Pergerakan Rantaian Kinetik

Nampak sama, tetapi tidak serupa?

Push-up & bench press
Push-up (kiri) & Bench Press (kanan)

Walaupun kedua-dua pergerakan menyasarkan otot pectoralis sebagai otot agonis, namun secara biomekanik, kedua-duanya membentuk fasa pergerakan yang berbeza, menggunakan konsep rantaian kinetik (satu segmen badan yang bergerak menerima daya dan menghantar daya tersebut kepada segmen badan yang bersebelahan).

Eksesais (pergerakan) rantaian kinetik Terbuka (Open Kinetic Chain-OKC) adalah pergerakan teratur yang dilakukan dalam keadaan tangan atau kaki adalah bebas untuk bergerak.

Contoh senaman OKC: Bicep Curl, Lying Triceps Extension, Bench Press, Leg Extension, Leg Curl.

Eksesais (pergerakan) rantaian kinetik Tertutup (Closed Kinetic Chain-OKC) pula adalah pergerakan teratur yang dilakukan dalam keadaan tangan atau kaki adalah tetap dalam ruang dan tidak boleh bergerak.

Contoh senaman CKC: Push-up, Pull-up, Dips, Squat, Deadlift, Lunges, Power Clean.

Antara ciri-ciri CKC ialah (Prentice WE):

• Menguatkan daya mampatan sendi.
• Meningkatkan keupayaan kestabilan dinamik sendi dan secara keseluruhan.
• Stimulasi proprioseptor – reseptor deria. (sesuai untuk latihan kekuatan)
• Daya rintangan (bebanan) yang tinggi.

Antara ciri-ciri OKC ialah (Prentice WE):

• Meningkatkan keupayaan daya memutar.
• Meningkatkan daya memecut.
• Daya rintangan yang rendah.
• Daya momen yang besar (satu sendi dalam satu pergerakan)
• Daya ricih (shear) yang besar.

CKC memberikan lebih manfaat dari segi ‘fungsi atletik’ seperti melompat dan squatting (Augustsson et al, 1998) kerana kelebihan pergerakannya yang mana adalah kebanyakkannya bersifat compound, melibatkan daya mampatan; Manakala OKC lebih kepada pergerakan isolate yang lebih menekankan kepada daya ricih (Graham et al, 1993).

Kedua –dua adalah berguna dan efektif bagi tujuan menguatkan dan rehabilitasi (Rogol et al, 1998), contohnya kajian review Rebekah et al (2010) mendapati bahawa pengisian kedua-dua senaman OKC dan CKC adalah lebih baik berbanding salah satu sahaja dalam program rehabilitasi pesakit dengan ACL defisiensi/memulih semula. Walau bagaimanapun, OKC mempunyai kelebihan berbanding CKC dalam konfigurasi rehabilitasi kerana lebih mudah dimanipulasi untuk menyasarkan otot spesifik:

“Rehabilitation with OKC quadriceps exercise led to significantly greater quadriceps strength compared with rehabilitation with CKC quadriceps exercise. Hamstring strength, static and dynamic translation, and functional outcome were similar between groups. Patients with ACL deficiency may need OKC quadriceps strengthening to regain good muscle torque.” (Tagesson et al, 2008)

“We conclude that a combination of CKC and OKC quadriceps exercises is better than strengthening the quadriceps with only CKC exercises after ACL reconstruction, since this leads to significantly better quadriceps muscle torque and significantly earlier return to the original sports at the same level as prior to injury without compromising knee joint stability.” (Mikkelsen et al, 2000)

Secara umumnya, kebanyakan pakar dan jurulatih kecergasan lebih mengesyorkan pergerakan CKC. Ini kerana (1) CKC lebih kepada pergerakan functional; Pergerakan semulajadi yang dilakukan dalam sistem realiti biomekanik; (2) Bersifat compound; Mengerjakan otot-otot (lebih dari satu jenis) dalam satu masa; (3) Lebih selamat, memandangkan ianya melibatkan daya mampatan pada sendi, berbanding dengan OKC yang lebih kepada daya ricih, mendedahkan risiko lebih kepada kecederaan sendi terutamanya sendi lutut, antara sendi yang paling terdedah pada risiko kecederaan. Jadi, dengan ini, anda tahu bahawa pergerakan tertentu sesuai atau tidak dilakukan untuk diri anda dan orang lain, seterusnya dapat mengelak dari risiko kecederaan.

Kewujudan kedua-dua jenis latihan di atas memberikan anda sebab dan keperluan membentuk variasi dalam program latihan anda. Bergantung kepada bagaimana anda menyusun rutin latihan, pengetahuan tentang OKC dan CKC ini boleh membantu mengelakkan plateau dan membantu untuk terus menghasilkan progres yang positif dalam program dan rutin latihan anda, dan terutama sekali, anda tahu bagaimana untuk menyusun latihan dengan lebih selamat dan efektif.

Rujukan:

Augustsson J, Esko A, Thomeé R, Svantesson U. Weight Training Of The Thigh Muscles Using Closed Vs. Open Kinetic Chain Exercises: A Comparison Of Performance Enhancement. J Orthop Sports Phys Ther. 1998 Jan; 27(1):3-8.

Glass R, Waddell J, Hoogenboom B. The Effects of Open versus Closed Kinetic Chain Exercises on Patients with ACL Deficient or Reconstructed Knees: A Systematic Review. N Am J Sports Phys Ther. 2010 June; 5(2): 74-84.

Graham VL, Gehlsen GM, Edwards JA. Electromyographic Evaluation Of Closed And Open Kinetic Chain Knee Rehabilitation Exercises. J Athl Train. 1993 Spring; 28(1):23-30.

Mikkelsen C, Werner S, Eriksson E. Closed Kinetic Chain Alone Compared To Combined Open And Closed Kinetic Chain Exercises For Quadriceps Strengthening After Anterior Cruciate Ligament Reconstruction With Respect To Return To Sports: A Prospective Matched Follow-Up Study. Knee Surg Traumatol Arthrosc. 2000; 8(6): 337-42.

Prentice WE. Open-Versus Closed-Kinetic Chain Exercise in Rehabilitation. Rehabilitation Techniques for Sports Medicine and Athletic Training. Presentation slide; accessed on June 2013. www.cabrillo.edu/…/OKCvsCKCexercisesduringrehabilitation.pptx?

Rogol IM, Ernst G, Perrin DH. Open And Closed Kinetic Chain Exercises Improve Shoulder Joint Reposition Sense Equally In Healthy Subjects. J Athl Train. 1998 Oct; 33(4):315-8.

Tagesson S, Oberg B, Good L, Kvist J. A Comprehensive Rehabilitation Program With Quadriceps Strengthening In Closed Versus Open Kinetic Chain Exercise In Patients With Anterior Cruciate Ligament Deficiency: A Randomized Clinical Trial Evaluating Dynamic Tibial Translation And Muscle Function. Am J Sports Med. 2008 Feb; 36(2): 298-307.

exercise1

“The best doctor gives the least medicines.”
-Benjamin Franklin-

Akasa Bina

Akasa Bina atau nama sebenarnya Alif Syamim Syazwan Ramli merupakan seorang Terapis Senaman, Jurulatih Peribadi dan Pengamal Urutan Sukan atau Sport Massage yang diperakui. Bertindak sebagai Strength and Conditioning Coach untuk Team Zaki Khan, dan juga merupakan penulis kedua webblog Zaki Khan. Menjadi atlit sukan Pencak Silat dan juga sebahagian dari barisan atlit Strongman. Pernah menyertai latihan ketenteraan selama 3 tahun.

Disamping aktif dengan minat yang mendalam dalam bidang kesihatan dan kecergasan untuk tujuan membantu masyarakat di Malaysia dalam menuju ke arah kehidupan yang lebih sihat, beliau juga merupakan seorang penyelidik dan kini sedang meneruskan pengajian lanjutan di UPM dengan tumpuan kepada Aerodinamik dan Biomekanik (Avian). Banyak terlibat dalam konferens-konferens antarabangsa di dalam dan luar negara. Pernah menyertai projek antarabangsa di Aachen University of Applied Science, Aachen, Jerman pada tahun 2010.

Facebook Twitter  

4 thoughts on “Pergerakan Rantaian Kinetik

  1. Salam dato , saya ingin bertanya , saya seorang yang kurus dan sudah mengamalkan latihan calistenic selama 3 bulan .saya juga mengambil makanan tambahan.saya nak tanya kenapa struktur muscle chest saya naik x sekata ? Adakah saya perlu pergi ke gym juga untuk menaikkan muscle chest ? Selama ni saya mengamalkan pushup dalam rutin saya .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: