Penghabisan Metabolik

Tingkatkan kadar nadi anda sekitar 10 hingga 20 minit selepas latihan bebanan dengan latihan berintensiti tinggi. Ramai daripada hanya beri latihan pada otot rangka tapi kurang tumpuan pada otot jantung. Otot jantung juga memerlukan perhatian juga.

Di penghujung latihan, anda boleh lakukan latihan EMOM atau dikenali sebagai every minute on the minute. Anda boleh gunakan apa yang ada di gimnasium tempat latihan anda. Samada gunakan prowler atau trap bar.

Tolak atau tarik prowler atau angkat trap bar berlari seperti farmer walk dengan berat yang anda boleh tahan sekitar 30 saat tanpa henti. Rehat seminit selepas 1 set. Masuk pusingan kedua dengan jarak dan beban yang sama cuma kali ini kurangkan masa rehat. Ulang 10 hingga 20 pusingan.Kursus Kecergasan 2024

Bagaimana jika gim tersebut tiada alat tersebut? Antara latihan anda boleh buat adalah seperti burpees tanpa henti untuk tempoh 30 saat. Kemudian ulang dengan kurangkan masa rehat sama seperti menggunakan prowler dan trap bar. Cuma ianya kurang keberkesanannya berbanding menggunakan bebanan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: