Penangguhan Mr Don Classic 2012 Mar06

Kongsi

Penangguhan Mr Don Classic 2012

Mr Don Classic yang dirancang pada 29 April di Genting International Convention Centre, Genting Highland mungkin ditangguhkan. Mr Don Classic ini adalah anjuran DK Group. Pada peringkat awal, saya cuma terlibat sebagai antara penaja utama tetapi dipanggil membantu mempromosikan sekali Kejohanan ini. Saya melihat Kejohanan ini sebagai Kejohanan yang hebat berikutan konsep yang dicadangkan oleh penganjur, DK Group.

Kursus Kecergasan 2017Penangguhan adalah disebabkan beberapa konflik dengan Persekutuan Bina Badan Malaysia dan dalam proses perbincangan kembali. Saya berharap dengan Kejohanan ini, dapat menaikkan taraf sukan bina badan di Malaysia ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Mungkin menarik lebih banyak penaja dan mengorak langkah ke Industri Sukan yang mana boleh memberi kebaikan kepada penaja, atlet, pegawai dan sesiapa yang terlibat.

Jika ditangguhkan, ada kemungkinan saya tidak terlibat lagi berikutan saya dipanggil untuk membantu sukan permotoran pula. Apa-apa berkenaan Mr Don Classic, tunggulah pengumuman dari DK Group.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube