Pulih Strok Jadi Orang Kuat Malaysia Aug05

Kongsi

Pulih Strok Jadi Orang Kuat Malaysia

Tipulah jika saya kata saya tak pernah cedera sepanjang 19 tahun dalam industri kecergasan ini bermula tahun 2000. Saya pernah kena slip disc, saya pernah cedera bahu dan sebagainya. Kecederaan paling teruk saya pernah kena adalah strok. Ya, saya bekas pesakit strok separuh badan, belah kanan dan kini mungkin stroke survival paling kuat di dunia.

Ianya bermula pada tahun 2012, boleh kata atas kesilapan sendiri juga. Saya terlalu kemaruk nak besarkan badan. Saya telah mengambil 1 produk membesarkan badan sebanyak 4 kotak sebulan. Produk ini kalori tinggi juga tinggi laktosa. Saya ada masalah alergi dengan laktosa. Jika ada ambil produk susu besarkan badan dan mula cirit birit, ada kemungkinan alah pada laktosa. Jangan biarkan macam saya.

Saya biarkan sehingga lama kelamaan, usus mula menghakis. Saya mula alami pendarahan teruk. Berak keluar darah. Saya disahkan kena Inflammatory Bowel Disease. Pada mulanya saya sangkakan buasir dan makan ubat buasir. Lama kelamaan semakin teruk. Berat daripada 118kg turun ke 78kg dalam masa sekitar 3 bulan. 2 bulan saya di hospital kerajaan jadi bahan eksperimen disebabkan mereka suspek segala sesuatu termasuk HIV dan sebagainya.

Ada kemungkinan juga saya tak keluar disebabkan misi di sana cantik. Terima kasih misi yang menjaga saya. Akhirnya saya ke Hospital Pusrawi dan dirawat. Alhamdullilah, dalam masa seminggu pendarahan berhenti dan dibenarkan pulang.Kursus Kecergasan 2018

Saya keluar hospital berseorangan ketika itu. Disebabkan tiada kerja, saya ambil keputusan untuk tengok wayang di Times Square. Ketika tengok wayang terasa persekitaran berpusing. Pada mulanya saya sangkakan tak cukup gula. Akhirnya saya tumbang di tepi itu.

Apa yang saya ingat, terasa masuk ambulan, kemudian koma. Saya dimaklumkan koma selama 7 jam apabila berjaga di hospital. Ketika tumbang, handphone saya dicuri. Inilah Malaysia, ada juga nak ambil kesempatan ketika itu.

Saya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan disahkan strok separuh badan. Terasa gelap masa depan ketika itu. Saya minta dibawa kembali ke Hospital Pusrawi ketika itu.

Setiap strok berbeza. Saya kena disebabkan platelet darah terlalu tinggi ketika itu. Darah beku dan alhamdullilah diselamatkan awal.

Apa yang membezakan saya dengan pesakit lain adalah, saya dah mula bersenam daripada tahun 2000. Badan saya pulih berganda-ganda lebih cepat berbanding yang lain. Bersenam bukan jaminan tidak sakit, tapi banyak kebaikkannya. Banyak sebenarnya nak diceritakan, bagaimana saya pulih dan kini menjadi antara atlet terkuat di Malaysia dalam sukan Orang Kuat. InsyAllah jika berkesempatan, saya kongsikan dalam entri yang lain.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube