Peranakan Jatuh

“Jangan main berat, nanti peranakan jatuh”

Rasanya, ini antara nasihat yang paling biasa kita dengar apabila melibatkan perempuan. Perempuan digambarkan ‘lembik’, tak boleh angkat benda berat. Peranakan jatuh atau dalam bahasa sainsnya, Pelvic Organ Proplase (POP) dahulunya biasa berlaku pada perempuan yang berusia. Kini ianya juga berlaku pada perempuan selepas bersalin dan juga anak dara. Kini siap ada Association for Pelvic Organ Prolapse Support. Saya pun baru tahu kewujudan persatuan ini.

Ada 5 jenis Pelvic Organ Prolapse iaitu cystyocele (pundi kencing), rectocele (usus besar), enterocele (usus kecil), vaginal vault, dan uterine (uterus). Peranakan jatuh bukan bermaksud, ‘peranakan’ jatuh, ia boleh jadi salah satu atau lebih organ di bahagian pelvik. Setiap satu ini ada simptomnya, akan tetapi secara amnya simptomnya termasuk:

• Tekanan, sakit atau perasaan menurun di vagina, rektum atau kedua-duanya
• Masalah lemah kawalan kencing
• Susah nak kencing
• Masalah kawalan buang air besar
• Sembelit
• Sakit pinggang atau perut
• Kurang kehendak seksual
• Sakit ketika berhubung di ranjang (posisi tertentu)

Cystocele
Cystocele
Rectocele
Rectocele
Uterine
Uterine

Apa yang menyebabkannya?

Ia adalah disebabkan tekanan berlebihan di dalam perut dan pelvik. Fascia yang kuat sepatutnya menjaga organ-organ sekitar pelvik kekal di tempat yang sepatutnya. Otot di lantai pelvic juga menyokong organ-organ di atasnya. Apabila seseorang mengandung, ada perubahan hormon yang berlaku termasuk peningkatan relaxin. Ia menyebabkan tisu-tisu lembut menjadi lebih lembut, di campur pula dengan tekanan kepada dinding pelvik, ia menjadi umpama peledak.

Ketika melahirkan anak, terdapat faktor tambahan yang menyebabkan peningkatan risiko prolapse iaitu penolakan dalam tempoh yang lama, lebih daripada 2 jam. Faktor lain termasuk penggunaan forceps atau vacuum. Selepas bersalin, seorang ibu sepatutnya kuatkan kembali bahagian teras dan lantai pelvik.

Kalau kita tengok balik, banyak otot yang terlibat dalam memberi sokongan kepada organ dalaman pelvic. Ia termasuk transverse abdominis, multifidus, rectus abdominis dan sebagainya. Selain itu, otot glute dan sacrum juga memainkan peranan. Seseorang yang kuat bahagian terasnya, kebiasaanya tidak mengalami masalah prolapse ini.Kursus Kecergasan 2024

Bagaimana elakkan?

Alignment pinggul perlu dibetulkan. Masalah berat badan berlebihan, lebih-lebih lagi di bahagian berat dan punggung mungkin menyebabkan masalah pelvic tilt atau pinggul berpusing. Berat berlebihan mungkin sebab kegemukan atau mengandung dan sebagainya. Boleh rujuk terapi fizikal berhampiran anda untuk betulkan masalah alignment badan. Jangan ingat kereta sahaja perlu betulkan alignment.
• Senaman seperti senaman kegel sebenarnya tidak membantu masalah ini, tapi boleh dimasukkan sebagai salah satu senaman.
• Jika masalah ini dah bermula, apakata bawa fitball ke pejabat (jika kerja pejabat) dan gantikannya dengan kerusi. Duduk di atas bola itu sepanjang hari. Saya rasa tak jadi masalah nak bawah di kebanyakan pejabat selagi mana kerja berjalan, bos tak marah. Duduk di atas bola sambil squeezing otot pelvik. Sukar untuk saya bayangkan dalam perkataan. Saya cuba cari video nanti.

Duduk di atas Fitball

• Masukkan squat dalam program anda. Otot glute perlu jadi lebih kuat. Akan tetapi sekiranya POP jadi lebih teruk, ada kemungkinan anda melakukannya dengan teruk. Ada kemungkinan posterior pelvic tilt atau butt wink yang ketara atau mungkin postur yang tidak betul. Dapatkan seorang pakar senaman bertauliah untuk tunjukkan pada anda.
• Ada beberapa senaman isolasi dinding pelvik yang boleh dilakukan seperti dalam gambar rajah di bawah di mana pergerakan bertumpu pada bahagian pelvik. Pinggang dinaikkan dan diturunkan. Lakukan sekitar 8 hingga 12 ulangan beberapa set.

Pelvic Floor Exercise

• Jangan sesekali terlebih lakukan sesuatu senaman sehingga mengakibatkan sesuatu otot menjadi kuat. Sebagai contoh, hanya melakukan senaman perut rectus abdominis (six pack), akan tetapi mengabaikan otot-otot lain di sekelilingnya.

Rujukan
http://home-cure.net/uterine-prolapse-exercises-precautions-natural-cures/
http://www.health.harvard.edu/family_health_guide/what-to-do-about-pelvic-organ-prolapse

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: