Program ZK: Rahsia Membentuk Badan

Semua dijemput sertai Program ZK Rahsia Membentuk Badan. Program ini hasil usahasama ZK Team dan Fit Junkies Club. Program ini diperkenal atas permintaan ramai. Program sebelum ini hanya menyasarkan kumpulan sasaran tertentu dengan bayaran rm2600 untuk 2 hari yang mana kebanyakan peserta ditaja oleh syarikat masing-masing.

Kursus Kecergasan 2024Program ini boleh dikatakan program asas. Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Program ini membariskan beberapa penceramah termasuk saya sendiri, Dr C.P. Lee, Dato Zam, Isa, Roslan Md Sani dan beberapa lagi yang akan disusun mengikut kelapangan masing-masing.

Beberapa Tarikh dan Lokasi

10 Jun Pelangi Damansara
24 Jun Pelangi Damansara
7 Julai Banda Acheh
15 Julai Larkin, JB

Tempat-tempat lain?

Jika anda berminat menjadi penganjur dengan menyediakan tempat dan peralatan, boleh hubungi ZK Team atau Buff di talian +6012 7707 360 atau email ZK jaytiraa@yahoo.com

Tentatif Program

07.30 – 09.00 Pendaftaran
09.00 – 14.00 Sesi Ceramah dan Soal Jawap
14.00 Bersurai

Maklumat Lanjut Boleh Hubungi Buff di talian +6012 7707 360

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

33 thoughts on “Program ZK: Rahsia Membentuk Badan

  1. sy nk daftar untuk 24 jun… ada kosong g?? cmne nk daftar??

        1. maaf jika buff lambat reply. katanya hp ada masalah. dia akan reply segera.

  2. JUMPA KAT LARKIN 15 JULAI YEK….

  3. saya berminat untuk 24jun tu, macam mana nak daftar??

      1. ok dah msg no tu… harap ada tempat untuk 2 orang… berminat nak tahu lebih pasal bina badan…

  4. salam dato,

    dekat penang xmau buat ke..

      1. ermm..mcm berminat je..klu nak dapatkan maklumat secara teperinci mcm mana dato..

          1. salam dato,
            sy dah email dan dapat harap maklumbalas dari dato.tq

  5. Maaf pada yg lambat dpt reply msg. Hp Buff bermasalah sikit dan dia cuba atasinya dan msg semua secepat mungkin.

  6. nak register untuk 24 jun tu.

  7. Siapa speakernye ye..

        1. aik, katanya dah reply semua. maaf. boleh msg ke Ayub 013-634 6355 atau di facebook, Nama Saya Ayub.

  8. Speaker comfirm, 10 Jun Dato Dr Zam, 24 Jun Dr. C.P. Lee. 10 lagi kekosongan untuk 24 Jun.

  9. Ada perancangan nak buat program ni di bahagian utara tak Dato’?

    1. di Ipoh 1 September 2012. Di utara lagi, kena tunggu ada penganjur.

  10. Akum dato’, kt ipoh ada kosong lg ke?

Leave a Reply to EJAN Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: