untuk berpeluh seperti kari, makanan pedas, bawang, bawang putih, daging merah dan mana-mana makanan yang mempunyai bau yang kuat. Tingkatkan pengambilan sayuran hijau. Kebanyakan sayuran hijau membantu mengurangkan keinginan badan untuk berpeluh.

Terdapat beberapa petua yang mungkin membantu sesetengah orang, sepeti mengunakan baking soda dan air. Sapukan baking soda dan air ke tempat berpeluh seperti ketiak dan biarkannya kering. Buat beberapa kali dalam sehari untuk beberapa hari. Ia membantu kebanyakan orang mengurangkan peluh.

Ada kes yang memerlukan rawatan yang dipanggil iontoforesis. Rawatan ini melibatkan penggunaan arus elektrik ke kawasan yang terjejas. Ia mungkin berkesan dan mungkin juga tidak berkesan. Dalam kes yang lebih teruk, pembedahan mungkin boleh dilakukan. Pembedahan boleh dianggap langkah terakhir. Pembedahan mungkin mengeluarkan seluruh kelenjar peluh atau menyekat saraf yang menghantar isyarat dari sistem saraf kepada kelenjar peluh.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

83 thoughts on “Peluh Berlebihan?

  1. sy suka kalau byk peluh kalau work out….

  2. post ini membincangkan tentang peluh yang keluar semasa aktiviti harian or semasa workout?
    tapi kalau banyak berpeluh time workout itu normal kan?…
    saya ada tengok orang workout tak berpeluh langsung tu sebab apa? is it because dia tak workout betul2?..^_^

    1. secara general. cuma masukkan semasa workout sebagai contoh. berpeluh terlalu byk pun dah jd 1 hal ketika workout. tp x semestinya x berpeluh itu tanda x workout dgn cukup

      1. Dato, sye ade jgak buat senaman..tp x kerap sbb sye kuat berpeloh..jd sush nk bsenam yg berat2..jd mcm mne sye nk kurg kn peloh tue,buat pembedahan??

        1. masalah peluh berlebihan juga boleh jadi sebab sakit. dah buat medical checkup?

  3. Abg Kidd Rock says:

    salam tuan, nak tanya, selalu lepas kita berpeluh yang agak berlebihan seperti selepas bersenam, kenapa di baju2 terdapat tompok2 putih..?adakah kesan peluh berlebihan tersebut menunjukkan sesuatu yang tidak kena dalam badan kita..?atau memang ia adalah normal..tq tuan

    1. garam. bhn kumuh berlebihan dikeluarkan melalui peluh. jrg org sampai nampak jelas garam. ada minum air yg cukup x?

      1. dato. Dimanakah saya bole mndpatkan baking soda ?

      2. Noremawati Ajis says:

        Salam tuan, punca peluh sampai menampakkan tompok putih itu maksudnya kekurangan minum air?

  4. Salam Dato’

    Saya dlm proses membesarkn bdn..
    adakah saya perlu melakukan senaman utk perut setiap hari selepas workout ataupun tdk perlu.
    ada kwn mengatakn tdk perlu buat langsung senaman perut sbb tgh wat saiz.
    senaman perut buat masa cutting nnti. tolong dato’. tq

    1. boleh buat hari2 jika tidak terlalu hardcore.
      buat plank pun dah ok
      sy x rekomen utk tidak buat langsung.
      secara x langsung, apabila buat senaman lain, dah melibatkan core, iaitu sekali dgn perut. tp elok juga ada senaman khusus utk perut. paling kurang pun seminggu skali ke.

  5. abdul karim says:

    saya ingin bertanya berat badan saya sekarang 100kg,172cm saya akan melakukan senaman berbasikal di GYM lebih kurang 45 minit masa itu peluh saya sangat la banyak ada kah saya ada masalah dari segi kesihatan saya ada makan HYDROXYCUT sebelum bersenam

    1. susah nak tgk masalah kesihatan dgn info begini.
      mungkin peluh byk disebabkan hydroxycut.
      kalau x amik peluh bagaimana?

  6. Dato’

    Adakah pengambilan creatine sgt membantu jika disertakan pemakanan yg baik. saya baru bermula utk mengambil creatine.
    minggu pertama 1 serving selepas bgn tido dan 1 serving semasa/selepas workout.
    selepas seminggu. 1 serving selepas bangun tido sahaja.
    bolehkah dato’ huraikan pengambilan creatine secara detail sbb saya lihat cycle stp jenama berbeza. ada kata ambil masa workout. ada yg lain kata amik selepas workout. konfius
    tq dato’.

    1. kalau tanya secara personal, sy pernah test ikut cycle n x ikut cycle. sama je rasanya. kedua2 tambah membantu tambah strength.
      boleh amik semasa dan selepas. tiada masalah.

  7. Dato’
    Firegym di rawang kalo jd ahli berapa sebulan?
    then kalo nk amik personal trainer bape bayarannya?
    cm berminat je nk turun pekan rwg.
    susah blaja dgn otai tapi tak pakar..
    rasanya dato’ dlm kategori pakar..

    1. 80 sebulan.
      kat rawang murah je PT. 350 utk 3 kali seminggu, tp bukan sy yg mengajar. anak murid sy ajar. sy jarang berada di situ.

  8. Terima kasih infonya Dato’..

    Saya memang ada masalah peluh berlebihan.. Berat badan 60kg-65kg tapi kadang² peluh berlebihan mengalahkan orang berbadan saiz XXL lebih² lagi bila bersenam. Agak memalukan bila ramai yang tegur.. Kalau saya amalkan minum air badak ok ke Dato’?

    1. mungkin membantu, tp xde jaminan. air badak tu berkesan ke utk turunkan suhu? sy cuba minum cam xde kesan je. 😀

  9. saya akan cepat berpeluh bila makan makanan yg pedas, kdang menitis2

  10. salam. .ad x care simple mengatasi masalah kuat brpeluh di skitar muka ? . .dan baking soda tu bole dibeli dimana?

  11. baking soda di sapukan di tangan dan kwasan yg kuat brpeluh akan brkesan x?

    1. boleh cuba. berkesan utk kebanyakan org, tp juga tidak berkesan utk sesetengah org.

  12. Saya ni jenis yang senang sangat berpeluh, dengan kerja saya yang memang perlu banyak bergerak buat saya senang berpeluh. Kadang2 memang lencun la baju tu.. saya malu betul bila jadi macam ni.. kawan2 pon macam lari je.. haha.. nasib baik tak berbau.. kalau dalam office beraircond pon boleh peluh kat belakang badan.. teruk sangat ke condition saya ni kalau baca dari situasi yang saya hadapi ? >.<

    1. kesiann awk ~ saya pun sama -.-

  13. saya selalu sangat cepat berpeluh .. sometimes kalau duduk di bawah matahari 3 mnt pon dah boleh nmpk kesan tompokan di bahagian bawah bahu sya.. saya tidak ingin menggunakan deodoren kerana risau akan mendatangkan kanser pula nnt oleh sebab ia menutup liang2 roma saya >.<
    tapi saya bersyukur kerana bahagian bawah bahu saya tidak terlalu berbau sehinggakan menggangu org lain .. 🙂
    namun saya masih tidak berpuas hati atas sifat mudah berpeluh saya :/

  14. Salam, saya juga mengalami masalah peluh berlebihan, untuk tapak tangan, tapak kaki dan underarm, sy ada menggunakan produk “Perspirex” yang dijual kat Guardian, atau farmasi biasa, ianya hanya berkesan utk mengawal dari peluh keluar sahaja, maksudnya kena pkai terus terusan sampai bila2, apa2 pon sy bersyukur kerana sedikit sebanyak dapat juga saya berasa selesa… Tapi masalah saya sekarang, kat bahagian muka/kepala peluh keluar dengan melampau2 banyak nye (hehe) seriously ianya sangat sangat sangat menganggu semua aktiviti saya, saya teringin nak bersukan, main bola mcm lelaki lain, main basketball, jogging, nak solat berjemaah selalu kt masjid/surau.. tapi semua tu terbatas sebab sy takut org lain xselesa dengan keadaan sy yg seperti tengah mandi… mcm sy katekan td untuk bahagian lain sy dpt mengawal peluh dengan memakai perspirex tu, tp untuk kepala/muka, ada x ubat yg boleh mengawal peluh keluar dengan banyak sekali…? Terima Kasih.

  15. MOHD FAIZUL ADNAN says:

    assalamualaikum,saya hendak bertanya,jika kita melakukan pembedahan adakah ia 100 peratus akan buat kita tidak berpeluh ?

  16. salam~
    saya selalu berpeluh biarpun bru beberapa langkah berjalan..
    macam mana nak selesaikan masalah ini?

  17. Salam,minta pandangan dato tentang sy.sy dah banyak minum air tetapi rasa badan masih lagi panas dan mudah berpeluh..bolehkah sy gunakan banking soda untuk tubuh atau ia hanya boleh digunakan di bahagian ketiak sahaja?sy ada menggunakan pencuci muka,adakah pencuci muka boleh mengurangkan peluh di muka kerana ia boleh mengecilkan liang roma pada muka..

  18. kalau kepala berpeluh banyak macam mana pula?

    ada kala time bersenam peluh kat kepala lagi banyak daripada badan macam kepala pulak buat sit up. boleh jelaskan?

    1. sama kes. liang peluh lebih besar di kepala. lebih senang keluar di sana daripada bahagian badan lain.

  19. saya selalu berpeluh di bahagian muka dan badan terutamanya hidung memang cepat berpeluh bila berada di kelompok ramai dan panas terik.Disini cuma nak bertanya apa kesannya jika baking soda digunakan dimuka??tq

  20. Tuan

    Saye slalu klua peluh cepat.. Dan peluh yg melampau.. Slalu bahagian dahi.. Klw sy berdiri di hadapan utk memberi speech.. Slalu akan berpeluh dlu.. Bkn sbb nervous tp mmg berpeluh bahagian dahi dn tengkuk dlm peluh keluar byk dan mengalir.. Ape sy patut buat?stress ni.. Tq tuan

  21. bagaimana mengatasi masalah kepala berpeluh banayk tak kira masa?

  22. Gadis_Merdeka says:

    Cepat peluh , memang buat saya kurang keyakinan :'(( Saya cuba elak salam sedara sebab malu kalau kena tegur .

  23. abam_faest says:

    Assalammualaikum! dato.. sy kerap berpeluh.. berat bdan saya 96kg dgn ktggian 178cm.. bila saya berjalan sdkit shja.. confirm peluh akan kluar.. dari dahi,kepala,badan dan lengan.. apa cara supaya saya bole kurangkn peluh ?? ianyaa mmbuatkn harian saya trganggu..

    1. wslm. buat check. takut disebabkan masalah kedua hiperhidrosis seperti masalah tiroid, stroke, jantung dll.

      1. Salah satu penyakit peluh ni disebabkan penyakit dalam jugak ker ?? Cth jantung stroke tu memang ada kena mengena ker

        1. bolehbyk possibiliti

          diabetes, endocarditis, anxiety, hiv, leukemia, malaria, obesiti, tuberculosis dll.

  24. erin_shah says:

    Dato.saya sering berpeluh apabila saya tidak bersenam juga saya sentiasa berpeluh .bagai mna utk mengurankan peluh di badan saya?

      1. Siti Aminah says:

        Dato’
        Sy mengalami mslh berpeluh dibhgn muka,kepala,tgn & bdn. Wlau tak bersenam. Kdg² tgh serve cust, kalau sy gemuruh,membuatkan sy lg berpeluh smpai menitis, rasa malu tak tahu bagaimana nak gambarkan. Perlukah sy berjumpa pakar utk menyelesaikan mslh ini.

  25. Dato,
    Apakah penyakit yg dikaitkan dgn hiperdidrosis ni..semua cadangan sy dh cuba kecuali medical checkup..sbb kekangan masa..
    Peluh dibahagian muka makin byk n menitik2…

    1. byk kalau nak listkan, boleh kait dengan diabetes mellitus, masalah thyroid dll.

  26. Abang ade produk hilangkan peluh ditapak tngan x?

  27. Dato,
    Saya boleh berpeluh dlm keadaan tidak berbuat apa

  28. Selepas mandi pun boleh berpeluh. Apa pandangan dato?

  29. assalamualaikum dato.saya pernah didiagnos hiperhidrosis. then saya plan nak cuba pembedahan tapi saya baru ja cancel sebab complicated sangat op tu. saya punya peluh kat tapak tangan, kaki dah kadang sampai ke ketiak lah. saya per nab cuba deodorant perspirex yg saya beli kat guardian tapi tak nampak kesan sangat. so saya nak cuba baking soda mana tau boleh berkesan kan.

  30. salam

    saya nak tanya..saya mengalami masalah cepat berpeluh juga..tapi masalah saya ni badan saya cpt merasa panas(cpt meningkat suhu badan)..walaupun berjalan sekali pun..dan susah untuk meredakan suhu badan dan peluh saya..saya selalunya tidak selase berade di tempat yg pns..xsmpai berapa minit..bdn saya keluar kn peluh yg byk…beze pulak apabila hari minggu saya berjogging pada awl pagi..saya memerlukan 5pusingan baru saya berpeluh(cuace sejuk pagi)..boleh tolong jelaskan masalah say dan bagai mana nak atasi nya

  31. saya seorang yg kurus tapi tak slalu bersenam xsuka makan makanan yg terlalu manis..saya kuat berpeluh walaupun hanya berdiri dalam perhimpunan sekolah sahaja tapi xpanas org lain xberpeluh pun.saya kuat berpeluh walaupun panas sikit je.bile daa berpeluh mestilaa badan berbau so ada org xseles. lepastu bila saya pegang tangan orang diorg cakap tangan saya lebih panas drpd org lain. Macam mana ni?

  32. mohd nazim says:

    Assalam, Sy berpeluh, di kala baring nk tidur walaupun berkipas, dikala duduk tengok tv walaupun berkipas, pantang aliran angin dari kipas Tu tak melalui sesuatu kawasan di tubuh Sy, Maka kawasan itu berpeluh. Ni normal ke?

  33. Dato’ klau saya pkai baking soda kat muka.. Ade effect pape ke?

  34. lina izzat says:

    Dato’ ,, sy hari2 berpeluh, tak buat aktiviti berpeluh, duduk dlm air cond pun berpeluh, nak kata pakai ketat, tidak sama sekali, berat badan pun tdk, sbb BMI sy normal, tinggi 158cm berat 45kg, tapi kuat berpeluh 1 badan, smpai blkang badan, muka, pelipat kaki pun sama.. Ia tak buat badan sy berbau busuk, cume peluh tu banyak sampai basak baju..

    1. peluh berlebihan boleh jadi sebab ubat, sbb masalah minor malfunction dlm nervous system, boleh jadi juga sbb diabetes, masalah thyroid, menopous, pregnancy, parkinson, theumatoid arthritis, stoke, kegagalan jantung dll. elok g check.

  35. Dato’Bole ke baking soda tu d sapu kat muka. Sbb sy mmg kuat berpeluh d kawasan muka je tmpat lain jarang. Kadang nk kena kan make up pun xtahan lama sbb lunturvkena peluh.

  36. Salam dato,ada tak ubat yang boleh kurangkan peluh?

  37. salam dato.
    nak tny, saya ad masalah berpeluh yg sngt bnyak kalau berada di tempat sejuk atau beraircond. terutamanya bahagian tapak tangan, ketiak dan kaki. apa yg menyebabkan perkara nie berlaku yer? dan macam mana nak kurangkan maslah nie?

  38. Assalamualaikum. Sy dah pun buat operation yg melivatkn kawasan ketiak, disebabkn hiperhidrosis yg melampau lampau, focal dil tangan dan kaki SHJ.

    SELEPAS OPERATION, rasa dunia gelap gelita, memg menderita. Sblm ini hanya ditangan dan kaki, slps operation tangan dan kaki memg kering, tapi yg azabnya kepala, muka, ketiak, dada, perut, blkg badan, peluh keluar mencurah curah dlm apa jua keadaan.. Rehat, tdo, mandi pun peluh keluar jgk…

    Doktor pulak amat tidak bertanggungjawab, slps operate, kata dulu dah explain, padahal lgsung xde! Pastu KEPALA OTAK GELIGA DIA senang senang nk refer kpd psikiatri atas masalah berpeluh ini, kononnya kawalan emosi, minda dll. Ape jadahnya kawalan emosi dan kawalan minda sedangkn dlm tidur pun berpeluh melampau!

    Jgn operate!

    1. Salam. Boleh hubungi saya tak. Saya pun hadapi masalah yg sama mcm awk. 0132307508

  39. salam,tuan sy nk tanye apabila kita melakukan senaman kecergasan,pengeluaran peluh akan meningkat.mengapa ya?

  40. Salam tuan… macam mana pulak kalau berpeluh di kepala sahaja semasa tidur?apa masalahnya?dan cara mengatasi?…

  41. Salam saya mengalami peluh byk di muka dan leher apabila saya bergerak sedikit ia sudah mengeluarkan peluh membuatkan saya tidak selesa apa jua aktiviti.Bolehkah tuan beri cara mengatasinya tq

  42. Saya mudah berpeluh di bahagian muka jika buat kerja di tengah panas atau kerja sedikit berat dan laju,tpi saya pelik org lain buat kerja yg sama setitis peluh pun x keluar,ia agak mengganggu,mcm mana cara nak selesaikan.

Leave a Reply to nurul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: