Perempuan Melayu

Perempuan Melayu kata, “Jangan berlatih berat-berat, nanti peranakan jatuh”

ZK kata, “Senaman berlebihan dengan tidak teratur yang mana membuatkan seseorang perempuan itu tidak mempunyai asas atau teras yang baik mungkin memberi tekanan pada sistem peranakan. Tidak menjadi isu jika senaman dilakukan dengan betul. Terdapat pelbagai kebaikan senaman untuk perempuan jika dilakukan secara berkala”

Kursus Kecergasan 2024Perempuan Melayu kata, “Senaman boleh mengurangkan kesuburan”

ZK kata, “Senaman berlebihan mungkin menyebabkan amenorrhea atau masalah haid yang tidak teratur. Perempuan yang sangat kurus dan sangat gemuk mempunyai masalah ketika melahirkan anak. Peratusan lemak juga main peranan dalam kesuburan. Terdapat kes dimana mereka yang tinggi peratus lemak sukar mendapatkan anak. Mereka yang terlalu kurus, mungkin disebabkan kekurangan estrogen. Bagi mereka yang merembeskan lebih insulin juga boleh menyebabkan ovari tidak menghasilkan ovum. Senaman membantu menurunkan paras gula dalam darah. Senaman juga jika dilakukan tidak keterlaluan sebenarnya mengatur kitaran haid menjadi lebih stabil. Mungkin terdapat beberapa kes dimana senaman tidak berapa membantu dalam mengatur kitar haid”

Perempuan Melayu kata, “Senaman semasa mengandung boleh menyebabkan keguguran”

ZK kata, “Pada peringkat awal mengandung, kalau boleh elakkan daripada senaman atau kerja berat sehingga janin kukuh di dalam rahim. Terdapat latihan yang berbeza untuk setiap tri-mester. Anda tidak boleh melakukan sesuka hati dan sesedap rasa. Dapatkan nasihat pakar, senaman apakah yang sesuai”

Perempuan Melayu kata, “Dalam pantang tak boleh bersenam”

ZK kata, “Kalau semua masa tidak boleh bersenam, adakah ini menunjukkan perempuan Melayu itu malas dan mencari alasan untuk tidak bersenam? Dapatkan nasihat doktor samada anda cukup fit untuk bersenam atau tidak. Setiap individu berbeza masa pemulihannya”

Perempuan Melayu kata, “Tak boleh main besi, nanti berketul macam jantan”

ZK kata, “Paras hormon testosteron dalam badan perempuan sangat rendah kecuali kes-kes tertentu jika dibandingkan dengan lelaki. Hormon testosteron diperlukan dalam proses membina otot. Jangan terpengaruh dengan gambar perempuan bina badan. Kebanyakan mereka mengambil hormon tambahan daripada luar”

Perempuan Melayu kata, “Jangan makan nasi, nanti gemuk”

ZK kata, “Jangan takut dengan nasi. Nasi bukannya racun. Amalkan kesederhanaan dalam pemakanan. Makan apa yang perlu. Apa sahaja kalori berlebihan, tidak semestinya nasi akan disimpan dalam bentuk lemak jika tempat simpanan glikogen telah penuh”

Perempuan Melayu kata, “Ada gemuk air, gemuk angin, gemuk daging, gemuk tepu dan sebagai”

ZK kata, “Saya pernah ulas tentang gemuk air di entri Gemuk Air. Saya tak pernah dengar lagi gemuk angin? Adakah disebabkan sendawa? atau seseorang itu pernah tersedut angin pam kereta? Saya tak pernah dengar juga istilah gemuk daging. Apa kaitannya lemak dan daging? Gemuk tepu adalah istilah yang digunapakai untuk sel lemak sakit atau rosak. Cuba lihat entri Tisu Lemak Sakit

Perempuan Melayu kata, “Senaman boleh merosakkan dara”

ZK kata, “Ya, kebanyakan jenis sukan yang dilakukan secara ekstrim ada kemungkinan memecahkan dara. Dara yang pecah tidak seperti pecah dicucuk, tapi mungkin hanya koyak sedikit. Ada kes yang koyak sepenuhnya, tetapi jangan risau kerana masih terdapat perbezaan antara dara yang diterobos dan dara pecah kerana aktiviti berat”

Nota: Jangan ada perempuan Melayu yang terasa. Kebanyakan yang tanya soalan begini adalah perempuan Melayu. Pelbagai alasan diberi untuk tidak bersenam.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

16 thoughts on “Perempuan Melayu

  1. wahhhh ha todia kan.. mcm2 alasan pompuan bagi sbb taknak bersenam..

  2. Guna produk lagi senang…kata perempuan melayu…malas..takde masa…baik main fb, rayan korea dan gi shooping lagi best..sedih ngan kaum sendiri 🙁

  3. muscular-girl says:

    haha. terbaik.

  4. dato… cerita pasal pompuan nie nak tanya soalan sikit…
    saya ada kawan perempuan kat office, masalah dia saya lihat dia mengalami pertambahan saiz disekitar pinggang dan punggung. punggung kelihatan lebar dan besar, sedangkan anggota lain still maintain. dia belum berkahwin lagi. jadi soalan saya apa yang menyebabkan perkara tersebut dan cara untuk mengatasinya… sian tengok dia cuba diet utk kurangkan masalah tu… mungking dengan penjelasan dato dapat membantu dia menugurankan masalah dia… tima kasih bebanyak.

      1. aaah…. keje dia dok kat office ngadap komputer… petang2 main ping pong jer… nak wat camne? apa sebenarnya masalah dia n camne nak buat?

        1. kuat sgt tu…hihihi

        2. pelbagai. kurang aktiviti fizikal, hormonal changes, byk aktiviti duduk yg seterusnya boleh menyebabkan lemak berkumpulan di satu tempat. jgn espect badan sentiasa sama sepanjang masa. berlaku perubahan mengikut umur. aktifkan diri bersenam sekurang2 3 kali seminggu n kawal pemakanan.

  5. Minta nasihat Dato.. Bayi sy berumur 7 bulan. Sy melahirkan secara c-sec. Berat badan naik 10kg dan turun 8kg selepas melahirkan. Ttp beransur2 naik semula sehinggala sekarang 8kg kembali. Sy kurang tidur dan rehat krn baby sentiasa bangun mlm. Sy agak risau krn lutut, kaki dan tulang belakang Sy amat sakit terutamanya bila bangun dari tidur dan bila berjalan. Sy telah membeli treadmill utk bersenam ttp tidak byk membantu. :'(

    1. nasihat utk sakit atau utk turunkan berat? perlu buat muscle conditioning utk otot sekeliling lutut, quad, hams, calf, n sekeliling pinggang. abs, lower back dll. jgn hanya buat cardio.

  6. Kalo boleh dua2 la dato.. sy sakit ni pun sbb mungkin badan dah takleh nak tanggung berat ni. Dah cam terkedek2 sgt dah berjalan ni. Sbbnye sy ni rendah je org nye. Huhu. N boleh ke amik produk API tu? Kot2 boleh membantu jgk..tq dato

    1. kena buat condition utk part2 yg sy nyatakan tu. API membantu dlm pembakaran lemak, disertakan dgn latihan dan pemakanan yg baik

  7. setiap hari saya joging.besenye saya joging selama 30 minit untuk 10 pusingan dalam satu track.tapi semakin lama,masanya menjadi 15 minit walaupon dgn bilangan pusingan yg sama.adakah jumlah yg dibakar semasa 15 dan 30 minit itu sama ataupun bagaimana?

    1. kalori sama. power output berbeza. afterburn berbeza. bila masa kurang, afterburn lebih.

  8. perempuan melayu terakhir says:

    Setuju 100%. Most Malay women nak kurus tak makan nasi tp bedal junk food, processes food, mee goreng, bihun goreng.. Exercise malas. Nk cepat kurus amik pil, sapu gel sampai berkontena, pakai korset (buka je korset, barai je perut). Setiap hari naik alat timbang. Bangga berat turun tp tak tau berat air yg hilang. Berjalan lenggang kangkung atas treadmill sampai 2 jam. Xnak buat strength workout, xnak angkat besi takut berketul mcm laki…ini adalah realiti yang terjadi kepada perempuan melayu sekeliling saya…cheers. no offense girls.

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: