Hipertensi

Hipertensi atau tekanan darah tinggi seolah-olah sudah menjadi sakit biasa di kalangan kita semua. Jika dahulu, kita boleh dapati penyakit hipertensi hanya menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas tetapi kini umur 20-an pun ada, bahkan dah banyak kes melibatkan kanak-kanak.

Kursus Kecergasan 2024

Tekanan darah dinyatakan dalam dua nombor. Nombor yang lebih tinggi adalah tekanan darah sistolik, yang merupakan tekanan yang diberikan oleh darah terhadap dinding pembuluh darah ketika jantung kontrak atau dalam bahasa mudah ketika jantung bekerja mengempam ke seluruh badan. Nombor yang lebih rendah adalah tekanan darah diastolik yang merupakan tekanan baki yang ada di antara kontraksi jantung, atau ketika jantung berehat. Tekanan darah normal memberi aliran darah yang cukup ke organ vital termasuk otak, jantung, ginjal, usus, dan otot rangka.

Tekanan darah tinggi menjadi penyakit dan faktor risiko penyakit lain. Pada peringkat tertinggi, ada kemungkinan peningkatan kematian disebabkan strok, penyakit jantung, kegagalan ginjal dan lain-lain. Sebelum ini tekanan darah 120/80 mmHG dianggap normal, tetapi baru-baru ini, WHO telah menetapkan 112/72 mmHG sebagai normal dan 120/80 mmHG telah dijadikan sempadan kepada hipertensi tahap 1.

Banyak penyebab terjadinya hipertensi. Antaranya seperti kombinasi dari predisposisi genetik, faktor persekitaran seperti asupan natrium yang berlebihan atau dalam bahasa mudahnya pengambilan garam berlebihan, gaya hidup, tekanan dan sebagainya.

Tekanan darah tinggi boleh dikawal dengan cara bersenam dan menurunkan berat badan berlebihan, mengurangkan pengambilan garam dan alkohol. Kes-kes yang lebih serius dirawat dengan ubat-ubatan seperti diuretik, beta bloker, antagonis kalsium, angiotensin-converting enzyme inhibitor, alpha blocker dan sebatian yang mempengaruhi regulasi pusat di otak.

Kanak-kanak dan Hipertensi

Kanak-kanak yang berdepan dengan hipertensi adalah serius kerana ia meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan masalah perubatan yang lain di masa dewasa kelak. Komplikasi serius boleh dielakkan dengan memastikan anak mendapatkan pemerikasaan tekanan darah teratur dan mendapatkan rawatan dengan segera.

Jika tidak dirawat, hipertensi boleh mengakibatkan komplikasi jangka panjang seperti berikut:

– aterosklerosis, juga disebut arteriosclerosis
– penyakit caskular periferi
– serangan jantung
– strok atau angin akhmar
– pembesaran jantung dan kegagalan jantung
– kerosakan buah pinggang atau kegagalan buah pinggang
– retinopati atau buta

Ateroskerosis adalah pengerasan pembuluh darah. Dinding arteri mempunyai lapisan dan rangkaian elastik yang membuat mereka fleksibel dan mampu membesar dan menyempit sebagai aliran darah melalui mereka. Tekanan darah tinggi boleh membuat dinding arteri menebal dan mengeras. Kolesterol dan lemak lebih cenderung membina di dinding arteri yang rosak yang seterusnya menyebabkan arteri lagi sempit. Jika laluan menjadi sempat, kelajuan darah keluar menjadi sangat laju.

Hipertensi membuat jantung bekerja lebih keras utuk mengepam darah. Beban kerja tambahan boleh membuat otot jantung menebal dan meregang. Ketika jantung tidak dapat mengempan cukup darah, itu dinamakan kegagalan jantung.

Ginjal memadam sisa buangan badan dari darah. Jika hipertensi berlaku, sisa kurang ditapis daripada darah yang mana seterusnya akan menyebabkan kegagalan buah pinggang. Ketika itu dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan.

Faktor

Antara faktor dikenal pasti seperti

– kurangnya aktiviti fizikal
– diet tinggi lemak, garam dan gula
– keturunan
– berat badan rendah ketika lahir
– lelaki lebih berisiko
– bangsa
– keadaan bawaan seperti coarchtation dari aorta
– diabetis
– penyakit ginjal
– pengambilan alkohol berat
– penggunaan steroid anabolik

Simptom

Secara umumnya tiada gejala yang ketara. Gejala-gejala yang mungkin seperti

– lekas marah
– menangis berlebihan
– gagal menambah berat badan
– selalu demam
– kepala berpusing
– sakit kepala
– muntah
– jantung berdebar-debar

Rawatan
Tiada rawatan yang benar-benar dapat menghilangkan tekanan darah tinggi. Kebanyakan rawatan dapat mengawal dan menurunkan tekanan darah ke paras normal. Hipertensi secara umumnya perlu dirawat dengan perubahan gaya hidup, termasuk diet dan bersenam. Perubahan gaya hidup meliputi

– menurunkan berat badan
– bersenam secara teratur
– mengurangkan lemak, garam dan gula dalam diet
– menguruskan tekanan atau stres
– berhenti merokok dan mengurangkan pengambilan alkohol
– meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran
– mengurangkan pengambilan daging, makanan segera, makanan dalam tin, makanan beku dan sebagainya yang berkait dengan tekanan darah tinggi

Cara Bersenam

Cara bersenam bagi penghidap hipertensi tidak sama dengan orang biasa. Saya akan masuk topik cara bersenam untuk hipertensi dalam entri akan datang. Hari ini sebagai pengenalan kepada hipertensi.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

19 thoughts on “Hipertensi

  1. aie rudyz says:

    cara bersenam tu yg di nanti nantikan…thanx 4 de info…

    1. Zaki Khan says:

      ada yg komen entri saya kekadang terlalu panjang. jd saya pecah2kan sikit. :p

  2. Umie Umaira says:

    Entry yg sgt2 berguna… Xsabar gak nk nanti cre senaman untuk pesakit darah tinggi..

  3. hipertensi…
    walaupun aktif bersukan, dan mempunyai BMI yg sihat, aku pernah hampir capai tahap 2. sesuatu yg tidak membanggakan. setiap minggu kena p klinik check BP. ni semua gara2 diet yang tidak sihat. adei…
    selepas jaga pemakanan. 90% makan di rumah. (bukan pegi kedai, bungkus then makan kat rumah ye!) kurangkan garam, bahan perasa spt “pak aji” dan lemak dalam masakkan. Alhamdulillah. selepas beberapa bln tekanan darah kembali normal. aku bersyukur dapat tahu pada peringkat awal. jadi agak mudah mengatasinye.
    Dalam proses ini baru saya tahu banyak makanan yang sihat dan berkhasiat yang sedap2. dan sekarang saya mengira tahap kesihatan saya dengan body fat %. sebab bg saya BMI yg sihat tidak bermakna kita sihat.
    Jgn segan2 atau takut2 nak buat full blood screening dan health check. Pi je klinik kerajaan. Cuma bayar Rm1 je. Kita tahu tahap kesihatan kita. Lebih2 lagi mereka yg dah berumur 30thn ke atas. JOM!

    1. Zaki Khan says:

      hipertensi mmg mudah kena sbb pemakanan. sbb tu dlm mana2 diet atau training, pemakanan lebih ditekankan. bila makan jgn ikut sedap di mulut sahaja.

      1. adei…
        baik boss!
        sbb tu pepatah melayu ada mengatakan “sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa”

  4. as salam,112/72 mmHG apa yang mempengaruhi turun naik bacaan nombor yang di depan tu (112)?

      1. nombor yang di belakang tu disebabkan pengambilan garam betul tak dato?

        1. x secara direct. no belakang menunjukkan degupan jantung ketika rehat

  5. salam tuan, saya lelaki berumur 35 tahun. saya menggunakan auto BP monitor Omron hem-7111 bagi menguji tekanan darah. saya selalu dapati keputusan ujian ialah tekanan sistolik agak tinggi iaitu sekitar 150 tetapi tekanan diastolik pula agak rendah iaitu sekitar 60. kenapa bacaan sebegini boleh berlaku. tq very much tuan.

    1. 150 menunjukkan, jantung bekerja agak kuat walaupun dlm keadaan berjaga. 60 keadaan rehat. perbezaan agak tinggi. ada kemungkinan keadaan lemah jantung, boleh recheck balik kat klinik atau hospital utk kepastian. mungkin juga ada kesilapan.

  6. Hari tu saya buat pemeriksaan kesihatan dan tekaan tinggi 144sistolik, punca antaranya pengambilan garam tinggi.setelah dikenal pasti bukan jenis menu tetapi cara penyediaan.

    Saya banyak membeli makanan di kedai dan jarang masak, oleh itu beli kedai saya rasa saya ambil tinggi pengambilan garam

    oleh itu elakkan beli di kedai dan amalkan cara memasak.eat clean food

  7. saya ade cek kat mesin di supermarket..bacaan 150/66..baru umur 26..kenape ye?

    1. perbezaannya agak tinggi. mungkin bergerak aktif sebelum tu, angkat barang dll.

  8. Mohd syawal says:

    Saye pon kene jugak bacaan bmi saye 160/76 umur 22 tapi bile saye tanye doktor saye kene darah tinggi ke doktor die cume awak tak ade pape just awak stress je betul ke stress bole naikkan tekanan darah smpai 160

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: