Rehat Aktif Selepas Latihan Berat Jun04

Kongsi

Rehat Aktif Selepas Latihan Berat

Saya selalu suruh anda berlatih dengan intensiti tinggi, dan kalau boleh dengan isipadu latihan yang tinggi juga. Maksudnya, kalau anda boleh gunakan berat yang tinggi sambil buat banyak rep, itu yang terbaik! Tapi, kalau anda buat begini, sudah pasti badan anda juga kepenatan. Sebenarnya, latihan berat tidak patut menjadikan badan anda “mati” dan tidak bersedia untuk menghadapi sesi latihan seterusnya.

Aiman Radzi - Rehat Aktif Selepas Latihan Berat

Kalau anda tidak mendapatkan cukup rehat, anda sebenrnya tidak mendapat manfaat latihan. Semua jenis senaman yang anda buat, manfaatnya datang semasa anda rehat. Untuk jadi kuat, anda kena rehat. Untuk membina otot, anda pelrukan rehat. Malah, untuk menghidupkan enjin pembakaran lemak, anda perlukan rehat. Sebab itu, rehat adalah komponen yang sangat penting dalam latihan kecergasan!

Atlit professional, bukannya setiap hari mereka “membunuh” badan mereka dengan latihan-latihan berat. Susunan program latihan mereka sungguh rapi, untuk memastikan yang badan mereka sentiasa bersedia untuk menerima latihan berat yang berterusan. Pernah dengar tentang deload dan active rest? Ini adalah inisiatif-inisiatif untuk memulihkan badan sambil mengekalkan latihan.

Kursus Kecergasan 2017

Rehat Aktif

Untuk melakukan rehat aktif, ia harus terdiri daripada otot-otot yang anda telah latih pada sesi latihan sebelumnya. Sebagai contoh, kalau semalam anda latih dada dengan intensiti tinggi, maka hari rehat aktif anda turut akan melatih dada, cuma dengan intensiti yang rendah.

Cara ini, jika dilakukan dengan betul, akan membantu untuk mempercepatkan pemulihan otot-otot dengan mengembalikan fungsi pergerakan otot tersebut melalui peningkatan kadar peraliran darah dan juga mengurangkan kesan DOMS. Apabila anda rasa kurang sakit-sakit otot, maksudnya anda boleh latih dengan prestasi penuh pada sesi latihan berikutnya.

Latihan Rendah Intensiti

Gunakan sahaja senaman yang anda telah buat semalam. Kalau boleh, gunakan satu sahaja jenis senaman kompaun, dan gunakan beban yang ringan. Apa yang anda akan buat adalah hanay 10 rep untuk beberapa set sahaja. Cukup sekadar untuk memasukkan darah ke dalam kawasan otot tersebut. Ini akan memasukkan darah baru dan keluarkan asid-asid terkumpul dalam otot tersebut.

Hiking

Antara aktiviti termudah untuk melakukan active rest adalah mendaki bukit atau gunung. Ia adalah sejenis latihan rendah intensiti kerana kepelbagaian kecuraman tempat anda daki, menjadikan ia satu jenis latihan bagus untuk kaki.

Latihan Strongman

Anda tidak boleh katakan tidak atau mengecam pergerakan yang dilakukan atlit strongman! Ia adalah sejenis latihan untuk semua orang. Latihan strongman adalah sejenis latihan yang mnegenakan semua, ketahanan, kekuatan, dan pembinaan otot. Malah, anda nampak lebih “garang” apabila melakukan pergerakan strongman. Tetapi, untuk rehat aktif, anda perlu cuma guna beban yang sederhana sahaja. Tidak perlu menggunakan beban seberat seperti dalam pertandingan.

Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube