Pengenalan Steroid 1 Sep08

Kongsi

Pengenalan Steroid 1

Anabol (oral)

Anabol (methandienone) adalah ‘antara’ steroid anabolik yang terawal dibangunkan di dunia. Anabol juga dikenali sebagai star, pink dan sebagainya. Anabol adalah steroid untuk membesarkan badan yang mana digunakan hampir dalam kesemua kitar steroid. Anabol akan membuat otot membesar dengan retansi air dalam masa yang sama merendahkan kadar metabolisme. Anabol dalam masa sama menambah kekuatan dan berat badan. Kitar yang biasa digunakan seperti Anabol + Deca Durabolin + Testosterone. Kesan sampingan yang biasa dikaitkan dengan anabol adalah darah tinggi dan seterusnya membawa kepada kegagalan jantung. Anabol secara pasifnya berada dalam badan selama 3 bulan.

Kursus Kecergasan 2017Sustanon (injection)

1 mililiter sustanon 250 mengandungi 30 mgs testosterone propionate, 60 mgs testosteron phenylpropionate, 60 mgs testosterone isocaproate, 100 mgs testosterone decanoate. Sustanon pada asalnya dicipta untuk terapi penggantian hormon (hormone replacement therapy). Sustanon akan bertahan dalam sistem badan secara aktif selama 4 minggu dan pasif selama 3 bulan. Jadi untuk terapi penggantian hormon memerlukan kekerapan yang kurang disebabkan ketahanan selama 4 minggu. Tetapi kini disalah gunakan dalam bina badan. Sustanon memberi kesan penambahan otot dalam kitar pembesaran dan sekaligus memberi kesan retansi air.

Deca Durabolin (injection)

Deca durabolin digunakan dalam kitar pembesaran dengan anabol untuk membesar. Deca durabolin juga memberi kesan pembakaran lemak dalam masa yang sama. Deca durabolin memberi kesan yang ketara pada sistem kelakian. Dalam bahasa mudah, organ seksual susah dirangsang (tak tegang) menyebabkan deca durabolin perlu dipakai dengan testosterone. Deca durabolin pada asalnya digunakan untuk merawat masalah sendi. Jangka hayat pasif deca durabolin adalah sekitar 18 bulan, antara yang paling lama dalam badan.

Winstrol (oral+injection)

Winstrol dikenali juga dengan nama stanozolol, susu kuda dan sebagainya. Winstrol berupaya meningkatkan jisim otot, mengeraskan badan dan meningkatkan stamina sambil memberi kesan pam dan kelihatan kering. Winstrol digunakan dalam kuda lumba untuk menambah stamina dan jisim otot. Winstrol adalah steroid yang diguna untuk memotong dan nampak kurus. Winstrol mempunyai kesan toksik yang paling tinggi yang boleh memberi kesan pada hati. Winstrol juga memberi kesan seperti jerawat dan mengeringkan sendi. Jangka pasif winstrol adalah sekitar 4 bulan. Winstrol biasa digunakan dengan anabol atau anavar dan disertai dengan testosterone propionate.

Anadrol (oral)

Anadrol atau anapolon atau oxymetholone adalah steroid oral untuk membesar yang paling kuat. Paling kuat juga memberi kesan paling kuat pada hati. Anadrol boleh merosakkan hati dan badan jika digunakan berlebihan melebihi 5 minggu. Menurut pemerhatian, anadrol mampu menambah sehingga 10 lbs otot dalam masa seminggu dengan retansi air. Kebanyakan pengguna anadrol akan kehilangan 50-60% daripada berat selepas berhenti menggunakan disebabkan kehilangan air. Anadrol secara pasifnya berada dalam badan selama 3 bulan.

Bersambung ke entri Pengenalan Steroid 2

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube