Pening, Loya Ketika Bersenam

Rasa nak muntah atau loya ketika bersenam? Apa sebabnya? Terdapat beberapa kemungkinan. Antaranya seperti;

Kursus Kecergasan 20241. Bersenam Perut Kosong

Jika anda bersenam dengan perut kosong, terutama selepas bangun tidur, anda berkemungkinan rasa loya atau nak pitam. Ini adalah kerana badan anda rendah nutrisi dan tenaga yang diperlukan untuk melakukan aktiviti tersebut. Jika karbohidrat terlalu rendah, badan akan menggunakan otot dan lemak sebagai tenaga. Apa kata cuba makan sedikit sebelum memulakan latihan. Jika anda menyasarkan bakar lemak, dapatkan sedikit makanan berprotein 30 hingga 60 minit sebelum bersenam.

2. Masa Makan

Masa makan tidak betul juga berkemungkinan menyebabkan rasa loya, pening dan nak muntah. Ada jenis karbohidrat yang cepat hadam, ada yang lambat hadam. Jika anda makan karbohidrat kompleks seperti nasi, pastikan masa makan sekitar 2 jam sebelum bersenam, bergantung pada metabolisme seseorang. Ada rasa mengantuk ketika bersenam? Ia mungkin disebabkan insulin dirembaskan pada masa yang tidak sepatutnya dan menyebabkan gula rendah dalam darah.

3. Kekurangan Cecair

Kesimbangan air dalam badan kita penting. Berpeluh menyebabkan air hilang daripada badan dan perlu digantikan balik. Minum air ketika bersenam. Air yang paling sesuai adalah air sejuk dengan suhu 2 hingga 4 darjah celsius. Air sejuk dan bukan air ais. Air panas menyebabkan air tersebut lambat turun ke usus dan berada di perut. Air diserap di usus dan bukannya di perut.

4. Tekanan Darah Tinggi

Pergerakan yang tertumpu pada satu bahagian mungkin menyebabkan rasa pening pada orang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. Bila kali terakhir anda periksa tekanan darah anda?

5. Tekanan Darah Rendah

Pergerakan laju, kurang rehat mungkin memberi masalah pada mereka yang mengalami tekanan darah rendah. Ambil masa anda untuk beralih daripada satu set senaman ke set berikutnya. Elakkan senaman yang perlu bangun dan duduk dalam masa cepat.

6. Pengumpulan Darah

Darah berkumpul di satu tempat pada senaman yang berat seperti squat, deadlift. Kurang darah beroksigen yang disalurkan ke otak ketika itu. Pastikan anda mengambil masa untuk pulih sebelum memulakan set seterusnya. Jangan duduk selepas squat. Berjalan berlahan untuk melancarkan kembali aliran darah atau baring dengan meninggikan kaki.

7. Anemia

Anemia adalah masalah disebabkan kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi menyebabkan kekurangan sel darah merah atau kurang pembawa oksigen. Senaman berat mungkin menyebabkan oksigen lambat kembali ke otak.

8. Pernafasan

Teknik pernafasan tidak betul ketika bersenam jika mungkin menyebabkan rasa pening dan mual. Bernafas dengan cara yang betul boleh meningkatkan kapasiti paru-paru dan mengawal kadar denyutan jantung agar tidak terlalu tinggi.

9. Terlalu Banyak

Jika anda baru bersenam atau sudah lama meninggalkannya, mulakannya secara berperingkat. Jangan terlalu syok sehingga ingin melakukan semua dalam masa sehari. Tak pasal-pasal kena panggil ambulan datang nanti.

10. Masalah Lain

Terdapat beberapa kemungkinan lain seperti masalah jantung dan sebagainya. Dapatkan pemeriksaan doktor sebelum memulakan sesuatu aktiviti senaman itu jika perlu.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

103 thoughts on “Pening, Loya Ketika Bersenam

  1. kalau selalu menguap tu kenapa pula dato?
    bukan saya sorang, ramai kat gym pun saya perasan
    lagi satu, masa sedang workout (20-25 minit), badan menggeletar macam org x makan. rasa nya perut tak lapar. kurang pasti jugak la

    1. ooops, sori, mengantuk tu dah ada jawapannya kat atas, overlook

  2. kalau perempuan, mungkin dia pregnen kot masa workout tu,,heheheh

    1. pregnen time workout cam pelik. :D.
      mungkin, pregnant boleh jd penyebab.

  3. penah dulu skt kepala…time wo kaki…psl silap letak bar

    1. kalau lelaki mgkin alahan pd org rumah yg mengandung…. sbb dulu org rmh mngndung sy plak yg loya2….hehehe

      1. ichi: maaf sy nk reply kt Dude… tereply kt ko plak…hehhe

  4. macam mana pulak rasa susah bernafas,dulu buat decline bench press sampai bar kene dada,di sebabkan nakkan sangat bahagian lower chest nampak,perbezaan ketara dapat dilihat ialah semasa menyelam,susah untuk tahan nafas panjang,nafas macam pendek semacam je..?????

        1. tulang rangka, mungkin ada sligthly lari dari posisi asal menyebabkan ruang jd sempit. dulu pernah ada kes begini melibatkan seorang perempuan kat sini. lepas buat terapi, dah ok.

  5. Sorry dato tatau soalan ni berkaitan tak dengan topik.. Saya selalu rasa mengantuk bila hiking.. Biasanya bila dah lebih separuh perjalanan dan almost sampai ke puncak. Biasanya saya akan menguap berkali-kali, kalau tak tahan sangat berenti mana2 tido sekejap dalam 5 minit pastu baru sambung balik. Ini disebabkan insulin atau keletihan ye?

    1. ada amik gula segera time hiking? cam air bergula? bila last makan sebelum hiking?

      1. erm takde plak saya amik apa2.. biasanya bawak air mineral jek, kalau haus minum.. tapi biasanya sebelum hiking akan lapik perut dulu, makan roti ke, biskut ke. benda-benda yang tak berat.

        1. pemilihan makanan sebelum hiking pun boleh jd isu. stanby pisang dlm perjalanan. kalau hiking biasa yg boleh rehat, xde masalah lg. tp kalau kena dgn hiking bahaya, teruk gak. cuba adjust time makan makanan ringan2 tu.

  6. saya selalu kena.. baru ja nk tanya pasal ni kt dato..
    kalo wat dumbell row mmg akan pening.. teruskan juga akan loya.. nak muntah.. kalo wat lagi mmg muntah la rasanya.. blk umah tdo ja la.. wat senaman lain xpe lak..

    1. squat? deadlift? biasanya kes dumbbell row kena skali ngan squat, n deadlift

  7. Saya nak tambah skit Dato’..air ventilation dlm gym mungkin antara penyebab jgk..sbb ada gym yg tertutup sgt, and less hygiene..

    1. kekadang tu ada pulak yg tutup kipas..nk kuarkan peluh katenyer,mcm je peluh xleh kuar..bukanyer kipas tu dkt sgt pun..bajet2 otai jer, haahaha

      1. ni namanya psychology effect. x semestinya berpeluh baru senaman tu berkesan.

    2. betul tu. teringat 1 gym kat kl. buat squat sampai muntah kat sana, sbb ventilation xde.

      1. pernah pergi 1 gym tu, dia ada 1 jam lg before lunch break..so sy pegi just nk make a quick 45min workout..dia tutup segala kipas..dengan bau pengap nye..ah dem..muntah jgk lps abis workout tu..haha

  8. dato,, x pa ka kalau saya makan 500gram ayam goreng, tp minyak digunakan adalah sedikit, sebab loya makan ayam rebus.

    x gemuk ka makan makanan berminyak macam ni?

    1. minyak tetap minyak.
      bila digoreng kalori jauh lebih tinggi
      pastikan kalori diambil sehari berada dlm range keperluan
      minimalkan minyak. perahkan dulu ngan tisu.
      kalau x boleh telan yg rebus, cuba try yg bakar. elok sikit dari goreng.

  9. salam dato

    apa pendapat dato tentang multivitamin..ada kah manambahkan tenaga dan megurangkan mengantuk selepas bersenam

  10. Salam, Dato’.
    Adakah menguap selepas setiap kali bersenam dan merasa sakit pada pinggang belah kiri adalah perkara biasa?

    1. wslm. menguap most kes disebabkan terlalu tinggi gula sehingga insulin dirembeskan dan menyebabkan kekurangan gula. tenaga kurang bdn tend utk tido, atau sebaliknya. terlalu rendah gula. adjust timing makan. kalau biasa 2 jam sbelum train, cuba 3 jam, atau 1 jam. setiap org berbeza digestion rate.
      minum air apa ketika bersenam?

  11. minum air?
    saya hnya minum air mineral sahaja..

  12. Ok,saya akan cb..terima kasih ya

  13. salam tuan,saya baru lepas workout..tapi masa workout,terus pening sangat…x dapat sy terus kn,terus sy berhenti…sblm workout sy just makan pisang je..Adakah sebab itu,jadinya pening…

  14. Assalamu’alaikum dato’ tumpang tanya ckit.

    1. time jogging bila dah penat ckit kdg2 kat paru2,pinggang atau perut rasa menyucuk2. sy suspek 4 benda je, 1- mkn@mnum sblm jogging x kena dgn masa, mgkn sbb x brapa hadam lg trus jogging. 2- stretching x btol, x reti sgt psal stretching ni. blh dato’ tlg ajar stretching yg btol, sy blajar msa skola rendah je. 3- mgkn disbbkn pernafasan, ada yg mengatakan tarik dari hidung hembus dari mulut, ada plak gunakan mulut sahaja, ada pulak gunakn hidung shj, klu ikut logik akal tarik nafas dari hidung dan hembus dari mulut adalah cara bernafas yg betul tp bagaimn masa berjogging? sy biasa bernafas menggunakan hidung shj, mngikut kajian sy, bernafas dari hidung shj dpt jogging lebih jauh dan dan nafas rasa lebih panjang berbanding dgn cara lain, tp sy tak tau sama ada teori ni mmpunyai kesan negatif jangka pendek yg mgkn sy tdk perasan atau kesan jangka pjg. 4-psychology, rasa takut bedebar2 sbb x biasa dgn tmpt jogging atau pun takut x blh buat lebih baik drpd yg sblm ni ataupun tkut org perli klu2 tetiba pancit awal2, atau byk lagi yg mgkn buat diri kita x tenang n x leh focus scr x lgsung mngganggu pernafasan dan pergerakan yg mgkn blh mnjd penyebab. sy pelik dgn benda ni sbb bila tanya mmber2, dorg xda plak masalah mcm tu. klu ada pun jarang sbb bila dorg kene kompom trus stop, klu sy plak sy paksa je sbb mmg dah biasa lgpun dah tau limit even jantung dah sakit sbb degupan laju sgt pun sy ttap tahan sbb mmg dah biasa. maybe bhyakn diri sndr, tp nikmatnya dpt hilangkn smua prasangka negatif.
    2.bg org yg jarang workout. sehari selpas dr gym mst akn rasa sakit pd bhgn otot yg bkrja smlm. soalan sy adakah rasa sakit tersbut petanda baik atau buruk? dan adakah senaman perlu diteruskn untuk menampakkn hasil yg lebih atau berehat merupakan langkah yg bijak? adakah ia disebabkn over training? ataupun kurang nutrisi? atau jg kurang rehat(tidur)? klu dato’ berpendapat over training ttp over training mgkn tdk akan berlaku sekiranya ckup nutrisi dan ckup rehat. klu dato’ berpendapat kurang nutrisi, apakah nutrisi yg baik untuk mengelakkn masalah tersebut? dan bagaimana cara untuk kita tahu sekiranya kita kekurangan/cukup/terlebih protein carb dan sebagainya dgn cara yang mudah dan senang? bg sy, sy cuma belajar dari pengalaman. senam ni senam tu, makan ni makan tu, minum ni minum tu, tidur ni tidur tu, sakit ni sakit tu. lama kelamaan saya bagaikn dapat berinteraksi dgn badan sndr, sy dpt rasa sekiranya kurang protein, carb, fibre dan vitamin(kurang ckit sbb jrg buat kajian& experimen sbb bajet x ckup xda subsidi haha) seakan2 sblm sakit bdn biasanya bagi respond, seolah2 memberitahu apa yg perlu sy ambil, bagi mencegah drpd jatuh sakit.Pendapat dan jawapan dari dato’ amat la saya hargai. Terima Kasih.

    1. 1. ada beberapa sebab. biasanya disebabkan air. semasa workout cuba minum air sejuk, 2-4 darjah celcius. mungkin juga disebabkan oksigen x sampai ke certain area. cuba try minum air sejuk dulu.
      2. delay onset muscle soreness http://strengthsifoo.com/delay-onset-muscle-soreness/
      antara pentanda boleh tahu cukup atau x nutrisi, adalah recovery rate. kalau recovery slow mungkin x cukup. protein n carb.

  15. salam dato’

    sy skrg ni baru berjinak2 nak mulakan sit up….dah seminggu sy buat…. sy buat dlm kuantiti yg sedikit… tp kepala tetap pening.. boleh dato bg tips bagaimana nk kurangkan pening dan loya?

  16. salam dato,
    saya selalu mengalami mslh senaman lambat berpeluh dan badan terasa berat nk buat senaman..blh x berikn tips senaman sesuai ..atau pemakanan yg patut ke..

  17. As salam Dato…
    1. Saya bila berlari 100m ok lg.tapi bila lari 200m akan mula rasa sakit di perut belah tepi.rasa mcm kena perah je tmpt yg sakit tu.knp ye?
    2. bila workout (saya hire fitness instructor) saya akan rasa badan mula sejuk dan nk muntah.jantung degup laju sgt.instructor tu biasa la akan push jgk suruh buat mcm2.saya akan berhenti kjp n muntah.lps tu baru ok dan blh mulakan balik.mcm mn nk hilangkan nk muntah tu?ni jadi every session.malu saya.

    1. wslm.
      1. Minum air sejuk, 2-4 darjah celcius.
      2. beritahu instructor tu apa masalahnya. start slow. kalau masih berlaku juga, check timing pemakanan.

  18. Salam dato..
    Saya ada masalah selepas bersenam, saya akan berasa mual dan pening… Penyelesaian yg saya lakukan biasanya baring dan pening akan hilang.. *Adakah punca pening disebabkan pemakanan yg tak seimbang?
    Untuk pengetahuan dato, saya lakukan senaman dirumah 2 kali sehari selama 15-20minit sekali senaman.. Saya juga tidak minum aor manis..terima kasih untuk jawapan dato.?

  19. Salam dato..baru2 ni sy buat squad..boleh dikatakan heavy jgak laa..lpas tu trus skit kpla blah kiri..then bsoknya nk workout lain msti akn rsa lgi..lpas tu dh hilang..smpai smggu ..sy slap letak bar ke mcm mna?

    1. ada masalah darah tinggi? atau kesilapan letak bar? atau makan. byk possibility tu

  20. Assalam,

    Saya nak tanya, pernafasan yang manakah lebih baik; hidung atau mulut ketika melakukan xtvt fitness yg berat atau rancak seperti zumba?

    Kadang-kadang saya akan menggunakan mulut ketika bernafas apabila berzumba. Apakah kebaikan dan keburukan pernafasan melalui mulut? Adakah pernafasan melalui mulut digalakkan ketika melakukan xtvt ini?

  21. Ahmad luqman says:

    Nak tanya …..saya cek tgh hari tadi darah saya 121/71 bpm smlm 170/82….so hari ni saya ada buat senaman renang. Tp bila habis senaman ada rasa pening-pening….sy buat senaman 30min slps makan …. Sy ada amik ubar darau tinggi (amlodipine 10mg)

  22. Azreen AB says:

    Salam Dato,

    Byk kali bila saya start workout like squat, military press,barbell curl, etc akan rasa sharp pain dekat kepala. Rasa berdenyut2. Mcm suddenly darah rush ke kepala. Kena rest dulu 5-10 min baru boleh start balik. Apa sebab simptom tu yer? Saya ada ambil fat burner waktu pagi, bcaa during workout, creatine & whey after workout. Medical checkup normal. Any tips Dato? Terima kasih.

    1. perjalanan darah bermasalah. cuba start dengan light warmup dulu, tengok macam mana. contoh cam squat, start dengan isolasi quad, leg extension. sekiranya simptom berterus, cuba buang fat burner. sekiranya masih berterusan, cuba tambah strecthing dlm program. sekiranya berterus, kena detailkan pemakanan dll. byk possibility tu.

  23. Salam…tuan nk tanya knp time saya buat pull up tetiba kepala berdenyut

      1. Kalu mcm sye..mmng minat aktiviti mempertahankn diri.. tpi sye ad tekanan darah rendah.. mcm mne nk ubatkan?

  24. asalamualiakum

    saya selalu menguap ketika bersenam di gym and lebih dari biasa dan sekarang macam menjadi-jadi..baru buat cardio da menguap mmg potong mood betul… bila dalam setengah jam terakhir memang saya rasa loya nak muntah macam nak demam kalau dulu boleh main gym sampai 3 jam sekarang baru 2 jam da pening and mengantuk skli…badan memang lembik saya ada amik supplement (m-sotropin) tapi setiap kali workout menda cam ni slalu jadi and makin parah
    sampai menganggu saya nk workout kadang kadang baru 1 jam setengah main da balik coz pening kpla sangat and mengantuk

    saya ada bercadang nk kuruskn badan so diet saya mmg kurang karbohidrat and lemak terutama gula saya x minum air manis dan x makan nasi atau karbohidrat lain macam mee, roti or biskut klau karbohidrat saya ambil pon yg terkandung dlm vagie jer macam sweet potato and carrot..saya bnyak mkan salad and protien

    adakah permakanan saya salah atau saya ada faktor lain?

    please reply

    #memerlukan bantuan

    1. kalau tgk drpd diet, ada possibilit tak cukup supply carb ke otak n organ memerlukan.

  25. Sya be squat,senam leg day..trs rasa opening mcm bintang2 nampak.terus mau muntah..gelap pemandangan dr sudut mata kenap begitu dato?..

  26. maaf dato’… sya ada satu soalan berkenaan bagaimana pula seseorang yg mengalami refleksi seakan sawan… badan menggeletar sepenuhnya dari kepala ke kaki dan minda dlm keadaan separa sedar apabila habis dr melakukan jogging dan bbrpa jenis senaman lain? perut juga dalam mungkin dlm keadaan kosong… terima kasih

    1. mungkin hypo glycemia. shaking, peluh. stanby makanan bergula yg senang hadam.

  27. assalam tuan….sy baru bjinak dlm workout ni…saya akan bermain berselang.isnin,rabu,jumaat. dlm minngu sebelum ini x da pening dan loya..selpas gym tu dpindah ke tempat baru.memakan masa 2 minggu lah saya x pergi gym ..bila setle semua pindahan brangan gym..sy start balik main..entah dalam seminggu ini saya berasa pening dan loya.. sy mcm nk pitam….boleh terangkan sebab tak hihi

  28. Salam..saya nak tanya dato..kenapa setiap kali saya bersenam seperti joging mesti saya akan pening,mual ?sebab pada bulan 4 tahun ni say pernah mengalami kemalangan terjatuh dari tingkat 5 ke 1,dan disah kn gegaran otak..tapi selepas saya koma 4 hari..semua nya dah okey sekarang..ada kah di sebab kn kmAlangan itu atau sebalik nya saya sering sakit kepala ketika bersenam?

  29. Kalu mcm sye..mmng minat aktiviti mempertahankn diri.. tpi sye ad tekanan darah rendah.. mcm mne nk ubatkan?

    1. biasanya tekanan darah rendah x bermasalah sgt. jika penat, rehat. ulang proses sehingga badan adapt. kalau tekanan darah tinggi bermasalah sikit.

  30. Kalau mengantuk SELEPAS bersenam tu sama jugak ke punca dia mcm mengantuk SEMASA bersenam?

    1. boleh jadi. lepas senaman jangan lupa makan. kalau nak tidur selepas itu, xde masalah.

  31. Salam dato
    Saya bru lpas lari 8kilo..esoknya pergi gym..peluh bnyak kluar..mlmnye trus demam..bdan sakit sakit..knape ye..demam urat ke

  32. Maaf, tuan. Saya nak tanya sikit. Seminggu sekali saya ada perbarisan dan latihan mingguan. Selalunya ok je, tapi sejak minggu lepas, setiap kali latihan saya nak collapse. Kulit sejuk, muka pucat teruk, tiba2 peluh banyak, kepala pening. Saya memang ada mild anemia tapi sikit je, dalam 11 something. Masuk minggu ni dah kali ketiga saya nak collapse, itu pun sebab minggu lepas saya skip latihan mingguan. Pada pendapat tuan, apa punca saya nak collapse tiba2? Terima kasih, tuan.

  33. Salam dato…saya kalau minum air sejuk selepas senam mesti kena serang selsema,jadi saya mnum mineral je. Cek doktor kata tak ade apa2 efek dgn paru2. Dato tahu x sbb2 mslh ni..

  34. Assalamualaikum dato, nak Tanya ttg perkara yg berlaku pada saya. Says kerap pening Dan kaki akan mengigil setiap Kali nak pijak tanah..dah lama sy perasan benda Ni..setiap Kali nk buat senaman mmg kaki akan mengigil..tangan Dan badan semua ok je… benda Ni selalu berlaku Masa sy buat hiking/joging.. sy selalu minum air mineral je Ms hiking/joging. Dan sy mmg akan makan pisang 1 biji sblm bersukan…

  35. Haizal Baharuddin says:

    Assalamualaikum Dato’,

    Saya baru mula menjalani latihan sukan selama 3 hari. Latihan saya akan berjalan selama 1 jam atau lebih. Masalah saya bila saya dlm keadaan penat mata saya akan berpinar atau kabur. Bila saya berehat sekejap dia akan hilang. Bila saya nak mula latihan akan jadi semula. Untuk pengetahuan Dato’ saya mengidap penyakit Darah Tinggi dan saya makan ubat pada waktu pagi sahaja sebelum menjalani latihan. Saya minta pandangan Dato’ tentang gejala yg terjadi pada saya. Terima kasih.

    1. wslm. cuba start slow dulu. buat yg mana mampu. pastu tambah circuit training latih atas bawah atas bawah. jgn bagi darah bertumpu pada 1 bahagian.

  36. Salam dato..sy ni dulu aktif bersukan.. Sekarang berat badan da naik.. Sy try untuk aktif balik..tp asyik menguap je tiap kali lakukan apa2 aktvti yg kuarkan peluh..sy jnis cpt pening kepala wlau pun da check tekanan darah normal..adakah faktor sy tidur tak menentu? Dan mkn ta ikut time? Sy student.. Beri penjelasan dato bole?tq

    1. cuba adjust dulu timing pemakanan. sama ada sebab makan atau oksigen x sampai ke otak

      1. Oksigen x smpai ke otak tu mcm mn dato?

        1. sbb oksigen tgh fokus pada otot yang bergerak. mereka memerlukan oksigen tinggi. jadi kurang supply ke otak.

  37. salam dato.. saya dulu aktif bersukan.. kalau saya lari 400 meter pun saya tak penat.. sekarang kalau saya lari 100 meter pun saya dah penat.. selalunya saya akan muntah dan pening kepala selepas berlari.. apa tips untuk elak kan benda ni terjadi..

  38. Assalam . Kenapa bila baring terase lapar,bila bangun nk pegi makan terase mcm nk muntah. Ape punca nya dato ?

    1. Zaki Khan says:

      wslm. byk kemungkinan, perut terlalu kosong? terlalu byk minum air? ada apa2 disorder bab makan

  39. Salam Dato

    Saya selalu mengalami masalah macam angin tersangkut di leher belah kiri dan bawah bahu belakang belah kiri lepas bersenam lebih 45 minit sehari. Kemudian akan rasa mual dan muntah2 angin untuk beberapa jam selepasnya. Jika tak dpt buang angin tu, leher kiri jadi stiff dan tak selesa. Kena urut bagi sendawa untuk keluarkan angin. Kenapa ya?

    1. Zaki Khan says:

      cuba check body aligment. mungkin ada otot2 yg ketat.

  40. Salam dato
    Saya sering kali mengalami masalah ini. Pernah sekali, selepas main futsal malam saya rasa pening sangat, penglihatan kabur, jantung berdegup kencang dan panik. Saya hampir pitam tapi masih boleh sedar lepas baring tarik nafas slow dan minum air. Saya juga akan pening setiap kali bangun mengejut. Adakah ini dari punca yang sama?

    1. Zaki Khan says:

      boleh jadi. tapi boleh jadi juga masalah lain, dah buat medical check up?

  41. saya ada masaalah injurt di bahu…lama.tam bersukan dan gym..saya bekas atlit sekolah dlm bola sepak..sejak akhir2 ni saya cuba bersukan saya terlalu penat cepat nak pening dan bahu tempat cedera saya jadi tegang dan buat saya rasa makin sakit kepala..kenapa ya

    1. Zaki Khan says:

      apa solution utk injury tu? dah buat physio? berehat belum tentu pulih.

  42. Saya biasanya bangun pagi cuci muka, buat regangan badan terus bersenam. Meskipun tak setiap hari sebab saya baru nak mula. Tapi tak ada pula rasa nak pengsan dan loya sampai termuntah. Pagi tadi, saya tak sempat bersenam sebab terlewat bangun. Jadi, malam tu saya cubalah bersenam macam biasanya. Entah kenapa lepas bersenam tu saya rasa pening nak pengsan, dan juga loya sampai termuntah. Pandangan gelap sampaikan saya harus pejamkan mata untuk beberapa minit nak legakan rasa sakit dekat bahagian hidung dan kepala.

    1. masih makan kalori yg sama? kalau sama, mungkin badan terkejut dgn perubahan patern.

  43. Pernah saya slow jogging hampir kepenamat raya mengeletar lapar mcm nak hypo.Adakah pengambilan makan kurang ye

    1. mungkin. cuba amik slow GI carb sebelum berlari. slow release. kalau perlu, stanby apa2 gula segera seperti coklat.

  44. EddyAmeer says:

    As salamualikum dato ketika saya buat warming up selepas jogging.. setiap selesai perbuatan saya terasa nak pitam.. perbuatan yg saya buat seperti star jump.. squat.. setiap perbuatan 1 set tuu saya rasa nak pitam mohon pecerahan nya..

  45. Saya buat squat 1 rep – 50 lepas tu tiba2 rasa pening dan x bermaya.. rasa jantung berdenyut laju lepas tu..rasa nk muntah dan loya pun ada.. sbb apa yr jadi mcm tu? Selepas kejadian saya terus baring dan tinggikan kedudukan kaki utk alirkan darah kembali, lepas tu ok dh. Itu terjadi sebab apa ye?

    1. mcm2 possibility. mungkin sbb darah tinggi. mungkin jarang bergerak, ada limitation, tighness etc.

  46. assalamualaikum,sy nak tnya,knapa ya setiap kali sy hiking, mesti akan pitam, pening sampai muntah2.. X boleh nak teruskan, nak bangun pun kaki ketar2..

Leave a Reply to piranax Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: