Pusat Pengurusan Badan

Kerani SC: Berapa banyak puan nak turunkan?
Pelanggan: Saya nak turunkan 20 kg.
Kerani SC: Berapa lama masih yang puan sasarkan?
Pelanggan: Dalam 2 bulan, saya ada dinner nanti.
Kerani SC: Sebenarnya kalau ikut program kita, kalau nak turunkan 20 kg perlukan 3 bulan. Tetapi jika puan hendakkan juga dalam masa 2 bulan, puan kena tambah extra RM 1000.
Pelanggan: Baiklah, berapa jumlah keseluruhannya?
Kerani SC: 1 kg RM 350, jadi RM 350 X 20 + RM 1000 = RM 8000. Puan boleh bayar duit pendahuluan dahulu. Boleh guna kad kredit atau tunai.Kursus Kecergasan 2024Setelah selesai proses pembayaran…

Kerani SC: Ok, di sini kita akan buat sesi 3 kali seminggu, ada wrapping, ada sauna, ada urutan kurus, ada terapi menggunakan mesin radiofrequency dan sebagainya. Puan tidak boleh makan apa-apa selepas jam 4 petang. Dalam sehari puan boleh makan makanan-makanan dalam senarai ini sahaja. Jika nak minum air pun, seteguk sahaja. Puan juga tidak boleh bersenam, nanti badan naik keras, susah nak turun.
Pelanggan: Wah, boleh ke saya hidup dengan cara begini?
Kerani SC: Jangan risau puan. Slimming Center kami adalah terbaik di Malaysia. Cuba puan tengok testimonial mereka yang dah berjaya. Cuba puan tengok duta kita. Anak dah 5 tetapi tetap maintain macam anak dara.
Pelanggan: Hmm…baiklah.

Selepas 2 bulan…

Kerani SC: Puan telah berjaya turunkan 20 kg mengikut sasaran puan.
Pelanggan: Terima kasih, boleh lah saya bergaya di dinner nanti.

2 bulan kemudian…

Pelanggan: Berat saya bertambah kembali, malahan lagi teruk. Lebih 40 kg.
Kerani SC: Puan sepatutnya kena maintain dalam program kami.

Begitulah serba sedikit gambaran di Pusat Pengurusan Badan atau Slimming Center. Semakin hari semakin banyak pusat pengurusan badan di Malaysia, bertambah bagaikan cendawan disebabkan permintaan tinggi. Semua nak ambil jalan mudah untuk menguruskan badan. Berapa ramai daripada kita yang sanggup bersenam, jaga makan, hidup dalam keadaan berdisiplin? Siapa yang sanggup menyakitkan badan?

Disebabkan lambakan mereka yang begini, yang mengganggap duit boleh membeli segalanya, yang malas dan nak pilih cara yang paling mudah maka wujudlah pelbagai jenis pusat pengurusan badan dengan pelbagai iklan menarik seperti;

‘Senaman tidak berkesan? Mari jumpa kami, kami boleh membantu’
‘Kenapa perlu menyeksa diri bersenam jika ada cara lagi mudah’

Malahan ada pusat pengurusan badan yang menawarkan pakej percubaan secara percuma dahulu. Pusat pengurusan badan akan kata ianya sangat susah nak turunkan berat dengan bersenam sahaja. Ini bukan berat lemak, ini berat air, berat angin dan sebagainya. Senaman tidak boleh membantu. Dengan meletakkan pakar yang tidak diketahui kelayakan apa, dengan pelbagai nama diberikan, ‘Pakar Kesihatan’,’Health and Wealthness Specialist‘, ‘Beautician Specialist‘ dan sebagainya untuk menunjukkan pusat pengurusan badan mereka diuruskan oleh pakar-pakar.

Kemudian meletakkan nama rawatan yang extravaganza menarik, seperti BLU-Slimming, UTR-Ultra-sonic, NIST-Demosonic, PL-Presor Lymphavision, OXY-Oxygen Lipolusis, Body Contoring Massager, Hot Wrapping, INS-Thermotherapy dan sebagainya. Maka ramai la tertarik jika dibandingkan dengan perkataan bench press, squat, deadlift, treadmill, yoga, senamrobik dan sebagainya.

Dey!!!. Saya nak mencarut kejap. Berapa lama anda ambil masa untuk gemuk? Adakah semalam anda kurus, lepas itu makan nasi 5 pinggan, bangun pagi esoknya terus gemuk? Adakah selama ini anda tidak perasan anda gemuk, tetiba hari ini baru perasaan, ‘eh, baju aku dah tak muat’. Adakah anda ambil masa 5 minit untuk gemuk dan disebabkan itu anda nak cari cara untuk kuruskan balik dalam masa 5 minit? Gila apa! Kebiasanya, manusia ini akan perasan diri mereka gemuk bila mana, baju lama dah mula sendat. Mereka akan perasaan mereka gemuk bila pasangan mereka menegur, ‘eh, awak dah tembam la’. Perempuan akan sedar mereka gemuk bila pasangan atau suami pasang lain, yang jauh lebih cantik. Mereka akan sedar bila nak ke majlis besar-besar, nak pakai baju kebaya tetapi tak muat. Bila mana kehidupan sangat selesa, apa yang mereka peduli?

Kenapa Jangan Pilih Pusat Pengurusan Badan?

1. Pusat pengurusan badan tidak melibatkan senaman walaupun mungkin ada sedikit pusat pengurusan badan yang cuba memasukkan elemen senaman. Seperti yang diketahui semua, senaman mempunyai banyak kelebihan seperti memperbaik 5 komponen kesihatan iaitu kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan, komposisi badan. Di pusat pengurusan badan, adakah anda dapat semua itu? Adakah jantung anda bertambah sihat?
2. Anda perlu mengikut cara diet yang diberi. Jika tidak berkesan, mereka akan salahkan anda sebab tidak mengikut cara mereka. Sedarlah cara diet yang baik sebenarnya adalah kerap makan yang mana boleh meningkatkan metabolisme badan, bukannya tidak makan selepas pukul 4. Bila kita tidak makan, metabolisme badan akan menurun dan akan berlaku catabolisme iaitu kehilangan otot. Bila berhenti, kemungkinan penambahan lagi banyak itu ada berikutan tahap metabolisme yang rendah.
3. Anda akan membelanjakan wang yang banyak. Walaupun mungkin anda mampu tapi jika wang itu digunakan ke arah yang lebih baik kan lagi elok.
4. Yuran keahlian di gymnasium lebih murah dan jika mengupah seorang jurulatih peribadi pun lagi berbaloi daripada ke pusat menguruskan badan. Dalam masa sama boleh membina kehidupan sosial yang baik di gym.
5. Senaman adalah satu pencegahan kepada penyakit-penyakit merbahaya dan kearah kehidupan yang lebih baik. Sihat fizikal, psikologi, rohani.

Apa Yang Perlu Dibuat?

Seperti yang saya selalu beritahu. 3 asas. Bersenam, pemakanan yang baik dan rehat yang cukup. Jangan cari jalan mudah atau short cut. Bersama ke arah hidup yang lebih sihat.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

30 thoughts on “Pusat Pengurusan Badan

  1. Zaki Khan says:

    sejak akhir2 ni dah mcm2 isu pasal slimming center keluar di paper. byk minta claim balik dll. bdn naik. dan byk isu x kluar paper, kena tipu dan sebagainya. apa komen anda?

  2. nurul_fatihah says:

    byk sgt duit dorang tu.tak tau nak buat apa

    1. duit tu bagi kat saya wat bayar yuran gym n untuk beli makanan seharian…lagi bagus…huhuhuuuhu

    2. Zaki Khan says:

      tu la. org dah byk duit.

  3. salam dato’..tumpang tanya..cmna kta nk apply utk dpatkn sijil trainer?dkt mn bleh kta mnx?hrp dato bleh mmbntu..sy brmnt nk apply..tq dato

    1. Zaki Khan says:

      buat masa ni, kat malaysia xde yg free. dulu ada, bawah nfc. kalau nak skrang. under NAFI antara yg terbaik. NAFI under malaysia, yg lain2 tu luar negara. tp quality tetap dijaga. bayaran utk personal trainer cost sekitar rm1200+ , terpulang kalau ada offer murah lg. bulan 5 ni ada intake utk special skill program in Manipulation course, stiff releave. jangka masa 6 minggu, kelas hujung minggu sahaja. bayaran rm6k. diiktiraf

      1. tq dato.1200+ kn ambl ikut wak2 ker?ke sma dgn byrn rm6k tu?kls hujung mnggu shaja?tq dato..br nk bljar2 ttg personal trainer nie..mmg zero habs..huhu

          1. tq dato’..br lpas abes workout..page nie mmg bnyk mmbntu sya=)

  4. joe_pkp88 says:

    Baik wat senaman secara sihat je, Buang duit je pi sna. Stamina pun takde nanti..aduiyaii..

    1. Zaki Khan says:

      semua nak short cut. xnak usaha

  5. aie rudyz says:

    supply n demand…bukan nak kutuk..tapi nak kritik.. kalau dah byk sgt org bodoh..ingat secara magic..tup tup badan boleh jadiq lawa..maka adalah yg sanggup supply… (lubuk duit katakan)…pastu yg best tu..macam gie pasar beli ikan laq..siap main ikut KILO…hehehehe….satu article yg menariq..n sesuai utk bacaan kaum hawa..khususnya..n org berduit umumnya…..

  6. Senaman is the best. Badan pun lebih sihat lebih kuat. Bila buat kerja2 rumah kira small matter. Nampak lebih muda. Lebih solid. Bila pegang2 suami pun lebih seronok. 😛 Baru la suami sayang dan xpandang yg ln.
    Slimming treatment ni short term je. Easy come easy go sister.
    Klau pegi gym bkn nak lama2 pn. 1 jam 3-4 kali sminggu kat gym dgn latihan & diet yg betul akan dapat hasil yg marvelous for short and long term. Klau lelaki cuci mata tgk gadis2 kat gym, cik adik dan puan2 pun blh2 cuci mata tgk brader2 yg tegap2. Hahahaha….
    Xperlu malu dan xperlu segan. Klau xtahu ape nak buat mesti ada ramai yg kat gym sudi membantu dan memberi tunjuk ajar. Kerana senaman utk lelaki dan perempuan tidak banyak beza seperti yg pernah diceritakan pada entri Perempuan VS Lelaki.
    Jom p gym. 😉

    1. dah jenuh bercerita pasal benda sama ni. tp kena slalu gak cerita

  7. maknanya kesedaran rakyat malaysia utk jaga kesihatan mel senaman dan diet sihat belum sampai sepenuhnya kpd semua org.mgkin sebilangan kecik..penat le kerajaan nak kempen..jom kita berkempen sama2

    1. tanggungjawab kita semua. x boleh nak letak kat kerajaaan je. 😀

  8. salam dato’..saya nak tnye kalo orang 2 makan weightgainer tp tidak exercise ade effect x??

    1. kena igt weight gainer=kalori tinggi. jika kalori berlebihan tidak digunakan, akan tukar jd lemak. jd igt amik weight gainer sahaja, tgn yg jd besar. tp perut sbenarnya yg akan naik.

      1. oow..yeke..kalo macam lepas kite workout dah minum protein powder(weight gainer)..n then sblom tdo 2 kte mnum lagi..adakah akn btukar jadi lemak??

        1. kalau workout lain crita. sbb digunakan. jd bdn memerlukan protein n carb tambahan

          1. ok..thanx a lot dato’ zaki for info..

  9. baik dorang bayar sedikit Yuran untuk masuk GYM dah upah trainer sebagai guideline.. dan duit yg banyak lebih tu boleh buat rambut cantik2. beli make up2 yg sedikit mahal dan beli baju cantik2 dan seksi utk suami atau boyfren diorang … suami atau boyfren pun puas hati 🙂 hehe

    1. kalau dah malas ni susah sikit. kalau boleh sambil tido sambil kurus. 😀

  10. berkali gagal says:

    aslkm…dato…penin la banyak sgt nak baca…entri dato semua best2…mintak tlg bagi guideline sikit ya dato…saya nak turun kan berat…skrg 105kg tinggi 162cm…nak kasi turun sampai 70kg…mintak tips sikit dato

    1. cara nak kita kalori eg. satu senduk nasi berapa kalori?…ayam seketul berapa kalori…atau dia mmg ada schedule dia?

    2. saya perlu makan protein tak lepas w/o?

    3.supplement yg perlu…

    tq dato…

  11. macam2 pusat pengurusan badan tawarkan…ada yang offer buat rawatan percuma..tapi last2 kna bayar ribu riban jugak…penyangak btul lah diaorangni….kalau ada duit…bagus beli treadmill atau dumbbell..

  12. Salm dato’ blh bg tips skit x bagaimna nk uruskn stu prniagaan gym….

Leave a Reply to ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: