Rendahkan Lemak Badan Dengan Blueberry Jun02

Kongsi

Rendahkan Lemak Badan Dengan Blueberry

Aiman Radzi - Rendahkan Lemak Badan Dengan Blueberry

Blueberry adalah sejenis makanan yang sangat berkhasiat untuk kita, dan saya yakin ramai sudah tahu serta bersetuju dengan kenyataan tersebut. Kenapa blueberry (atau kebanyakan jenis berry yang lain) dikatakan begitu bagus? Kerana kandungan phytochemical yang tinggi, dikenali sebagai polyphenol. Bahan inilah yang menjadikan buahan berry seperti super food!

Ada banyak jenis berry, dan blueberry pula juga ada jenis antara yang biasa ataupun yang wild (datang daripada negara barat) di mana jenis ini mengandungi lebih banyak antioksida daripada blueberry yang biasa. Tetapi, tiada masalah untuk amalkan blueberry biasa kerana khasiatnya masih tinggi. Jadi, bagaimana anda boleh turunkan lemak dengan mengambil blueberry? Mari kita lihat beberapa kajian yang dilakukan dengan super food ini.

Kursus Kecergasan 2017

Blueberry Melawan Keradangan

Ramai mengakui kelebihan blueberry dalam melawan keradangan (inflammation) dan kondisi-kondisi metabolik yang lain, seperti tiada toleransi dengan glukosa, kurang sensitiviti terhadap insulin, dan lain-lain. Jadi, para saintis mula mencari kebaikan baru pengambilan blueberry. Antaranya, adakah pengambilannya akan membantu untuk mengurangkan pembentukan sel lemak dalam badan?

Kajian Yang Dijalankan

Empat kumpulan tikus telah “dilantik” untuk menjadi sebahagian daripada kajian ini, di mana tiga kumpulan tersebut diberikan sejumlah polyphenols yang berbeza-beza, manakala kumpulan keempat tidak diberikan sebarang bahan berkait dengan phytochemical tersebut.

Menariknya, kumpulan tikur yang mendapat bekalan polyphenols mengalami pengurang proses pembentukan sel adipocytes (lemak). Kumpulan yang mendapat bekalan tertinggi sangat jelas dengan kesan tersebut. Manakala, kumpulan keempat yang tidak menerima polyphenols tidak mengalami sebarang perubahan pada lemak badan mereka.

Cara Kita Aplikasikan

Sememangnya, lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk mengesahkan lagi pendapatan ini. Tetapi, tidak salah untuk anda amalkan pengambilan blueberry. Para pengkaji bersetuju, dua cawan blueberry sehari dapat memberikan banyak manfaat kesihatan kepada manusia. Jika anda tidak mampu cari blueberyr, apa-apa jenis berry boleh dijadikan pengganti.

Rujukan:

  1. Chris Shugart, Tip: Inhibit Fat Cells Formation With These Berries, T-Nation
Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook Twitter YouTube