Pengenalan Steroid 2
Bersambung dari entri Pengenalan Steroid 1
Clenbuterol (oral)
Clenbuterol tidak tersenarai sebagai steroid anabolik. Ia sebenarnya ubat untuk lelah atau untuk gangguan pernafasan. Ia digunaakan sebagai decongestant dan bronkolidator atau dalam bahasa mudah menyebabkan badan boleh menyerap lebih banyak oksigen. Seperti yang diketahui, lebih oksigen lebih pembakaran aerobik. Aerobik membawa kepada pembakaran lemak. Pendek kata clenbuterol adalah adik beradik ephederine. Ephederine pernah terkenal dalam pembakar lemak di pasaran sebelum ini dan sudah diharamkan. Clenbuterol digunakan dalam sesuatu kitar steroid ketika melakukan pemotongan. Clenbuterol biasanya digabungkan dengan T3 (cytomel) untuk meningkatkan kadar metabolisme sekurang-kurang 10%. Clenbuterol adalah steroid beta 2 sympathomimetic yang mana membawa kesan kepada sistem saraf simpatetik. Kesan awalnya adalah peningkatan suhu badan dan seterusnya akan menyebabkan peluh berlebihan sehingga menggigil. Penggunanya akan merasa resah. Memberi kesan jangka masa panjang kepada jantung dengan peningkatan denyutan, kemungkinan pembesaran jantung, necrosis dan sebagainya.
T3-Cytomel (oral)
Triiodothronine (T3) tidak dihasilkan secara terus daripada kelenjar tiroid tetapi dihasilkan secara sintetik daripada thyroxine (T4). T3 meningkatkan pengoksidaan di mitochondria (kilang pembakaran di sel untuk menjana tenaga). Dengan menggunakan cytomel, pengguna akan dapat peningkatan ATP dan sekali gus meningkatkan kadar metabolisme. Pengambilan cytomel berlebihan boleh merosotkan saiz otot jika pemakanan tidak seiring dengan pemakaian. Cytomel juga meningkatkan pengeluaran hormon tumbesaran. Pada asalnya cytomel digunakan dalam terapi penggantian tiroid. Apabila diguna berlebihan bukan sahaja menyebabkan otot merosot tetapi juga boleh menyebabkan cirit birit dan dalam kes serius boleh menyebabkan pendarahan.
Anavar (oral)
Anavar merupakan antara steroid paling ringan yang diguna pakai dalam bina badan. Anavar digunakan oleh mereka yang sangat sensitif dengan kesan estrogen pada badan. Anavar (oxandrolone) juga biasa digunakan oleh perempuan kerana kesannya androgeniknya yang kurang. Walau bagaimana pun jika menggunakan dos yang tinggi, kesan androgeniknya masih sama termasuk perubahan suara, pemanjangan clitoral, penambahan ciri-ciri muskulin dan sebagainya. Walaupun kesannya agak ringan, tetapi masih boleh memberi tekanan pada hati, meningkatkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol.
Testosteron (injection)
Terdapat pelbagai jenis testosteron yang dipecahkan kepada beberapa jenis dalam pasaran. Antaranya testosterone cypionate yang mana merupakan testosterone yang paling anabolik dengan kesan androgenik tertinggi. Selain itu, terdapat juga testosterone enanthate, testosterone propionate yang mana termasuk dalam kategori ringan dengan hanya 2 minggu di dalam badan, testosteron suspension 3 hari di dalam badan dan sebagainya. Testosterone meningkatkan retansi nitrogen di dalam otot. Testosterone juga meningkatkan paras tumbesaran IGF-1 di otot dan hati. Kesan-kesan sampingan penggunaan testosteron luaran ini termasuk meningkatkan retansi air, kesan-kesan androgenik dan sebagainya.
Trenbolone (injection)
Trenbolone merupakan antara steroid terbaik dalam pasaran yang mana penggunanya boleh mengurangkan lemak dan menambah otot pada masa yang sama. Kebanyakan pengguna trenbolone melaporkan kehilangan 20 lbs lemak dan penambahan 25 lbs otot dalam masa 12 minggu penggunaan. Ia memang steroid yang baik tetapi dalam masa yang sama memberi kesan buruk yang sangat baik. Penggunaan trenbolone boleh memberi kerosakan serius pada hati dan jantung lebih-lebih lagi dalam kes melebihi dos. Trenbolone hadir dalam pelbagai bentuk seperti trenbolone acetate, trenbolone hexahydrobenzylcarbonate dan sebagainya.
Saya mengeluarkan entri steroid bukan menyuruh gunakannya tetapi sebagai pengetahuan tentang fungsi dan kesan sampingan. Saya tahu ada juga yg taktau apa yg digunakan steroid sbb ada sesetengah yg jual kata tu supplement. Bila orang lain ambil, dia pun ambil
Salam…dulu saya pkai steroid jenis testosterone..sbb tu suara saya jd garau.saya bekerja sbgai band vocalist dan juga aktive sukan bina badan.masalah saya dah tak boleh menyanyi lagu yg high pitch sbb suara saya bertukar.saya nak tanya,kalau saya check dkt specialist,ade ke ubat utk suara saya?
wslm. utk perempuan, ia ambil masa utk pulih. Jika masih aktif bermain gym, mungkin agak lambat pulih.
boleh buat latihan suara pitching. jerit a e i o u. boleh guna air dalam mulut, utk kuatkan kembali kerongkong.
dasyat dato ni..jd guru vocal pon blh..hehe
Salam. Saya nak tanya. Saya pernah ambil steriod oral. Sejenis dianabol. Untuk size. Da habis 1 botol dalam jangkaan 2 bulan lebih.lpas tu saya rest sekejap tanpa ambil apa2 dalam masa seminggu terus saya sambung ambil superdrol ..soalan saya. Adakah akan jadi masalah atau penyakit kepada saya nanti ? Saya terus ambil tanpa stop sebulan dua bulan
boleh jadi
Assalammualaikum.baru2 ni saya ada terjumpa satu produk yang bernama liponsaure. Produk ni guna utk kuruskan badan melalui injection. Adakah produk ini selamat digunakan atau tidak. Minta encik zaki boleh beri pencerahan.tq
buat masa ni selamat. kesan sampingan besar belum dilaporkan.
sye sokong entry ini supaya org yg main bine badn ni dn yg bru2 mencube atau nk cube thu ape sebenar nye steroid bukn pakai ambik je… sekarang ni steroid d ambik ibarat gula2 je… cukup senang , motif g gym untuk sihat tp bile ambik bende ni jd sebalik nye pulak..
Kawan saya dato’ telah inject 10 jarum Sustanon dan kemudian 10 jarum deca. Soalan saya betul ke cara tu…..Setelah 20 jarum (sebelum puasa ari tu dah habis cucuk) sampai sekarang tak ada perubahan pun, jerawat kt badan je yg byk. Apakah sebabnya jadi mcm tu?
adalah menjadi kesalahan jika saya memberi konsultasi pasal penggunaan steroid.
sbb jd jerawat ni byk. 1 body reject. 2. makan x jaga, minyak semua bedal. 3. panas pun mungkin 4. dll
nk bgus mkn proten sje..xda kesan sampingan
protin pon klu berlebihan dan kurang air blh memudaratkan buah pinggang jgk..
dato, saya nak tanya… steroid ni just hanya untuk boost kan testosterone je kan? tp apa beza plak dengan testosterone booster mcm nutrex T-up? or nutrex Vitrix? or brand2 yg lain??
steroid ni mcm2. ada yg mmg testosteron, bukan booster. ada mcm2 jenis steroid dgn fungsi2 tersendiri. nutrex t-up, vitrix tu baru testosteron booster
adakah itu bermakna,,,nutrex t-up dan vitrix tidak tergolong dlm golongan steroid “merbahaya” seperti anabol,sustanol,winstrol…adakah ia digunakan utk buat size atau cut?
#bertanya sekadar mahu ilmu…bkn nk try…terima kasih
nutrex t-up, vitrix tergolong dlm supplement. setakat ini selamat digunakan. 🙂
apa fungsi sbnr nutrex vitrix dan t-up tu?cutting@size?
fungsi dia utk naikkan paras testosteron dlm bdn. testosteron diperlukan utk membina otot
pernah dengar stanabol-x tak? adakah itu steroid?
ia supplement, bukan steroid
Salam,mintak pendapat dato’ untuk magnum
TONIC 90,and ape fungsi die utk bodybuilding
antara t-booster n steroid yg mne ok?yg bgi kesan yg teruk?
kalau nak compare supplement vs steroid, dah sah steroid yg teruk. 🙂
Dato’ kalau mcm tribulus testo 2500 dan stabil x tu boleh x di ambil…adakah sama bahaya mcm kesan steroid
ianya supplement
2 org partner aku tadi bg tau.. dia org da amik keputusan start next year nak amik steroid… pasni ak da xde partner….. TIDAK!!!!
partner je ngan dorang, cuma jgn terpengaruh skali pakai steroid. 🙂
bkn xnak saling berpartner. sye xanti pn dgn org yg guna. cuma bila dorang guna steroid nti, bknkah ada jurang kekuatan utk angkat beban antara sye ngan dia? xsukar ke jadi partner yg lain tahap kekuatan?
mungkin sye untung ckit sbb dpt berlatih dgn org yg lbh kuat. 🙂 (klau dia xcarik partner ln)
ape2 pn ni satu lg motivasi utk sye dan dia…
x semestinya org pakai steroid ni lebih kuat. x percaya cuba follow training sistem yg betul je. tgk sapa lg kuat. 🙂
roger dato’. I follow…
yg pakai bukan saja kuat hasil pun cepat,kat sini rasa mcm semua pakai. tempoh hari siap cucuk depan mata lagi.yg side effect pun ada bintik merah kat kaki lengan.lepas 3 minggu sudah ada v taper mamat bintik merah tu.yg nak ajak pun ada.pi yg paling best bila org tanya sy ada masuk ke n suplement apa? biasanya bila org tanya cm tu ada peningkatan lah tu.
yg penting jgn terpengaruh. kita nak guna badan ni lama. bukan nak cantik sekejap je. syok cantik ni sekejap je. train trainer ‘mungkin’ slow sikit. tp kesan dia utk long term, 🙂
sy ambik ckp dato daripada steroid. buat entri seterusnya bgi semangat kt org main tnpa roid.he3.
Dato’ , adakah selamat kalau saya follow steroid cycle dlm website ni http://www.steroidscycles.net/category/oral-cycles/
adalah menjadi kesalahan untuk saya mengajar cara2 penggunaan steroid. harap maklum. penggunaan adalah di atas tanggungjawab sendiri
ada kah anabol ni leh jadi badan membesar dgn cepat…dan ada kah keburukan anabol?tlong bagi jelasan dato..terima kasih
keburukan sgt byk. anabol meningkatkan retansi air, retansi air meningkatkan tekanan darah. mmg benar dlm masa sama disebabkan kesannya, ia boleh membantu meningkatkan protein syntasis. tp adakah berbaloi?
saya dah pernah jawab pasal kesan secara am dlm entri
http://strengthsifoo.com/kesan-sampingan-steroid-anabolik/
ty dato
dato bleh x dato terangkan side effect utk steroid tmix??
termasuk dlm kategori testosteron sintentik. 5 jenis testosteron dicampur skali. cuma yg nampak ketara, pencampurannya seolah2 tidak sama. xtaula kalau skrang dah sama dan selaras.
betul ke ada yg beritahu steroid jenis ini boleh mnyebab kan mandul?
bila terlalu tinggi testosteron, testic akan hentikan production. in the long run, ada possibility mandul disebabkan testis tidak lg berfungsi secara normal.
apakah perbezaan 2 steroid ini trenbolone acetate, trenbolone hexahydrobenzylcarbonate?
salam tumpang tanya ya.adakah Gaspari Viridex XT dan mutant test tergolong dlm steroids or suppliment??adakah selamat.dan mana lagi yg dishorkan?viridex xt or mutant test?
bukan categori steroid, tp supplement. testosterone booster
Bro..nak tanya….bagaimana nak gunakan winstrol?ada ker roids yg selain dr winstrol utk buat cutting?
sy x beri konsultansi penggunaan steroid
salam..dato,nk tnya adakah alphatest keluaran muscle tech(testesterone booster) ni supplement o steroid n adkah slmat dguna.. N apakah kbaikan amek testosterone booster n kbrukan..t.q
supplement. x jumpa plak kes berkaitan dgnnya. jd masih boleh dideclare selamat. membantu boostkan testosteron, tp ada kesan ke? kalau ada, nanti bgtau.
hi,adakah pil nutrex lipo 6 X sejenis steroid (steroid sukan),ape kesannya terhadap pengambilnya?adakah ia membantu menurunkan berat badan bersertakan membina otot secara selamat ketika workout?
tidak, ia kategori supplement yg membantu dlm pembakaran lemak.
ia mungkin membantu jika disertakan dgn diet yg baik. tanpa diet yg baik, x guna gak.
salam dato’…bley explain x tntang ubat2 nie…T4, ROXITECH, GROWTH HORMONE…harap maklum
t4? steroid. utk tingkatkan metabolisme
growth hormone? kategori amino active, boleh masuk kategori steroid juga disebabkan perlu stack dgn steroid utk kesan maksima jika digunakan utk built otot.
bley x explain kesan2 sampingan nya???
http://strengthsifoo.com/hormon-pertumbuhan/
Assalam dato dalam protien powder nitro tech keluaran muscle tech ada creatine gultamine, BCCA dan dalam protien powder kebiasaannya ada bahan terlarang steroids dan kesan buruk jika guna protien powder
wslm. takde steroid. approved by FDA.
KALAU I NK GUNA Clenbuterol (oral) ,,, APAKH KESAN YG MUNGKIN I DPT?
jgn fikirkan pengunaan steroid. stay clean.
kawan saya ade guna kan clenbuterol nie.tetapi tiada effect pon.sye pon ketawa kn dy kerana ingin jalan cepat.#boleh kan tuan menerang kan clenbuterol untuk ape.skdar ilmu sahaje
clenbuterol asalnya ubat lelah. disalah guna utk tarik lebih oksigen. lebih oksigen=lebih pembakaran.
salam dato..nk tnye sket boleh..hormon chorionic growth(hcg) tergolong dalam steroid ke x?kndungan dia ape eh?
hormon yg dihasilkan ketika pregnancy.biasa disalahgunakan juga. ada amik steroid lain ke?
dato , saya teringin nak ambil stroid .. tapi , saya tak tahu stroid mana sy mahu ambil ..
Maaf, saya tak bagi consultation penggunaan steroid.
Saye nk tnye kalo sye da amik anavar then nk stop lpas ade result then train cam biase semula seperti mnggunakan normal supliment cam whey protien bole ke ?
Saya tak recommend penggunaan steroid.
saya nak tanya pasal Nutrex T-up.. apakah fungsinya. adakah ianya baik? berikan cara pemakan kepada saya boleh? dan berikan penggatahuan tentang Nutrex T-up kepada saya.. perlukan pertolongan.. 🙂
ia adalah testosteron booster. boleh digunakan.
Salam Dato, saya nak tanye, anatropin selamat digunakan tak? ianya testesterone booster kan? bukan sejenis steroid kan?
ya, supplement. boleh pakai
Nak kluar kn otot ptot amik suplmnt ape yer abg zaki???sy workout slalu wat rep..xpi xde amik ape2 produk splmnt lgi..tolong syor kan bang..
try tambah whey protein jika perlu.
Salam.dato nak tanya.sust 250 by Dna yg berada dipasaran ketogori steroid juga ke?
supplement
dato sy dulu pernah pakai steroid, n now da sedar keburukan dia, mcm mane sy nk clean kn steroid dlm badan sy.. effect dia pd nipple, rambut gugur n saiz telo mengecil.. btol ke susah untuk dpt kn anak lelaki jika gune kn steroid ni.. sy tgk sape yg gunekan barang smua nye dpt anak perempuan, btol ke??
xde cara specific utk cleankan. teruskan latihan sehingga kesan pasif hilang. ikut jenis brg. deca paling lama, 18 bulan.
xde juga kajian tertentu pasal susah dpt anak laki. boleh diusahakan melalui kaedah2 seperti kiraan masa penyawaan dan sebagainya. dptkan rujukan pakar utk nasihat.
Saya pengguna deca tegar.tak ada masalah dgn deca pun.dah lebih 10 tahun guna deca.
Salam, jika berat 87KG dan peratusan lemak masih dalam 20%, berapa liter air yg diperlukan badan sehari untuk rest dan workout day?
guideline biasa 3 liter sehari.
salam dato,nak tanya brapa lama kesan pasif clenbuterol dalam badan?
kalau utk test 4-5 hari. safe 2 minggu.
dato klau melancap muscle mass kte akan susut ke.
mungkin. kalori berlebihan keluar.
Berbaloi ke ambil clenbuterol? Member aq pkai ok je xde side effect… bdan pn mkin sado
kalau pakai utk contest bina badan di malaysia tak berbaloi. hadiah mamee.
Hahah.. Ni kelakar
kelakar la dato
Hahahahah
Kat mana tempat yang boleh prescribe testosterone secara selamat ? saya ingat nak trt tpi nak under doctor provision kalau dato boleh buat pon boleh jugak haha
pergi hospital, cari endocrinologist
SALAM..dato saya nk tanya…tribulus testo 2500 produk superior 14 selamat digunakan x..
Stanabol-x blh ambil tak..? steriod gak ka?
boleh. ia cuma supplement.
stanabol x booster sesuai x amek?
ada kawan bgitahu menyebabkan kerosakan hati sma mcm stroid betul ke?
ia cuma supplement. boleh je amik.
salam, adakah liponsaure ratiopharm 600 mg tergolong dalam kategori steroid jugak?
phospatidylcolin tak masuk dlm kategori steroid kalau ikutkan. ia kategori berlainan.
Salam Dato..Sarsm tu jenis steroid juga ke? contoh jenis di bawah ni
JENIS – JENIS SARMS:
1. MK 2866 (OSTARINE) – Healing, strength & keep gain muscle.
2. LGD 4033 (ANABOLICUM) – Bulking & strength.
3. S4 (ANDARINE) – Lean gain & maintain muscle while semi cut.
4. GW 501516 (CARDARINE) – Endurance & extreme fat loss.
5. MK 677 HGH (NUTROBAL) – Growth Hormone, increase lean muscle while cutting.
6. RAD 140 (TESTOLONE) – Testosterone blast, stamina & speed.
adakah selamat digunakan? hrap pendapat dari Dato
Assalamualaikum…tribulus testo 2500 ni selamat digunakan tak? Lg satu sarsm ni sejenis steroid ke atau suplmnt sahaja?
slm. ia kategori supplement.
Adakah penggunaan SARM ni selamat dato?
ada topic ringkas pasal ni,
http://strengthsifoo.com/betulkah-sarm-selamat-digunakan/
Assalamualaikum…tribulus testo 2500 ni selamat digunakan tak?
Adakah ia ketogeri Supplement?
Adakah bila berhenti mengambil ia perlu menjalani proses cycle?
wslm. ia kategori supplement. tapi ada cyclenya utk elak badan adapt.
Assalamualaikum…tribulus testo 2500 ni selamat digunakan tak?
Adakah ia ketogeri Supplement?
Adakah bila berhenti mengambil ia perlu menjalani proses cycle?
wslm. ia kategori supplement.
Bole taw suplement testosterone booster ne bole bantu dlm prtumbuhan rambut n jmbang x?
boleh bantu
Assalamualaikum.. Sy nk tnya, ade x kesan2 sampingan jika brhenti menggunakan tribulus testo 2500 brand superior14..
Siapa yg pernah cuba, boleh bagi feedback x??
supplement je tu
Start umo brp blh amik suppl tribulustesto2500 ni?
18 ke atas
Kalau dianabol camne dato…bahaya x efek dia
bahaya. tingkat blood pressure, aggresiveness dll
Apa perbezaan stanabol n tribulus testo ye dato?
kuantiti dan jenis booster.
salam bossku..saya nak tanya..saya ada guna stanabol x..saya tau ia supplement dan bukannya steroid..tapi saya heran sebab badan saya ada timbul bintik2 merah seperti jerawat tapi tak lah seperti kesan orang yang ambil steroid..boleh bagi pandangan?terima kasih..
Salam hormat dato, nak tanya suppliment stanabol x & testosterone booster ni boleh membantu peningkatan testos dlm badan seterusnya menambahkan muscle mass ker?? Kadanh suppliment dah la mahal tp sebenarnya x berikan apa2 kesan cuma penjual jer dpt untung, mohon pencerahan drpd dato
boleh bantu. kesan berbeza ikut individu
salam..saya nak tanya,bagus ke kalau nak ambik stanabol x? kalau stop ada apa apa kesan ke? lepas tu kalau ambik stanabol x ni dia tak sama macam steroid kan? boleh saya tahu apa kelebihan stanabol x?
wslm. ianya kategori supplement. bantu tingkatkan testosteron
Salam …saya skarang bru nk cuba clenbuterol, cytomel, stano +liver tonic…antara yg diatas yg mana boleh dtgkan risiko dlm jangka masa panjang?
wslm. semua ada kesan tersendiri. stano mmg toksik.. clen akan besarkan jantung. pump jadi x kuat in the future
Salam. Stanabol x tu di kira steroid jugak ke ??
supplement
Adakah pengambilan cytomel.. boleh buat badan kita kurus??
Dan boleh ke sebelum jogging kita mengambil cytomel itu??
boleh. ia tingkatkan metabolisme. tapi saya x boleh cadang penggunaan.
Salammm…testoaterone cypionate ni semua jenis injection yg di bontot ke? boleh ke kalau kita inject di lemak bawah kulit supaya kurang sakit?
wslm. test intramuscular injection.
salam bang , boleh terangkan tak apa kegunaan tren A100 . boleh gunaka untuk bulking tak ?
utk tambah lean mass, strength, boleh kata antara yg kuat, dan juga paling toksik.
Salam Dr..adakah tribulus yg terdpt dlm mass gainer dikira steroid atau supplement shja..
ia kategori supplement