Satu Daripada Dua Rakyat Obes

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia 1 daripada 2 rakyat Malaysia Obes. Tapi jika ambil kira peratus, rasanya lebih tinggi. Mungkin 80 peratus obes. Masalah obesiti dan penyakit tidak berjangkit, penyakit 3 serangkai sedang meningkat di Malaysia dan berada pada tahap membimbangkan.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa satu daripada dua rakyat Malaysia mengalami masalah berlebihan berat dan obesiti. Manakala sebanyak 17.5% rakyat Malaysia dikesan menghidap Diabetes, 30.3% menghidap Hipertensi dan 47.7% mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi pada tahun yang sama.

Punca utama obesiti adalah disebabkan ketidakseimbangan pengambilan dan penggunaan tenaga harian. Ini terjadi apabila seseorang individu mengambil makanan yang berlebihan serta tidak melakukan aktiviti fizikal dan senaman yang mencukupi. Sekiranya keadaan ini berterusan, berat badan akan meningkat. Keadaan ini berlaku kerana jumlah tenaga yang diperolehi daripada makanan yang dimakan tidak digunakan sepenuhnya oleh badan. Selain itu, pemakanan ibu semasa mengandung dan amalan penyusuan susu ibu, corak pemakanan kanak-kanak yang dipengaruhi oleh ibu bapa dan persekitaran turut menyumbang kepada masalah obesiti di peringkat umur yang seterusnya.Kursus Kecergasan 2024

Strategi menangani obesiti telah dimulakan secara menyeluruh seawal di peringkat bayi, kanak-kanak sehingga dewasa. Langkah-langkah bagi menangani masalah ini telah digariskan dalam pelan-pelan tindakan yang dikeluarkan oleh KKM seperti Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit (2016-2015), Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (2016-2025), Pelan Strategik Aktiviti Fizikal Kebangsaan (2016-2025). Beberapa langkah serta strategi bagi mengurangkan kadar obesiti ini mengikut setting seperti berikut:

Fasiliti Kesihatan dan Komuniti
• Memperkukuhkan promosi penyusuan susu ibu dan pemberian makanan pelengkap kepada bayi dan kanak-kanak kecil.
• Mempromosikan pemakanan sihat melalui Pusat Maklumat Pemakanan dan Dapur Sihat Masyarakat.
• Menjalankan Program Pemakanan Sihat di Pasar Raya.
• Mempromosikan pemakanan sihat melalui Program Komuniti Sihat, Perkasa Negara (KOSPEN) dengan kerjasama agensi-agensi lain seperti KEMAS dan Rukun Tetangga.

Institusi dan Sekolah
• Melatih penjaga dan guru di TASKA dan TADIKA untuk penyediaan hidangan sihat dan pemantauan tumbesaran kanak-kanak.
• Memperkenalkan Inisiatif Pemerkasaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi Menangani Masalah Obesiti di Kalangan Murid Sekolah.
• Menjalankan pemantauan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Pemakanan Sihat di sekolah.
• Menjalankan Inisiatif Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS).

Tempat Kerja
• Melaksanakan Program Pengurusan Berat Badan Trim & Fit dalam kalangan penjawat awam selama 6 bulan.
• Melaksanakan Program Kafeteria Sihat yang menyediakan pilihan makanan dan minuman yang sihat dan mengutamakan cara penyediaan hidangan yang lebih sihat di institut pengajian tinggi dan tempat kerja.
• Melaksanakan Program Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (PHSSM).
• Latihan Katering Sihat bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mereka mengenai penyediaan hidangan yang sihat dan selamat.
• Mempromosikan Pinggan Sihat Malaysia melalui konsep “Suku-suku Separuh” yang yang memberi panduan terhadap porsi pengambilan makanan bagi setiap hidangan utama.
• Melaksanakan kempen kesedaran kalori di pelbagai setting termasuk di R&R lebuh raya Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang peka terhadap kalori (calorie conscious society).

Industri Makanan dan Minuman
• Melaksanakan Ikon Pek Hadapan Tenaga (Front of Pack Labeling for Energy) untuk mendidik rakyat mengenai kandungan kalori dalam sesuatu produk yang diambil.
• Mengadakan rundingan secara berkala dengan pihak industri makanan termasuk pengusaha-pengusaha rangkaian makanan segera untuk pengalakkan penghasilan/ reformulasi produk makanan dan minuman yang rendah kandungan gula, garam, lemak dan tinggi serat.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa dan akan terus komited dalam menangani masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia. Program dan aktiviti promosi pemakanan sihat serta hidup cergas sentiasa dipergiat dan diberi nafas baru. Ini telah dibuktikan apabila kadar peningkatan prevalen obesiti dalam kalangan orang dewasa dapat diperlahankan dengan peningkatan hanya 33.2% dalam tempoh empat tahun (NHMS, 2011: 44.5% – NHMS, 2015: 47.7%), berbanding 22.2% dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu (NHMS, 1996: 21% – NHMS, 2006: 43.5%).

Jawapan lisan Menteri Kesihatan, YB Dr Dzulkefli Ahmad bagi menjawab pertanyaan Datuk Lee Tiang Sing di Dewan Negara yang bertanyakan apakah tindakan kerajaan untuk menyelesaikan masalah obesiti di Malaysia memandangkan obesiti bukan sahaja masalah dalam kalangan dewasa tetapi juga kanak-kanak.

Sumber Artikel
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.390879946236/10155528295376238/?type=3&theater

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: