Persatuan Bina Badan Negeri Pahang (Baru)
Ditulis Oleh Zaki Khan
Persatuan Bina Badan Negeri Pahang (Baru) telah ditubuhkan dengan
YB Dato Shahrum Osman selaku Presiden Persatuan. Saya sendiri telah dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasa.

Persatuan Bina Badan Pahang sebelum ini telah dibubarkan pada tahun 2005 di atas beberapa masalah dan kini telah ditubuhkan kembali. Saya kira bukan masalah besar di Pahang memandangkan ramai atlet bina badan yang berasal dari Pahang. Buat masa ini, pihak persatuan sedang merancang untuk mengadakan kejohanan tahunan, Mr Pahang.
Memandangkan Persatuan Bina Badan Negeri Pahang adalah persatuan yang baru, saya mengalukan idea-idea baru untuk diketengahkan. Sokongan ramai diperlukan untuk membangunkan sukan bina badan di Pahang. Persatuan Bina Badan Negeri Pahang juga memerlukan penaja-penaja yang berminat untuk menaja bagi Kejohanan Bina Badan Negeri Pahang tahun depan. Jika berminat untuk menjadi penaja, boleh hubungi saya di email jaytiraa@yahoo.com.
Zaki Khan
Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.
Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.
tahniah dato
terima kasih
Bagus2…! jgn lupa pangil aku judging mr pahang….heheheh..
haha. insyAllah
terbaik!!!
nanti stanby, buat guest pose utk perempuan. 😀
bagus2.. semoga sukan bina badan di pahang akan lebih aktif laghi pasni
Pastikan orang yg tak merosakkan Sukan je yg ada dalam jawatankuasa dan pertandingan….selamat maju jaya