Risiko Makan Minum Dalam Tin Dec05

Kongsi

Risiko Makan Minum Dalam Tin

Pelik orang kita, takde idea lain agaknya. Minum dalam tin. Jika ada sesiapa nak belanja saya pun, akan saya tolak kalau dalam tin sebegini. Sedangkan minuman dalam tin yang kemek pun tidak elok diminum, lagikan yang diguna pakai berulang kali sebegini.

Bukan nak menutup periuk nasi seseorang, tapi adakah peniaga ini tahu, apa yang ada dalam tin ini? Tin makanan atau minuman ada lapisan bagi menghalang karat namun jika terhakis, akan menyebabkan karat. Karat adalah zat besi yang teroksida dan sama sekali tidak selamat untuk diminum atau dimakan.

Lapisan ini mengandungi epoksi yang terdiri daripada Bisphenol A (BPA). Dah lama kita mengarah ke arah penggunaan plastik disebabkan nak elak risiko BPA. Makanan dan minuman dalam tin memang tidak digalakkan. BPA boleh menyebabkan kesan kepada sistem reproduktif dan gangguan hormon.

Selain ini, ia juga dikuatiri mempunyai kontaminasi dari bakteria clostridium botulinum yang menyebabkan tetanus. Bakteria ini tahan suhu dan biasa terdapat dalam tin makanan. Ia boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan yang memudaratkan jika terdedah kepadanya. Banyak lagi kemungkinan. Ia mungkin terdedah pada bakteria leptospira, kencing tikus dan sebagainya.Kursus Kecergasan 2018

Kandungan gula mungkin boleh dikawal dengan meminta hidangan disediakan kurang manis dan sebagainya, tapi bagaimana dengan keadaan tin dan kebersihan? Sebagai seorang peniaga, sekali pun ingin mengembangkan perniagaan, mohon dapatkan idea yang tidak menganiaya orang lain.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube