Persoalan Bunyi ‘Pop’

Entri sebelum ini, saya dah bercerita tentang kebanyakan bunyi ‘pop’ yang dikategorikan sebagai crepitus yang disebabkan cavitation. Rujuk entri Bunyi ‘Pop’ Pada Sendi. Bagaimana pun ada juga kategori kecederaan. Entri kali ini lebih khusus untuk lutut.

Secara amnya, ada tiga jenis bunyi ‘pop’ di lutut.

1. Tak sakit
2. Sakit ketika bunyi ‘pop’ (semasa kecederaan berlaku)
3. Sakit yang datang kadang kala

Chapter-456-Sakit-lutut-bunyi-pop

Kategori tak sakit:

Ada dua penyebab umum. Pertamanya seperti dalam entri sebelum ini. Disebabkan gas. Secara teorinya, ia akan mengarah ke arthritis tapi belum ada kajian yang benar-benar buktikannya. Kedua disebabkan pergerakan ligamen atau tendon yang mana mungkin lari daripada tempatnya dan kembali semula, yang mana menghasilkan bunyi. Kedua-duanya tidak merbahaya kepada lutut.

Kategori Kecederaan:

Kecederaan ligamen yang paling biasa dan menghasilkan bunyi adalah kecederaan ACL dan MCL. ACL adalah singkatan untuk anterior cruciate ligament dan MCL medial collateral ligament. Secara umumnya, kecederaan ACL berlaku apabila tiba-tiba lutut berpusing atau badan berpusing tetapi lutut tidak bergerak. Satu lagi kes yang jarang berlaku, apabila kaki dibengkoknya jauh ke belakang. Kecederaan MCL juga boleh berlaku dengan cara sama atau apabila berlanggar sebagai contoh. Ada tenaga dari luar yang menghentam lutut. Kebiasaannya, selepas kecederaan kawasan lutut mula membengkak.Kursus Kecergasan 2024

Sakit yang Kerap:

Jika sakit lutut berulang-ulang, ada kemungkinan berlaku kecederaan meniscus atau cartilage. Ia juga boleh jadi disebabkan arthritis. Arthritis adalah keadaan di mana span atau cartilage di dalam lutut mula menipis. Boleh jadi juga disebabkan kecederaan chondromalacia patella. Ia disebabkan perlanggaran belakang kepala lutut dengan tulang peha. Ia juga boleh jadi disebabkan penggunaan lutut yang melampau. Biasanya dalam kes pelari marathon.

Jika anda berdepan dengan bunyi ‘pop’ tetapi tidak mendatangkan kesakitan, tidak perlu risau. Anda akan dapati bunyi itu berkurangan apabila anda menguatkan kaki anda. Jika ada mula rasa sakit, dapatkan rawatan lanjut.

Chapter-456-Anatomi-lutut

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

27 thoughts on “Persoalan Bunyi ‘Pop’

  1. terima kasih menjawab persoalan saya td.

  2. abdul rahin bin ibrahim says:

    assalam tuan.. saya tertarik dengan tajuk “pop” pd lutut ini.. kerana saya sering mengalaminya.. tapi bukan ketika bersukan..tapi ketika solat.. lebih2 lagi ketika pergerakkan yg melibatkan lutut.. antaranya seperti gerakkan untuk sujud.. selalu mengeluarkn bunyi seperti ‘kayu patah’.. memang sangat pelik.. baru kini saya sedar isu ini..harap dapat penjelasan lanjut berkenaan perkara ini.. mohon bantuan tuan.. sekian..terima kasih..
    assalam..

  3. assalamualaikum ,

    saya slalu kena serangan bunyi pop ini lagi2 time buat exercise frog squat . kdg2 buat smpai set ke-2 sahaja disbbkn rasa sakit mula dtg . bila dah sakit ni biasanya saya akn berhenti terus melakukan senaman yg menggunakan lutut .

  4. Saya mengalami bunyi pop pada lutut sebelah kiri yang agak panjang tetapi tidak sakit pada mulanya, tetapi kebelakangan ini ianya amat sakit sehingga saya diberi ubat oleh doktor untuk mengurangi sakit tetapi apa yang saya alaminya masih sakit cuma bunyi pop kian berkurangan ubat yang saya makan adalah CONDROPIL CAP(glucosamin + chondro(20)n dengan jasa baik tuan silalah beri panduan kepada saya, terima kasih.

    1. basicly glucosamine kalau ikut tujuannya utk bantu tambah bendalir di lutut.

  5. seminggu yang lepas saya terlibat dalam satu pertandingan persahabatan bola sepak. semasa melakukan crossing, pihak lawan melakukan terjahan keras pada bahagian buku lali yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat pada bahagian lutut. sekarang saya mengalami sakit pada bahagian lutut ketika mana hendak melakukan lipatan kaki ketika solat dan sebagainya.saya menjangkakan berlakunya kecederaan pada bahagian medial collateral ligament lutut kiri saya. mohon bantuan nasihat daripada encik zaki supaya saya dapat memulihkan kecederaan yang saya alami. terima kasih..

  6. Kalau minum susu boleh mengurangkan ke bunyi pop tu?

  7. Mohd asraf says:

    Assalamualaikum..saya nak tanya..pada bulan 1 lepas saya pernah jatuh dan mengalami kesakitan pada kaki kanan bahagian lutut belah kanan..saya jatuh semasa hendak melangkah tempat tinggi..saya telah mendapatkan rawatan dan beransur pulih..tapi sekarang dia de bunyi dan sakit pada bahgian kanan lutut..saya sukar untuk berjalan dan bengkokkan kaki..sakit pada bahagian kanan lutut…apa perlu saya lakukan?

    1. ada apa2 bengkak? sakit ketika naik tangga? waktu turun tangga?

  8. Hi boss,march2013 pernah injured lutut kiri, buat treatment d gymnasium dan perubatan kuatkan kaki setelah 7 bln main bola balik seperti normal. Tetapi hr ni semasa main bola balik semasa menyepak bola, ada bunyi krak…di bahagian lutut kiri, tempat injury lama..tetapi boleh berjalan semula,cuma terasa ketat pergerakan lutut kiri..akan tetapi kesakitan tidaklah seperti yang 1st time kena dulu…kaki boleh mengunjur lurus dan bengkok tanpa rasa sakit…apakah pandangan tuan,…tq

  9. Salam dato’..sy bermain bola dipadang..berlaku rempuhan dan bunyi pop di lutut sebelah kanan..tapi saya mampu membengkok lutut dan berlari anak keluar padang..ada kesakitan..tapi mingkin sbb sy dh taruk ais..tiada bengkak..cume kalo bengkok abis terasa nyilu…adakah sy mengalami kecederaan serius..

  10. Rahim sahran says:

    Salam..nak tanya..lutut saya apabila baring dalam 10 minit,digerakkan lutut kekiri/kekanan dlm keaadaan berbaring akan berbunyi pop..bila kembali kepada asal,buat semula mcm step tadi tidak betbunyi. Bila kaki statik melurus dlm 10 minit,gerak kekanan/kekiri akan bunyi pop semula..tuan boleh bantu tak kenalpasti mslah saya ni..terima kasih

      1. Saya pun begitu juga.tpi tak sakit

  11. Salam tuan. Suami sya ada mengalami lutut bunyi ‘pop’ ketika dia nak duduk kerusi rendah. Dia kata sakit. Kekadang lutut suami terasa ngilu2. Dah pergi jumpa doktor, kna bgi ubat cream panas dan ubat pil tahan sakit. Boleh tuan terangkan apa punca lutut tu boleh bunyi pop dan ada exercise ke yg boleh memulihkan sakit lutut tu

    1. SOP doctor mmg hilangkan sakit. kalau still sakit, cuba jumpa pakar, atau ke physio.

  12. Salam. Ketika sy main bola sy melakukan terjahan. Semasa melakukan terjahan lutut sy berbunyi pop. Lpas tu sy xdpat bangun seperti lutut sy xleh gerak. Lepas 2 mggu sy dpat memijak kaki ke lantai. Tapi sakit untuk lipatkan kaki dan betulkan kaki. Adakah sy kene ACL?

    1. wslm. tak boleh nak beri pengesahan dlm web begini. dah jumpa doctor?

  13. saya dh 3 tahun buat operation acl lutut kiri sebab kemalangan. Doktor kata miniscus saya dah dibuang sebab dah teruk sebab sebelum saya check saya lenjan futsal sebab ingat terkehel biasa je. sekarang kerap bunyi ‘pop’ kalau kaki dibiar menegak atau duduk dalam jangka masa yang lama dan rasa macm sangkut selagi tak bunyi ‘pop’ tu. okey ke lutut mcm tu ?

    1. Zaki Khan says:

      bila dah buang miniscus, kalau xnak sakit, boleh prevent dgn kuatkan otot sekeliling lutut. quads, hams, calf. buat latihan di gym senang.

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: