Porsi Makanan Ikut Tapak Tangan

Kuantiti makanan kita makan adalah satu perkara yang sangat perlu kepada penelitian. Hasil yang kita mahukan bergantung pada cara kita makan. Adakah kita perlu makan sedikit, ataupun dalam kuantiti besar? Bagaimana hendak kurus kalau makan berlebihan, bagaimana pula hendak besar kalau tidak cukup makan?

Aiman Radzi - Porsi Makanan Ikut Tapak Tangan

Secara umumnya, berat badan kita dikawal dengan konsep mudah, iaitu melalui pengimbangan tenaga (thermodynamics). Maksudnya, kalori rendah daripada BMR, maka anda akan turun berat. Begitu juga sebaliknya. Mudah sahaja, sebenarnya!

Masalahnya, kerja-kerja mengira kalori ini adalah leceh jika tidak biasa, ataupun tiada masa. Ya, akan ada yang berkata; “Nak berjaya, mana boleh bagi alasan!”. Betul, tapi ini adalah masalah realiti, kerana bukan semua orang mampu melakukan kiraan kalori tepat setiap makanan. Melainkan anda memang atlit bina badan dan perlu teliti perkara sebegini, individu biasa yang hanya ingin mengawal berat badan dan kekal sihat mungkin akan bertambah demotivated apabila gagal memenuhi tatatertib mengira kalori.

Memang pada hakikatnya, pengiraan kalori adalah penting untuk mengawal berat badan, tetapi bukan semua orang berjaya melakukannya. Walaupun begitu, kita masih boleh mencapai sasaran sihat melalui skill anggaran porsi makanan yang betul. Lebih mudah menganggar daripada menimbang.

Kursus Kecergasan 2024

Bolehkah Kita Menganggar-anggar Sahaja?

Siapa kata tidak boleh? Cara ini, jika dilakukan dengan betul, lebih mesra-jiwa sebab anda tidak akan terbeban dengan kiraan-kiraan kompleks. Cukuplah kita terbeban dengan masalah kehidupan seharian, mana mungkin untuk menjadi sihat pun membebankan kita?

Sebelum itu, anda harus rujuk dahulu entri sebelum ini, iaitu Betulkah Anda Kawal Makan? yang anda menceritakan kajian oleh Dr. John Berardi akan skill anggaran porsi makanan yang lemah.

Teknik Mudah Ukur Porsi

Mujurlah Tuhan menganugerahkan anggota kita yang sangat berguna. Sebab itu kita kena hargai pemberian Tuhan, dengan menjaganya (anggota dan kesihatan badan) dengan baik! Anda tidak perlukan kalkulator untuk mengira kalori, kerana anda ada tapak tangan yang sangat mudah untuk digunakan.

Lanjutan daripada kajian oleh Dr. John Berardi, beliau memberikan panduan bagaimana anda boleh gunakan tapak tangan anda (dan kiraan sehingga “dua”) mampu menjimatkan masa serta memudahkan kerja mengawal berat badan. Diet adalah sangat mudah jika anda bijak dan berilmu.

Setiap bahagian tapak tangan akan mewakili komponen-komponen tertentu:

  1. Tapak tangan mewakili jumlah protein.
  2. Saiz penumbuk mewakili jumlah sayur-sayuran.
  3. Tangan cupped (macam berdoa) mewakili jumlah karbohidrat.
  4. Ibu jari mewakili lemak.

Porsi ProteinPorsi SayuranPorsi KarbohidratPorsi Lemak

Disebabkan setiap orang akan mempunyai saiz tangan berbeza-beza, ia lebih sesuai digunakan oleh setiap individu kerana teknik-teknik pemakanan yang diajar dalam internet bukanlah sesuai untuk diaplikasikan kepada semua orang. Setiap individu memiliki badan yang berbeza. Cara ini lebih memudahkan anda untuk faham jumlah makanan yang DIRI ANDA patut ambil.

Rujukan:

  1. Berardi J., 2016, Hand Portioning for Each Food Group, IDEA Health & Fitness Association, [accessed online] http://www.ideafit.com/fitness-library/hand-portioning-for-each-food-group [ accessed on 3 February 2017]
Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: