Persoalan Diet 1

‘Rendah lemak, rendah gula, rendah kalori, segala macam rendah, jangan makan itu, jangan makan ini, diet protein, atkin, …’

Apabila bercerita bab diet, ada pelbagai cerita, pelbagai versi, pelbagai jenis diet di luar sana. Saya cuba kumpulkan dan bincangkan secara ringkas, berdasarkan soalan-soalan yang kerap saya terima.

Kursus Kecergasan 2024Soalan: Adakah pemilihan makanan penting dalam diet rendah kalori untuk menurunkan berat badan? Bagaimana jika makan makanan berlemak tetapi masih rendah kalori?

ZK: Berat badan masih boleh turun jika buat diet rendah kalori daripada pemilihan makanan yang berminyak. Sebagai contoh, seseorang dengan keperluan 2000 kalori, dan dia makan 2 snack plate KFC sehari dengan anggaran kalori sekitar 1500 kalori. Bermakna di situ ada pengurangan kalori. Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa terdapat 3 makro nutrien iaitu karbohidrat, protein dan juga lemak.

Saya pernah bincang sebelum ini, karbohidrat sebagai sumber tenaga pertama. Protein boleh ditukarkan ke karbohidrat. Begitu juga lemak boleh digunakan sebagai tenaga. Tetapi karbohidrat tidak bertukar kepada protein. Membentuk otot perlukan protein. Secara ringkasnya, protein adalah ‘makanan otot’. Ia diperlukan jika anda ingin meningkatkan peratusan otot. Otot meningkat bermakna kadar metabolisme meningkat. Begitu juga minyak. Minyak tidak bertukar kepada protein. Jadi berbalik kepada persoalan, anda ingin semata-mata turunkan berat atau memiliki badan cantik dan kesihatan yang baik?

Jika hanya menyasarkan turunkan berat badan, elok lagi melayan amphetamines, ais dan sebagainya. Ia boleh menjadikan anda hiper aktif dan menari berjam-jam tanpa rasa lapar. Adakah ia sihat? Konsep turunkan berat badan mudah, kalori masuk kurang daripada kalori keluar. Dengan ‘hanya’ menggunakan pendekatan itu tanpa diet yang seimbang, badan kita akan cepat ‘bosan’ merasa lapar dan akan kembali tambah berat badan jika kembali ke diet yang biasa. Ini biasanya disebabkan, peratusan lemak yang tinggi berbanding otot, kadar metabolisme merosot.

Soalan: Apakah makanan tambahan yang diperlukan untuk besarkan badan? atau untuk kecilkan badan? weight gainer atau whey?

ZK: Berbalik kepada badan anda. Berapa berat, berapa sasaran kalori? Sebagai contoh, jika anda ingin besarkan badan, dan berdasarkan kiraan perlukan 200g protein. Jika daripada sumber semulajadi boleh dapatkan 120g protein. Jadi anda perlukan lagi 80g yang boleh didapati daripada makanan tambahan. Secara purata 1 hidangan weight gainer boleh dapat sekitar 50g protein. Secara purata juga, 1 weight gainer yang besar hanya ada 16 hidangan. Jika anda ambil dengan ‘berjimat’, 1 kotak untuk sebulan atau berbulan-bulan, lupakanlah. Tak perlulah buang duit. Bertahun ambil weight gainer pun belum tentu badan naik.

Nak besarkan badan, jika mampu ambillah weight gainer. Sebulan mungkin perlu berkotak-kotak. Jika tidak pun, cukupkan daripada sumber makanan semulajadi. Bolehlah juga berjimat. Senario yang paling teruk, jika tidak mampu menggunakan weight gainer, pakailah protein whey. Hidangannya lebih tinggi, sekitar 80 hidangan. Tingkatkan kalori daripada makanan semulajadi. Cukupkan karbohidrat daripada sumber semulajadi seperti kentang, nasi dan sebagainya.

Begitu juga jika ingin mengecilkan badan. Berbalik kepada berat badan anda dan sasaran kalori. Protein whey paling jimat. Ada orang yang menyalahkan jurujual apabila dah ambil berkotak-kotak weight gainer tapi berat tak naik-naik. Bila tanya macam mana dia minum produk itu? 1 sudu bancuh milo sehari jawapnya.

Soalan: Bolehkah tambah berat badan dengan hanya mengambil makanan tambahan weight gainer tanpa senaman?

ZK: Boleh. Akan tetapi disebabkan badan tidak perlukan kalori tambahan, jadi beban yang tambah adalah di perut. Kalori berlebihan disimpan dalam bentuk lemak.

Bersambung…

Lihat juga Entri

Pelan Pemakanan
Diet Sihat

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

27 thoughts on “Persoalan Diet 1

  1. respect!!! the best article ever
    dato ad keja kosong x kat fire gym rawang sy nk keja sementara dlm 3 bulan…

  2. as salam dato,
    whey protein ada brapa jenis,
    gold standard 100% whey protein dgn gold standard natural 100% whey protein apa bezanya?

    1. kalau optimum nutrition mmg ada 2. gold standard biasa dan natural. natural dikatakan tiada perisa tambahan.

  3. terbaik! waiting for continue entri….

  4. hahah scoop whey tertanam dlm powder, so x jumpa dia gna spoon jek, satu sudu buh gula buh air panas lagi hahaha mcm milo katakan

  5. hahah scoop whey tertanam dlm powder, so x jumpa dia gna spoon jek, satu sudu buh gula buh air panas lagi hahaha mcm milo katakan

  6. Salam Dato’

    selalunya proses buat saiz ni minima bape lama?
    adakah selepas setahun bole buat cutting n then maintain badan.
    atau pun ada period tertentu.

    1. bergantung pada size yg disasarkan. tp seeloknya ada cycle. contoh sizing 6 bulan, cutting 6 bulan. atau setiap 3 bulan. atau bergantung pada program yg dibuat. elok utk xnak bg bdn adapt

  7. adik comel says:

    salam dato,
    nk mintak kepastian,betul ke minyak zaitun xelok dipanaskan@digunakan untuk memasak?
    contoh sy slalu masak telur scramble pkai minyak zaitun,
    masak ayam/daging,coating fry pan pkai minyak zaitun sikit,
    sbb ada org bgtau xelok klau panaskan@guna utk masak,sbb apa,dah lupa la plak,klau bleh bg fact atau sumber mna2,sbb cr google takat ni xjmpa lg la..
    tq

  8. tq dato’
    letih pulak tgk bdn nie. buat size dgn perut skali naik.
    tu yg target nk cut utk dptkn 6 packs. skrg perut da leper cuma tk nmpak lg 6 packs.
    target bdn cm potongan pantai jer.. hehe..

    1. cuma adjust intake carbo kalau perlu, bila rasa perut naik. kalau buat size mkn merapu, mmg pluang naik tu tinggi la

  9. dato, sy amek muscle juice. sukatan asal 4 scoop. kalo ikut nnt rase manis. so tuk elak rase manis. air pon kena taruk byk. kembung perot nk minum tuh. mcam mane?

    1. sama je kandungan gulanya walaupun air lebih. cuma rasa jd tawar.

      1. owhh betol jugak. so x bahaya ke ikut? potong kaki pulak nnt amek byk2.

  10. kenapa org yg berhenti sukan/work out tiba2…kebanyakkannya badan mereka akan gemuk??adakah thap metabolisme dlm tubuhnya meningkat?

    1. bukan meningkat, tp merosot. otot drop=metabolisme drop. jd pemakanannya ketika aktif tidak sama dgn masa x aktif. bdn akan simpan lebihan kalori yg diambil

  11. Salam.. Dato, sy dh stop 6 bln tpi bru 3 mggu lps start workout smla.. perut dh besar gila rasanya, bole tolng bagi diet prgrm yg btl utk sy ikut dn prktikkn.. utk mklmn dato, berat sy skrg 78-80kg, tggi 163..

    Trima Kasih bbyk..

    ni email add sy.. syahlyn@gmail.com

  12. nurul hadawiyah binti abdul rashid says:

    ok…your entry so good..than i want to ask i’m a active women and now on diet since 3 years ago than i practice less in calories and burn out kalories…example my BMR is 1511.9 and my DCR 2078.86 and daily i just take calories <<500 calories and my exercise is aerobik 3 times(1hour) per week plus i take supplement herbalife product
    please advice for my diet at my email
    nurul_hada87@yahoo.com.my

  13. salam.dato,bagaimana nak kira keperluan kalori seharian?berat saya 60 kg.Tq

  14. salam dato..macamana sy nk tau kiraan protein yg diperlukan??berat sy 70.9kg dan tinggi 175..

Leave a Reply to muscular-girl Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: