Pengadilan Bina Badan

Ada yang bertanya saya, bagaimana satu pertandingan bina badan dinilai? Sukan bina badan adalah satu sukan subjektif? Apakah skop-skop yang dinilai dan bagaimana permakahan? Apa yang menentukan menang dan kalah? dan sebagainya pengenai pengadilan.

Kursus Kecergasan 2024

Sebelum saya bercerita pasal cara penilaian. Seeloknya saya bercerita pasal pegawai-pegawai yang terlibat dahulu. Pengawai-pegawai yang diperlukan untuk mengawal pertandingan terdiri daripada:

1. Ketua Pengadil
2. Setiausaha Pengadil
3. Pengadil-pengadil, jumlah ganjil, 3, 5, 7, 9 mengikut saiz pertandingan. Jika peringkat yang besar biasanya bilangannya tinggi.
4. Bagi kejohanan wanita, sekurang-kurang 5 pengadil daripada kaum wanita jika boleh.
5. 2 orang statisticions.
6. Seorang pencatat masa.
7. Seorang Chief Marshall dan pembantu marshall yang difikirkan perlu mengikut saiz pertandingan.
8. Seorang Pengacara Majlis sekurang-kurangnya.

Sebagai Seorang Pengadil

1. Dilarang bercakap sesama sendiri semasa procedur pengadilan dan mereka tidak dibenarkan menggalak atau mengkritik mana-mana atlit.
2. Pengadil tidak boleh bias.
3. Pengadil tidak boleh mempengaruhi keputusan pengadil yang lain.
4. Pengadil tidak dibenarkan mengambil gambar.
5. Pengadil idak dibenarkan meminum alkohol semasa pengadilan.

Peserta

1. Peserta lelaki mesti memakai seluar yang bersih, sopan, dan warna tidak terlalu terang. Kejohanan peringkat amatur tidak sama dengan peringkat profesional.
2. Peserta tidak dibenarkan memakai kasut, jam tangan, cincin, gelang, rantai, subang, rambut palsu, perhiasan yang menarik perhatian atau alat-alat mencantikkan bentuk badan. Peserta dilarang mengunyah gula getah atau merokok.
3. Nombor hendaklah dipin di bahagian kiri pakaian semasa pertandingan.

Penilaian

Pembangunan Fizikal
1. Saiz Otot
– Berapa banyak oot besar yang dimiliki peserta?
– Adakah peserta mempunyai otot besar atau sebarang lemak?
2. Definisi Muskulariti
– Adakah peserta mempunyai bentuk otot yang baik dan menarik?
– Adakah terdapat perkara ganjil semasa peserta menggayakan posisi berdiri?
3. Kadar Keseluruhan
– Adakah peserta menggayakan pelbagai gabungan gaya untuk menghasilkan keseluruhan, keseimbangan dan kepuasan yang baik kepada para penonton dan hakim?
4. Struktur Tulang dan Sebagainya
– Adakah peserta menggayakan kelebaran bahu dan kedalaman ruang rusuk yang luas?
– Adakah peserta berdiri dengan keadaan postur yang baik?
– Mempunyai sebagai kekurangan lain. Contohnya jangkitan kulit, gigi buruk dan sebagainya.
5. Kelengkapan Otot
– Adakah sebarang otot atau kumpulan otot yang tercicir. Contohnya, leher, lengan dan betis?
– Adakah oot atau sekumpulan otot peserta yang terbina dalam bentuk yang baik?

Keupayaan Peragaan
1. Pencapaian
– Adakah peserta menggayakan setiap gaya posisi dengan baik tanpa menunjukkan ketegangan?
– Adakah peserta bertahan menggayakan sebarang daya dengan tempoh masa yang lama?
Adakah peserta menggayakan posisi yang dilakukkannya secara menerus kepada pengadil?
2. Pemilihan Posisi/Gaya
– Adakah peserta telah memilih posisi/gaya yang sesuai dalam memperagakan kebolehnya untuk mendapatkan keputusan yang terbaik daripada para pengadil?
– Adakah peserta telah menyusun atur posisi/gaya dengan teratur tanpa melakukan pergerakan yang tidak penting?
– Adakah posisi/gaya yang diperagakan mematuhi peraturan atau syarat pertandingan? Contohnya, tempoh masa yang diperuntukkan serta jumlah dan jenis posisi/gaya?

Pendekatan Mental
1. Tahap Keyakinan
– Adakah peserta mempunyai keyakinan dan kepuasan semasa pertandingan?
– Adakah peserta berdiri dengan baik dalam barisan?
– Adakah peserta menunjukkan sikap kesedaran dan menghormati para penonton dan pengadil?
– Adakah peserta telah menunjukkan sikap keterlaluan dan berlagak?
2. Kekemasan
– Mencukur bulu badan? Mengikat rambut?
– Melakukan posisi tubuh sama ada sesuai dan teratur?
– Warna atau ton badan, rata atau tidak?
– Dan sebagainya.

Tidak Diambil Kira

1. Rekod pencapaian peserta yang terdahulu dalam pertandingan yang lain.
2. Reaksi penonton.
3. Ketinggian, warna kulit, paras rupa kecuali peserta berada dalam keadaan abnormal.

5S Konsep Penilaian

1. Size
2. Shape
3. Symmetry
4. Separation
5. Striation

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

9 thoughts on “Pengadilan Bina Badan

  1. apa yg dikatakan markah lebih pada kaki, back dan sebagainya itu sebenarnya masuk dlm kategori symmetry. jika atas besar, kaki kecik, jd markah rendah. begitu juga sebaliknya, kaki besar, back kecik. markah rendah juga. jd point symmetri tu agak penting

  2. boleh post kan contoh borang yang dah diisi pemarkahan peserta(nama dirahsiakan) supaya nmpk utk next competition peserta boleh tahu bahagian mana yg perlu diperbaiki lagi utk tingkat kan markah or ‘spot bahagian otot badan yg boleh menyumbangkan markah tinggi..

    1. dlm borang pemarkahan xde tulis part mana markah tinggi atau rendah. tu cuma dlm paper judge. paper judge ni ikut mcm mana judge nak tulis. then akan diisi ke dlm borang ranking setiap peserta.

  3. Moganaraj says:

    Macam mana nak jadi hakim Bina badan ?ada sebarang kursus ke???
    Dekat siapa saya nak hubungi??

    1. di Malaysia boleh refer dgn Persekutuan Bina Badan, cuba add fb Persekutuan Bina Badan Malaysia . ada kursus sebelum pertandingan peringkat malaysia berserta test skali

    1. crew? kena join kursus pengadilan bina badan. biasanya sebelum pertandingan mr malaysia. tahun ni dah abis. tunggu jadual tahun depan.

  4. perempuan pun boleh jadi pengadil ke?

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: