Produk Makanan Tambahan Tiruan

Saya terbaca satu cerita tentang makanan tambahan bina badan tiruan di pasaran. FDA memberi amaran kepada pengguna tentang produk makanan tambahan bina badan tiruan yang terdapat di pasaran sekarang. Produk-produk tersebut mungkin boleh mencetuskan kesan-kesan yang tidak diingini atau mungkin tidak memberi kesan yang dikehendaki.

Kursus Kecergasan 2024
FDA mengesan terdapat produk yang menggunakan label tidak betul dan terdapat juga yang meniru serupa dengan yang sebenar, dengan hologram, nama yang serupa. Penemuan FDA mendapati hampir 300 produk-produk palsu yang digunakan dalam bina badan, menurunkan berat badan dan peningkatan seksual. Produk-produk ini memaparkan kelulusan FDA yang palsu.

Jika minta saya ulas tentang produk mana benar dan tiruan, saya tak dapat nak ulas kerana bukan dalam bidang saya, cuma saya ada sedikit garis panduan bagaimana ingin membeli. Pertama sekali, periksa pendaftaran perniagaannya, saya lihat terlalu ramai yang menjual sekarang dan sebahagian mendaftarkan perniagaan. Ada kemungkinan mereka yang tidak berani mendaftar kerana menjual produk tiruan. Mungkin terkecuali pada yang buat dropship tetapi bagaimana yang menjual secara meluas? Daftar perniagaan tak mahal, rm60 sahaja tetapi kenapa ada yang tidak mendaftar. Amat dicurigai.

Ada juga yang letak pelbagai claim. Ada yang kata produk mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Tapi bila saya lihat balik dalam senarai produk, ada pelbagai jenis fat burner. Ada ke pembakar lemak yang dapat kelulusan. Dulu mungkin ada, Hydroxycut yang biasa, botol putih. Selepas kes seorang mati menggunakannya, saya tak pasti, masih ada ke kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia itu? Bagaimana dengan produk yang lain? Mungkin ramai tak tahu, majoriti fat burner tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika tak percaya, cuba cari di kedai makanan tambahan di Malaysia seperti GNC, ada ke dijual di sana?

Antara Sumber:

http://www.bodybuildingnewsarticles.com/bodybuilding-news/fda-warns-consumers-against-fake-supplements.html

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

24 thoughts on “Produk Makanan Tambahan Tiruan

  1. xleh caye sgt supplement skng ni . . baek stay natural .

  2. gnc hydroxycut tak ada.produk lin ada.kalau tak silap yg dulu tu mengandungi ephedra. banyak yang suka sebab hasil yang cepat. sekarang dah tak ada. sejak tak dibenarkan ,banyak company yang nak cipta bahan yang setanding dengan ephedrine. dulu nak ambil sebab goal nak 6 ketul.Hydroxycut yg baru ni pun sy tak berani nak pakai.encik Zaki apa ya fat burn yg bagus tuk fasa memotong nanti?

    1. dulu yg hydroxycut lama tu ada di gnc. n ada cop KKM. yg putih tu xde ephedra. lepas tu ada 1 kes, kegagalan jantung. kena check balik bila tu. x igt dah.

      1. nasib baik tak ambik.

  3. fat burner yg bagus…
    latihan High Intensity Interval Training. klau betul2 buat, beberapa jam slps tu pn badan masih bakar lemak. 😛

      1. High Intensity Interval Training ni boleh di praktikkan dalam buat muscle juga ke? atau cuma utk burn calorie/ slimming?

        1. boleh guna utk bina otot, tp saya x biasa galakkan disebabkan ada byk pilihan lain yg lebih baik, kecuali dlm certain kes. atau2 kes yg memerlukan perubahan dlm latihan.

    1. hiit lepas weight dh tak larat. tuk hari cardio ja .

  4. tu la sekarng bynk btl kes tipu menipu ni… hingga kn nk beli produk kesihatan mcm suplyment ni pn kne hati2… hmmm susah la msyarakat kite nk sihat….

  5. Maknanya dato.produk kt gnc je la yg kira btl mndpt kelulusan fda

    1. bukan ckp kat gnc sahaja. cuma contoh. kedai2 begitu tidak boleh jual produk yg x dpt kebenaran kkm.

      1. hydroxycut yg djual kat gnc tu boleh beli tak, produk dri m*****tech tu?

  6. ada jual lagi kt gnc tu….(hydroxycut)

  7. Saya nk tny, betul ke kalau ambil protein supplement ni kn amik pil/supplement lain utk protect hati kite? maksud lain, protein supplement akan bagi bad effect kat liver system kita, camtu?

  8. saya mula2 xpcye gk dgn fat buner i tapi lepas pakai oxyelitepro sebulan dh nmpk kesan..cuma mkn 1 pil sehari dlm 2 minggu hilang 5kg..tu pn work out biase2 je..cardio pn jarang…sebelum ni ari2 jgging pn pyh nk turun…bende boleh pkai tpi jgn berlebihan sje.

    1. baru bli fat burner hydroxycut drinks mix..kat gnc..dibtau oleh promoter tu ..katenye herbs…ok ke x???yg penting produk ni halal ke x??mohon pencerahan..

      1. ia bukan herb. ia campuran skali dgn chemical. halal dicurigakan. yg pil menggunakan gelatin babi, yg serbuk tak tahu.

  9. faiz farhan says:

    sy guna hard mass gainer…pengguna product ni ada pernah berlaku apa2 kes kesihatan x?

    1. setakat yang saya tahu, x pernah nampak lg. taktahu yg x nampak.

  10. sekarang saya pakai nitro tech…tp takutlah sama ada nitro tech ni tiruan ke ori…ramai cakap kalau nak puas hati(tanpa curiga) beli d kedai gnc..”harge mahal sikit tp puas hati”…mohon pnjelasan dato…plezz

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: