Realiti Orang Susah Bina Saiz Jun09

Kongsi

Realiti Orang Susah Bina Saiz

Aiman Radzi - Realiti Orang Susah Bina Saiz

Apalah yang buat anda susah sangat untuk naik berat badan dan bina saiz otot bagi besar macam abang-abang sado ataupun otai-otai di gym? Makan banyak dah, latih berat pun dah, apa lagi yang tidak kena? Kalau masih tak jadi, percayalah, mesti ada benda yang tak kena punya!

Ada banyak punca yan gboleh jadi kepada kesusahan anda untuk bina saiz otot. Yang anda rasa susah baik dipesoh seperti latihan dan pemakanan, rupanya masih belum cukup baik lagi. Mungkin latihan tiada masalah lagi kerana latihan jatuh pada tempat kedua. Apa-apa pun yang anda mahukan pada transformasi bentuk badan, tempat pertama jatuh kepada pemakanan.

Kursus Kecergasan 2017

Kenapa Dengan Pemakanan Saya?

Saya cuba ulang semula masalah yang dihadapi orang susah untuk bina saiz. Mereka kata sudah makan banyak, bukan? Tapi, hairan, kenapa masih belum naik berat badan? Mudah sahaja jawapannya. Suka ataupun tidak, setuju ataupun tidak, jawapannya akan berbalik kepada pemakanan anda, iaitu anda masih belum cukup makan!

Tidak kiralah apa sahaja jawapan anda bagi, makan sudah banyak, tak boleh sumbat lagi makanan dalam mulut, tak tahu nak makan apa, ini semua hanyalah halangan anda untuk mencapai matlamat sizing tersebut. Kalau anda nak besar, anda kena makan.

Tengok Otai-otai

Orang yang ingat mereka dah besar dan kuat menyangka mereka sudah makan banyak. Tetapi, apabila dibandingkan dengan orang yang sudah memiliki badan besar, perbezaan cara makan mereka sangat ketara. Orang kurus yang kata makan banyak, mungkin hanya makan banyak untuk sekali makan dalam sehari, sedangkan mereka perlu makan banyak untuk banyak kali.

Baiklah, mungkin bukan semua orang boleh makan banyak untuk 5-6 kali sehari, tapi saya yakin anda boleh cuba untuk makan 5-6 kali sehari, tidak kira sebesar mana porsi pemakanan anda. Latih untuk kerap makan adalah langkah pertama untuk membina saiz (dan untuk membakar lemak sebenarnya). Sama juga dengan orang nak kurus, dan ingat mereka sudah makan kurang. Tapi, mereka tak cerita pergi makan luar dengan family, chicken chop, shellout, air batu campur, dan lain-lain.

Jangan Salah Faham

Saya tak suruh anda makan seperti atlit professional, lagi-lagi macam atlit strongman. Sampai berbelas ribu kalori sehari! Mereka yang kurus dan susah untuk naik saiz, rata-rata cukup dengan konsisten mengambil 2500kcal dahulu (ini anggaran pukul rata). 2500kcal bukanlah sasaran yang sukar untuk dicapai. Kesalahan lain orang susah naik berat adalah tidak konsisten. 3 hari pertama boleh dapat 2500kcal, hari-hari berikutnya mula tak jaga makan. Sama sahaja nanti!

Saya Memang Susah Makan Banyak

Okay, kalau anda masih rasa susah nak makan banyak, gunakan beberapa tip ini untuk membantu anda:

  1. Minum protein setiap kali habis makan
  2. Tambahkan sesudu minyak zaitun dalam makanan ataupun protein anda
  3. Buat mass anda sendiri
  4. Kerap makan sandwich mentega kacang

Dahulu, saya juga selalu buat mass sendiri guna protein whey. Sekarang, saya tak buat lagi tapi saya tak nafikan keberkesanannya untuk menambah berat badan. Mungkin terlalu cepat sampai jadi gemuk, jadi anda kena berhati-hati. Antara resipi bagus untuk mass homemade adalah seperti:

  1. Secawan susu
  2. Sesudu mentega kacang
  3. Satu skop protein whey
  4. Sebiji pisang
  5. Segenggam kacang badam
  6. 2 keping biskut Oreo

Rasanya, menyengat! Kalau anda ada resepi mass tersendiri, jangan lupa kongsikan dalam ruangan komen. Tapi, paling penting sekali, tidak kira apa jenis resepi anda gunakan, anda perlu konsisten dengan pemakanan dan latihan untuk menampakkan hasil pembinaan otot.

Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube