Rectus Capitis Posterior Minor Jun04

Kongsi

Rectus Capitis Posterior Minor

Rectus capitis posterior minor? Pelik tajuk hari ini. Rectus capitis posterior minor adalah salah satu daripada otot subocipital yang bersambung di C1 atlas atau c2 axis di vertebrae atau tulang belakang. Tiga lagi adalah rectus capitis posterior major, obliguus capitis superior dan obliguus capitis interior. 3 bersambung secara terus, manakala obliguus capitis inferior bersambung dengan dasar occiput.

Chapter 438-Otot-leher-sakit-kepala

Kenapa perlu tahu mengenai otot kecil ini? Otot kecil ini memainkan peranan dalam mengawal kebanyakan pergerakan dan penstabilan di kepala. Rectus capitis posterior minor penting dalam menstabilkan kedudukan kepala dan tulang belakang serviks atau cervical spine. Pengecutan otot ini boleh menganggu keseimbangan badan. Kebanyakan kes melibatkan kesakitan di leher yang kronik disebabkan pengecutan rectus capitis posterior minor, menunjukkan mereka hilang keseimbangan badan. Mereka yang berterusan dengan masalah ini mungkin juga mencetuskan masalah di bahagian pinggang. Tahukah anda kebanyakan masalah migrain dan sakit kepala juga disebabkan rectus capitis posterior minor yang memendek?

Kursus Kecergasan 2017Bagaimana masalah ini terbentuk? Masalah ini menjadi masalah biasa dalam masyarakat moden kini disebabkan tabiat atau gaya hidup mengadap komputer dalam satu jangka masa yang lama. Majoriti daripada mereka yang kerja dengan komputer biasanya berdepan masalah yang dipanggil forward head syndrom. Mereka ini membentuk kyphosis yang besar di bahagian atas belakang atau thoracic spine. Mereka dengan postur begitu akan hadir dengan masalah lemah otot capitis, longus coli, rhomboid, serratus anterior, pectoral, trapezius dan levator scapula.

Dalam bahasa mudah, apabila badan membongkok, otot suboccipital di leher akan mengubah strukturnya supaya kita boleh melibat ke hadapan. Jika badan membongkok dan diukuti dengan leher, secara logiknya kita akan lihat ke bawah. Apabila otot suboccipital memendek, leher akan kembali dan mata melihat ke hadapan. Kedudukan begini untuk satu jangka masa panjang mencetus 1 bentuk sakit kepala. Ada pendapat mengatakan bahawa 99% masalah tekanan berpunca daripada struktor badan yang berubah.

Cuba lihat postur badan ketika bekerja di hadapan komputer. Main facebook 24 jam.

Cuba lihat postur badan ketika bekerja di hadapan komputer. Main facebook 24 jam.

Bagaimana mengelakkan daripada terjadi situasi ini? Duduk dengan postur yang betul ketika menggunakan komputer. Bersenam secara teratur dan sistematik dengan tidak mengabaikan otot-otot tertentu dan tidak melebihkan sesuatu bahagian badan. Sebagai contoh, kebanyakan lelaki suka membesarkan otot dada secara berlebihan. Mungkin kerana mereka malu dengan perempuan dan inginkan dada mereka lebih besar. Senaman berlebihan otot dada dan tidak diseimbangkan akan menyebabkan postur badan berubah yang mana seterusnya akan menyebabkan masalah forward head menjadi-jadi jika sedia ada.

Bagaimana membetulkannya dan seterusnya lari daripada masalah yang membelenggu anda sekian lama seperti migrain atau sakit kepala setiap hari? Anda tidak perlu telan panadol atau ubat tahan sakit setiap hari. Jumpalah pakar terapi yang boleh bantu betulkan alignment badan anda kembali. Jangan ingat kereta sahaja ada alignment dan perlu dibetulkan, badan pun ada.

Paten sakit kepala disebabkan masalah sturktur badan.

Paten sakit kepala disebabkan masalah sturktur badan.

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube